Video Shuk Sahar Salahkan Diri Sendiri
Bekas DJ Hot FM Shuk Sahar mengaku apa yg telah berlaku adalah akibat perbuatan nya sendiri dan bukan kesalahan orang lain
“Sebab kalau tidak salah, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jadi sebab saya sedar kesalahan yang telah saya lakukan, maka saya terima kesalahan tersebut dan mencari jalan untuk pulihkan semula perkara yang sudah berlaku.” beliau berkata.
“Memang ada netizen kata, kalau Sera tidak buka mulut, masyarakat tidak akan tahu dan saya tidak akan ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio. Tetapi saya beranggapan dia (isteri) lakukan itu (memuat naik hantaran) bagi memperbetulkan keadaan. Saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak dan ambil semuanya sebagai kesalahan saya sendiri,” demikian ujar pelawak dan pengacara Shuk Sahar.
Shuk yang telah kehilangan pekerjaan iaitu sebagai penyampai radio Hot FM itu selepas terpalit dengan isu curang, nampaknya meneruskan hidup dengan melakukan pelbagai kerja termasuk menjual air.
Beberapa hari lepas, dia dikatakan diserang individu tidak dikenali ketika berniaga di Wangsa Maju. Walau bagaimanapun, mereka difahamkan sudah bertemu mata dan berdamai.
Shuk memberitahu dia meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas diri sendiri sehingga memusnahkan karier. Dia sangat bersyukur, keluarga masih menyayangi dan menganggap ujian mematangkan diri untuk menjadi lebih bertanggungjawab.
Menurut Shuk lagi, dia langsung tidak menyalahkan isteri yang membuka kisah rumahtangga kepada umum di Instagram. Dia menganggap apa yang didedahkan isteri bagi memperbetulkan keadaan.
Untuk meneruskan hidup, Shuk kini sedang menjalankan perniagaan menjual kuetiau (Keowteow Sup Papa Shuk) di Denai Alam dan minuman di Wangsa Maju.
“Sebelum ini saya langsung tak pernah terfikir untuk buat bisnes. Saya menyesal juga sebab kalau daripada dahulu saya ada perniagaan, sekurang-kurangnya sudah ada jaminan. Tetapi saya percaya setiap ketentuan yang Allah SWT dah rancang pasti ada sesuatu untuk saya,” katanya.
Mengenai penamatan kontrak sebagai penyampai radio, Shuk berkata, dia reda dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Cuma dia berasa sayang kerana sudah empat tahun bersama dengan stesen tersebut.
The post [VIDEO] SHUK SAHAR SALAHKAN DIRI SENDIRI appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/03/09/video-shuk-sahar-salahkan-diri-sendiri/