Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025


 Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar diharap semua berada dalam keadaan sihat.. sebenarnya agak berat juga nak menulis kisah raya aildilfitri baru ni, hari raya buat kami sekeluarga pada tahun ni hari raya yang akan diingati selalu.. Sebab tu baru publish ni..
 


 Kalau ikut sebenarnya setiap kali raya Aidilfitri Cik Ash mesti balik raya dekat Kelantan, tapi pada tahun ni macam mana mulut gatal pergi bercakap la dengan suami kita raya Kedah la tahun ni.. tetapi semua yang dirancang last minute batal, pada petang 30 Mac 2025 dapat panggilan daripada adik ipar mengatakan kesihatan arwah aboh dah merosot, di minta segera balik.. Cik Ash bila dengar berita menangis la harap sempat tengok arwah.. sebab nak bertolak malam suami Cik Ash tak boleh bawa kereta waktu malam. Kami berdua bertolak pagi raya pertama, tinggal Mok rumah kak ipar yang kedua, tinggal kucing dekat rumah letak makanan dalam bekas banyak-banyak, pertama kali tinggal kucing kat rumah letak CCTV dekat bekas makanan dia. Alhamdulillah nampak dalam CCTV dia ok dan makan. 


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Cik Ash dah suami bertolak ke Kelantan lancar tak ada kesibukan, sampai dekat Kelantan masa tu pukul 3.00 petang, terus ke hospital sebab semua ahli keluarga berada dekat hospital.  Dalam jam 4.30 petang gitu Cik Ash terus pergi tengok arwah aboh dekat wad, bercakap dengan berbisik masa tu sebab ma kata Dr bagi ubat tahan sakit dekat arwah. Masa Cik Ash berbisik nampak arwah tengok Cik Ash. Cik Ash tak banyak cakap depan arwah masih terkejut dengan kesihatan arwah, kuatkan diri depan arwah tak nak sedih depannya.. berkampung dekat hospital sampai pukul 1.30 pagi dengan perut lapar tapi demi arwah aboh kami bertahan. Kami balik rumah pun dah  dekat pukul 12 tengah malam kut tak ingat dah baru jumpa nasi.Kesian dekat suami tak cukup tidur esok raya kedua dah nak bertolak balik Kedah sebab terpaksa balik sebab Mok. kalau ikut risau juga suami pulang seorang esok Alhamdulillah Allah mudahkan urusannya ada anak saudara suami yang ikut balik sekali.


Raya kedua sempat masak nasi panaskan lauk yang ada, bagi suami makan, simpan barang baju kotor suruh suami bawa balik..  pukul 10 lebih gitu suami bertolak balik, Cik Ash sempat   jaga aboh di saat akhir walaupun sekejap jer. Aboh sempat solat asar masa waktu Cik Ash jaga, aboh buat isyarat jari terlunjuk, Cik Ash pertama kali juga jaga aboh sakit, tidak faham bahasa isyarat mujur la ada Abe Mie waktu itu dia faham, arwah sempat berpaut pada lengan Cik Ash dah siap bersila mungkin masa tu nak duduk antara sujud kut, selepas selesai sembahyang beliau pun baring semula,  Hari itu memang busy ramai sanak saudara datang melawat arwah Aboh, Cik Ash tukang penyambut tetamu... Dalam pukul 6 lebih gitu la Cik Ash ambik ruang pergi solat asar masa tu la Cik Ash sempat berdoa bersungguh-sungguh sampai menangis 😭😭..  itulah kali terakhir Cik Ash tengok arwah sampai waktu maghrib tu tengok arwah punya oksigen dah turun, ,ma pun dah bagitahu  suruh Cik Ash bersedia dan redha arwah dah ada tanda dah tak lama. Malam tu kami balik awal, ma pun balik sebab ma demam dah beberapa malam ma jaga arwah sampai demam, Giliran jaga malam diberikan tugas kepada abang sulung, abang kedua, adik no 5  yang jaga. Semasa kami dekat rumah dalam pukul 12.40 pagi  isteri abang no 2   update oksigen  arwah dah turun ke 78. Malam tu memang mengantuk sangat tapi tak boleh tidur gelisah jer. Dalam jam 1.11 pagi adik no 5 call isterinya kebetulan masa tu Cik Ash ada dekat dia dengar la perbualan macam tak sedap hati dah, lepas adik ipar habis bercakap dia pun bagitahu Cik Ash bila dengar adik ipar bagitahu Cik Ash menangis sekuat-kuat sambil tu tutup pintu tak nak bagi ma dengar. Cik Ash tak kuat nak bagitahu ma,adik no 6, adik no 7 Cik Ash suruh adik ipar bagitahu, kami semua bersiap nak pergi hospital nak tengok jenazah kali terakhir, semasa waktu perjalanan ke sana hujan turun dengan lebat sungguh, hujan rahmat buat arwah aboh. Waktu sampai dekat hospital tak sempat nak tengok sebab terpaksa balik awal nak kemas-kemas rumah waktu tu. Lepas kemas-kemas tu Cik Ash tertidur dulu nak rehat mata esok  mungkin kena banyak guna tenaga, dalam pukul 5 pagi gitu adik no 6 gerak bagitahu jenazah arwah Aboh dah sampai dekat rumah.. sempat tengok jenazah kucup arwah beberapa kali tak ingat dah.
 
Ramai orang yang datang ziarah jenazah arwah aboh, jiran tertangga, sanak saudara sebelah arwah Aboh dan ma datang, kawan-kawan arwah aboh pun ada yang datang, Alhamdulillah urusan pengebumian arwah Aboh dipermudahkan. Arwah aboh dikebumikan dekat kubur arwah mek (mak aboh) seperti mana yang pernah dia bagitahu semasa hayat nak disemadikan disebelah arwah mek. Al-fatihah untuk arwah aboh. Semoga rohnya cucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 
 
Adik-beradik yang lain dah balik disebabkan dah berkerja, tinggallah Cik Ash  teman ma selama 15 hari lama sungguh duduk dekat Kelantan tinggalkan suami, sepanjang Cik Ash berkahwin ni la paling lama Cik Ash balik kampung paling lama, Alhamdulilah suami berikan keizinan untuk jaga ma sekejap. Cik Ash balik kedah pada 15hbl April 2025 Cik Ash naik bus untuk kali kedua balik kedah last naik bus pada tahun 2018 itu arwah sakit juga. 
 
Ok la korang itu kisah raya aidilfitri yang akan ingat setiap tahun, 3 Syawal 1446H/ 2 April 2025 arwah aboh pergi tinggalkan kami sekeluarga keadaan yang cukup tenang dah macam tidur adik no 5 bagitahu.  Kenangan bersama bergambar dengan arwah kali terakhir pada raya tahun 2024 Cik Ash la paling semangat nak bergambar ketika itu siapa sangka itu kenangan terakhir beraya dan bergambar dengan arwah aboh.. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikash.com/2025/06/kisah-hari-raya-aidilfitri-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Raya Aidiladha 2025

Kisah Raya Aidiladha 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 143 hits
Tahun ni pagi Hari Raya Aidiladha kita sambut di Stesen Keretapi Segamat Sebabnya menghantar keluarga kakak naik ETS ke Rawang Mula cuti sekolah haritu mereka sekeluarga naik ETS dari Rawang balik kampung Mereka dari rumah Sabak Bernam ke R...
Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 135 hits
Menurut Kenyataan Siaran Media Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan KPKM menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan
Rezeki Aidilfitri 2025 Dapat Baju Raya

Rezeki Aidilfitri 2025 Dapat Baju Raya

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 101 hits
Assalamualaikum dan selamat petang Rezeki raya Aidilfitri 2025 lalu seseorang belikan baju raya Memang cadang tak nak beli baju raya tahun ini Nak pakai apa yang ada sahaja kerana kurang sangat pakai Kenduri pun jarang pergi Terima kasih ke...
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 184 hits
Selamat Hari Raya AidiladhaTahun ini mungkin tiada baju baru tiada lemang panas tiada pelukan keluarga Tapi aku tetap bersyukur Sebab pengorbanan bukan pada zahir semata tapi pada hati yang ikhlas Buat yang sedang bekerja yang jauh dari ora...
Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2025 di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 10 Jun depan Katanya operasi memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan penggu...
Gotong Royong Kebun Villa Puteri Ppim Mahu Wujudkan Kebun Contoh Bandar Raya Ehailing Fm 14 06 2025

Gotong Royong Kebun Villa Puteri Ppim Mahu Wujudkan Kebun Contoh Bandar Raya Ehailing Fm 14 06 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 115 hits
Villa Puteri Kuala Lumpur Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi menyampaikan semangat dan harapan besar ketika menyertai program gotong royong membersihkan Kebun Komuniti Villa ...
Isteri Sentiasa Cantik Bila Suami Tak Kisah Invest Barulah Nampak Macam Bidadari Hari Hari

Isteri Sentiasa Cantik Bila Suami Tak Kisah Invest Barulah Nampak Macam Bidadari Hari Hari

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 130 hits
Hidup berumah tangga bukan semua indah ada masa naik ada masa goyang Yang penting dua dua kena kuat tempuh ujian sama sama Antara benda paling menakutkan bagi isteri adalah bila rasa kasih sayang suami makin hilang arah makin jauh dari mere...
Kari Daging Dan Hari Raya Aidil Adha Di London

Kari Daging Dan Hari Raya Aidil Adha Di London

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 150 hits
Alhamdulillah hari ini kami di London telah pun beraya Hari Raya Aidil Adha iaitu 10 Zulhijjah Saya bangun pagi dan mandi sunat dahulu dan kemudian menunaikan solat sunat Aidil Adha Terasa sangat penat mungkin kerana pertama kali semalam be...
Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum kepada yang tersinggah Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan aidil adha beramai ramai nbsp Tidak la sebatang kara nbsp Kekeke nbsp nbsp Jika sebatang kara pun tiada masalah Allah ada nbsp Bear this ini mind ye...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Jom Pekena Cendol Songkok Tinggi

Maaf Yang Sechan Akui Pernah Suka Ji Yeeun Di Awal Running Man

Malaysia Kembali Jadi Tumpuan Pelabur Global

Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor