Guardian Malaysia Raih Tiga Anugerah Di Retail Asia Awards 2025


Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua pelanggan guardian Malaysia! Setelah banyak kempen dilaksanakan untuk memberi kita peluang dan mampu menjalani gaya hidup sihat. Pelbagai promosi dan ilmu dikongsikan. guardian Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi di Retail Asia Awards 2025! Tahniah guardian Malaysia! Usaha tidak mengkhianati hasil. 
GUARDIAN MALAYSIA RAIH TIGA ANUGERAH DI RETAIL ASIA AWARDS 2025
Priscilla Wu, (4 dari kiri) MD for guardian Malaysia & Brunei bersama pasukan guardian - Nik Ibrahim Yusuf bin Nik Abd Halim, Project Development Manager, Store Design, Michelle Yeap Hoon Li- Brand & Trade Marketing Senior Manager, Anna Ng -Marketing Director, Loh Yen Hon, guardian Singapore, Malaysia & Brunei Supply Chain Director, Ng Mee Choo - Operations Controller, Manivannan Raman - Distribution Centre Senior Manager, Supply Chain & Sheryn Soo - Head of Health


guardian Malaysia menang besar apabila dinobatkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di Majlis Anugerah Berprestij Retail Asia Awards 2025. Selain itu, guardian turut meraih anugerah Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia) di majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Singapura. 

guardian Malaysia mencatat kejayaan besar apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di majlis anugerah Retail Asia Awards 2025, yang berlangsung pada 4 Jun 2025 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Kemenangan sulung ini merupakan pencapaian tertinggi bagi guardian Malaysia, sekaligus menjadi detik kemuncak pengiktirafan dalam kalangan peruncit kesihatan dan kecantikan dari Malaysia di peringkat serantau.

Bercakap di acara anugerah tersebut, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata, “Kemenangan ini mengiktiraf guardian Malaysia sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 tanah air. Sejak cawangan pertama kami dibuka 58 tahun lalu, ahli pasukan kami di semua peringkat telah menggandakan usaha sepanjang tahun lalu untuk memberikan imej yang lebih segar, pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Kami bekerja setiap hari dengan misi untuk menyediakan pilihan terbaik kepada pelanggan kami dalam sektor industri yang sangat kompetitif ini.”

Selain anugerah utama, guardian Malaysia turut merangkul dua lagi anugerah berprestij iaitu Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia).

Kejayaan memenangi ketiga-tiga anugerah ini memperkukuhkan pendekatan guardian Malaysia yang berteraskan keperluan pelanggan dalam semua inisiatif inovasi dari dalam organisasi hingga ke barisan hadapan. Usaha membina jenama, kolaborasi strategik dengan pembekal dan penyewa, serta pendekatan saluran-omni sepanjang tahun lalu, semuanya direka dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Inilah faktor utama yang meletakkan guardian Malaysia di tangga teratas sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1.

“Semuanya adalah tentang pelanggan kami. Kami ingin mereka rasa dihargai, kami ingin mereka belajar dan berkembang, kami ingin mereka terlibat secara aktif, dan kami ingin mereka datang kepada kami untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan mereka! Kami benar-benar ingin berjaya bersama pelanggan kami!” tambah Priscilla.

Retail Asia Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang, inovasi serta kecemerlangan dalam industri peruncitan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pemain utama industri peruncitan dari pelbagai kategori termasuk pasar raya besar, pasar raya, farmasi, peruncit kesihatan dan kecantikan serta lain-lain bersaing setiap tahun untukmerebut anugerah ini.

Barisan juri bagi anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari pelbagai latar belakang, dipilih untuk memastikan ketepatan tertinggi dan tahap keadilan yang seimbang. Barisan juri terkemuka bagi edisi tahun ini termasuk David Eu dari RSM Singapore, Anson Bailey dari KPMG, Olivier Gergele dari EY-Parthenon, Quan Yao Peh dari Euromonitor International, Brian Man dari PWC dan Siddarth Pathak dari Kearney.

guardian telah giat berinteraksi dengan para pelanggannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini: daripada pelancaran kempen Own Your Beautiful hinggalah inisiatif kesejahteraan Get.Set.Glow! yang memenangi anugerah, kempen #IYKYK yang menampilkan jenama terkini dan terhangat di stor, guardian Awards Beauty & Wellness, Love is in the Hair serta program #LoveforLocal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di seluruh Malaysia kerana memilih kami, guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 anda! Walaupun kami mungkin bukan pemain terbesar di pasaran, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pilihan yang bermakna. Dengan kemenangan ini, kami komited untuk terus memberikan pilihan terbaik, penjagaan terbaik dan nilai terbaik untuk anda dan orang tersayang,” kata Priscilla mengakhiri.


Kami dari ruby.my mengucapkan tahniah kepada guardian Malaysia! Perjalanan guardian yang tidak pernah berhenti berinovasi dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini wajib kita contohi. guardian Malaysia tidak boleh putus asa kerana rakyat Malaysia diberi peluang pekerjaan, mendapat produk terbaik, kami mula menjaga kesihatan, legasi guardian ada sejarahnya berjalan bersama-sama kami. Tahniah guardian Malaysia! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/06/guardian-malaysia-raih-tiga-anugerah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 137 hits
Pasaran hartanah Malaysia kini menyaksikan satu langkah besar ke hadapan dengan pelancaran Vince Group Vision Fund L P bernilai RM150 juta hasil kerjasama strategik antara dua nama besar dalam dunia pelaburan Vince Group dan Crewstone Inter...
Polis Sahkan Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos Disyaki Seludup Ganja

Polis Sahkan Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos Disyaki Seludup Ganja

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR 12 Jun Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkot...
Khaled Nordin Pimpin Delegasi Malaysia Di Sld 2025 Kukuh Jaringan Pertahanan Serantau

Khaled Nordin Pimpin Delegasi Malaysia Di Sld 2025 Kukuh Jaringan Pertahanan Serantau

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 131 hits
Menteri Pertahanan YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Keselamatan Antarabangsa IISS Shangri La Dialogue 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Shangri La Singapura bermula 30 Me
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia Ke 27 Ppim 29 05 2025

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia Ke 27 Ppim 29 05 2025

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 163 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah mengadakan pertemuan silaturrahim bersama Panglima Divisyen Keenpat Infantri Malaysia Mejar Jeneneral Dato Khairul Azmizal bin Ahmad Natal bagi membincangkan kerjasama dalam hal ehwal kepenggunaan...
Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 199 hits
Selamat datang kepada semua pencinta filem tempatan Tahun 2025 menjanjikan pelbagai filem Melayu menarik yang bakal menghiburkan anda di pawagam seluruh Malaysia Dari genre aksi komedi romantik seram hingga drama keluarga industri perfilema...
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 78 Pati Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 78 Pati Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia menahan 78 pendatang tanpa izin selepas menyerbu tiga kilang di kawasan perindustrian Gebeng dan Gambang di sini semalam Pengarah JIM Pahang Nursafariza Ihsan berkata warga asing itu ditahan oleh 60 anggot...
Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 216 hits
Siapa sangka masakan Malaysia mendonia apabila menerima Anugerah Emas pada pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 di Dubai baru baru ini Lagi indah apabila masakan Nasi Kerabu dipilih sebagai The Best National Cuisine in th...
Taobao Malaysia Lancar Jualan Pertengahan Tahun 618 Terhebat Dengan Muka Baharu Dalam Tiga Bahasa

Taobao Malaysia Lancar Jualan Pertengahan Tahun 618 Terhebat Dengan Muka Baharu Dalam Tiga Bahasa

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 149 hits
Hi Korang Taobao Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan semula Jualan Pertengahan Tahun 618 pada tahun ini disertai pelancaran antara muka baharunya dalam Bahasa Melayu Mulai sekarang pengguna di Malaysia boleh menikmati pengalaman beli b...
Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 214 hits
Eswaran Mohan and Renuga Nair have gone from making Snapchat lenses to building a global immersive tech agency on the Forbes 30 Under 30 Asia 2025 list under the Social Media Marketing Advertising category When we came back we were so jet l...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Resepi Kuih Apam Gula Merah

Meggy Z Terlanjur Basah Chord