Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin




Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana perlu meminda Perlembagaan sedia ada terlebih dahulu.
“Macam undang-undang yang ada di Pulau Pinang tetapi tidak dapat dilaksanakan walaupun ada yang lompat parti sebab mahkamah memutuskan akta berupa anti lompat parti ini tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.
Bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang tidak menguatkuasakan undang-undang itu walaupun empat ADUN negeri tersebut menarik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Empat ADUN itu ialah dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Bertam, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan Teluk Bahang, Zolkifli Md. Lazim yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan PH dan kemudian bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, dua lagi ialah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada PKR.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, akta tersebut boleh dilaksanakan sebaik sahaja Perlembagaan dipinda.
Namun, jelasnya, pengubalan akta itu tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini t memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.
“Tidak boleh buat perkara itu (Akta anti lompat parti). Kalau nak buat juga kena pinda Perlembagaan Persekutuan dahulu.
“Dalam kes Nordin Salleh dahulu, mahkamah memutuskan bahawa apa-apa undang-undang yang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah, jadi tidak boleh buatlah,” katanya.
Mengikut rekod, pada April 1992, dalam kes Nordin lawan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mahkamah Agung (dinamakan Mahkamah Persekutuan ketika ini) ketika itu memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota Dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk seseorang itu berpersatuan.
Ia sebagaimana seperti diperuntukkan di bawah Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Di dalam kes Nordin itu ia berlaku ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu menggubal undang-undang anti lompat parti bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti.
Isu lompat parti ini terus hangat apabila terbaharu, tiga ADUN Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir. Khairuddin A Rahim, ADUN Serom, Dr. Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit bertindak keluar parti menyertai PKR.
Ia disusuli dengan dua Ahli Parlimen PKR iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang kini menjadi ahli parlimen bebas, sekali gus menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/03/lompat-parti-tak-salah-kata-takiyuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 309 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Adun Amanah Lompat Parti Itu Strategi Politik Kata Mahfuz

Adun Amanah Lompat Parti Itu Strategi Politik Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 275 hits
March 1 2021 Parti Amanah Negara menyangkal dakwaan parti itu tidak lagi relevan sehingga menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat Sebaliknya Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penghi...
Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 311 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Ahli parlimen yang melompat parti dilihat seolah mempersendakan politik di negara ini dan ia ada kaitan dengan politik wang kata bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam Beliau berkata politik wang adalah ideologi...
Andai Xavier Tak Salah Kena Ugut Pun Lompat Parti Shahril Hamdan

Andai Xavier Tak Salah Kena Ugut Pun Lompat Parti Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 393 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menimbulkan persoalan mengenai beberapa hujah mempertahankan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar keluar PKR dan menyokong Perikatan Nasional Secara khusus dia menyoal pihak yang mend...
Tidak Salah Lompat Parti

Tidak Salah Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 276 hits
Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan und...
Lompat Parti Bawa Untung Jangka Pendek Sakit Jangka Panjang Buat Pn Kata Penganalisis

Lompat Parti Bawa Untung Jangka Pendek Sakit Jangka Panjang Buat Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 358 hits
Faye KwanPETALING JAYA Selepas Dr Xavier Jayakumar menjadi Ahli Parlimen terbaru meletak jawatan dari partinya untuk menyokong kerajaan seorang penganalisis politik percaya tindakan lompat parti hanya akan memberikan kestabilan jangka pende...
Pas Kekal Komited Dengan Penyatuan Ummah Kata Takiyuddin

Pas Kekal Komited Dengan Penyatuan Ummah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 163 hits
PAS kekal komited dengan penyatuan ummah kata Takiyuddin Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Mar 2021 11 01PM
Takiyuddin Kena Pujuk Parti Amanah Sertai Pn

Takiyuddin Kena Pujuk Parti Amanah Sertai Pn

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 174 hits
Pas komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan Beliau berkata penyatuan Islam Melayu bumiputera dan selur...
Ph Perlu Ketengahkan Undang Undang Anti Lompat Parti Pru 15

Ph Perlu Ketengahkan Undang Undang Anti Lompat Parti Pru 15

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 155 hits
Pakatan Harapan disarankan agar berkempen untuk meluluskan undang undang anti lompat parti pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai Faezuddin Puad berkata agenda tersebut penting b...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools