Logo Parti Spr Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran



PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah membuat laporan polis terhadap tindakan calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memakai baju berlogo parti tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat selepas Manogaran telah memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut dekat Lipis dengan memakai baju berkenaan pada hari pengundian 29 Januari lalu.

Jelasnya, tindakan Manogaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954. 

“Laporan polis tersebut dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan. SPR pada hari ini juga telah mengambil tindakan yang serupa terhadap pelanggaran AKPR 1954 berkaitan penubuhan barung-barung (tempat semak daftar pemilih) oleh parti pada hari mengundi. 

“Selain itu, sebanyak tiga laporan polis melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis di DUN Jelai telah dibuat oleh Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, SPR menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. 

Tambah kenyataan itu, SPR juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya yang telus serta adil dapat dilaksanakan. 

Manogaran dilihat memakai baju yang mempunyai logo parti di pusat mengundi di SK. Senderut pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau telah keluar dari pusat mengundi itu selepas diarahkan oleh para petugas SPR.

Tindakan Manogaran itu bertentangan dengan Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat  mengundi  dan dalam  tempat  mengundi, memakai, memegang atau membawa  apa-apa  bentuk atau  jenis pakaian,  tutup  kepala,  barang  hiasan,  roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi  satu  tahun  atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan  boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/logo-parti-spr-telah-buat-laporan-polis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 390 hits
Pihak pemantau pilihan raya diminta menegur calon Pakatan Harapan M Manogaran dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pagi ini jika dilihat memakai pakaian mempunyai logo parti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun berkat...
Spr Buat Laporan Polis Calon Ph Cameron Highlands Langgar Peraturan Pilihanraya

Spr Buat Laporan Polis Calon Ph Cameron Highlands Langgar Peraturan Pilihanraya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 388 hits
SURUHANJAYA Pilihanraya Malaysia telah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands kerana melanggar peraturan pilihan raya push Menurut SPR calon PH M Manogaran telah memasuki pusat mengun...
Pemuda Umno Pulau Pinang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

Pemuda Umno Pulau Pinang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 678 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta i...
Baju Logo Ph Bersih Gesa Spr Lapor Polis

Baju Logo Ph Bersih Gesa Spr Lapor Polis

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 5 41 petang PRK CAMERON Bersih mengkritik tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran memakai baju dengan logo gabungan itu di sebuah pusat mengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands hari ini Malah badan itu turu...
Berbaju Logo Parti Manogaran Mohon Maaf Akui Tidak Perasan

Berbaju Logo Parti Manogaran Mohon Maaf Akui Tidak Perasan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 309 hits
Diterbitkan 10 minit yang lalu pada 26 January 2019Calon PH M Manogaran mengakui tidak perasan memakai baju berlogo parti tetapi tiada niat untuk mencabar akta SPR Foto oleh Firdaus LatifKUALA LIPIS 26 Jan Calon Pakatan Harapan daripada DAP...
Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 398 hits
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan M Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi setelah didapati memakai pakaian yang mempunyai logo parti Azhar Azizan Harun Pengerusi Suruhanj...
Spr Timbang Ambil Tindakan Terhadap Manogaran

Spr Timbang Ambil Tindakan Terhadap Manogaran

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 367 hits
Pengerusinya Azhar Harun berkata akan mendapatkan nasihat daripada jabatan perundangan suruhanjaya itu berhubung semua dakwaan kesalahan pilihan raya
Ismail Sabri Sifatkan Manogaran Sengaja Cabar Akta Spr

Ismail Sabri Sifatkan Manogaran Sengaja Cabar Akta Spr

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 303 hits
Pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoal tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran memakai baju berlogo parti dalam perkarangan pusat pengundian yang disifatkannya sebagai sengaja mencabar Akta Suruhanjaya ...
Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maulidur Rasul

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

The Long House A Minimalist Residence With A Bold Cantilever In Bengaluru

No Light At The End Of Klia Aerotrain Tunnel

Proactive Planning Has Prevented Water Disruptions In Selangor