Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi



(FMT) – Pihak pemantau pilihan raya diminta menegur calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands pagi ini jika dilihat memakai pakaian mempunyai logo parti.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, mana-mana pihak, termasuk calon adalah dilarang membawa logo atau memakai baju parti dalam jarak 50 meteri dari tempat mengundi.
“Saya telah diberitahu sebentar tadi (tentang tindakan Manogaran pakai baju parti), pihak pemantau pilihan raya perlu menegurnya (Manogaran).
“Kawasan 50 meter dari pusat mengundi tidak dibenarkan membawa bahan kempen, termasuk lambang parti,” katanya ketika ditemui media selepas memantau proses mengundi di SJKC Brinchang dekat sini.
Dalam perkembangan lain Azhar berkata, sebanyak 33% pengundi keluar mengundi sehingga jam 10 pagi, hari ini.
Katanya, jumlah itu agak tinggi dan mengharapkan sasaran SPR sebanyak 70% mengundi tercapai.
“Perjalanan proses agak lancar, dan sehingga jam 10 pagi peratusan keluar memgundi ialah 33%. Angka itu tinggi, kita harap ramai lagi akan keluar mengundi,” katanya.
Seramai 31,639 pengundi di Cameron Highlands membuat pilihan hari ini siapakah yang akan mewakili suara mereka di Parlimen itu selepas 14 hari berkempen.
Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran mewakili PH; bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor mewakili Barisan Nasional (BN); serta 2 calon Bebas, iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee yang merupakan petani tempatan.
Semua 29 pusat mengundi dengan masing-masing 17 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, serta 12 lagi di DUN Jelai dibuka tepat pukul 8 pagi tadi bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Menurut SPR, 29 pusat mengundi yang semuanya melibatkan bangunan sekolah akan ditutup secara berperingkat dengan sebuah ditutup pada 1 tengah hari; 5 (2 petang); 9 (3 petang); satu (3.30 petang); 7 (4 petang) dan 6 (5.30 petang).
Proses pengundian awal PRK Cameron Highlands bagi 247 anggota polis diadakan pada 22 Jan lalu di Balai Polis Brinchang di sini dan Balai Polis Sungai Koyan di Lipis.
SPR menyasarkan 70% pengundi keluar mengundi hari ini dan menjangkakan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/26/spr-minta-tegur-calon-ph-pakai-baju-logo-parti-masuk-pusat-mengundi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

Manogaran Pakai Logo Parti Di Pusat Mengundi Boleh Dipenjarakan 1 Tahun Atau Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 362 hits
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan Tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan M Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi setelah didapati memakai pakaian yang mempunyai logo parti Azhar Azizan Harun Pengerusi Suruhanj...
Baju Logo Ph Bersih Gesa Spr Lapor Polis

Baju Logo Ph Bersih Gesa Spr Lapor Polis

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 338 hits
Diterbitkan Hari ini 5 41 petang PRK CAMERON Bersih mengkritik tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran memakai baju dengan logo gabungan itu di sebuah pusat mengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands hari ini Malah badan itu turu...
Logo Parti Spr Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

Logo Parti Spr Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah membuat laporan polis terhadap tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran yang memakai baju berlogo parti tersebut pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands baru baru ini SPR dalam ...
Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran

Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 355 hits
Saya Mohon Maaf Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti Manogaran Calon Pakatan Harapan daripada DAP M Manogaran memohon maaf kepada semua pihak berhubung pemakaian baju berlogo parti ketika masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Keban...
Calon Ph Dihalau Keluar Dari Pusat Pengundian

Calon Ph Dihalau Keluar Dari Pusat Pengundian

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 506 hits
Dek kerana bangang atau merasakan bahawa mereka kini menguasai kerajaan Persekutuan maka segala bapa peraturan dan undang undang boleh dilanggar sesuka hati mereka Calon PH di PRK Cameron Highlands dilihat memasuki kawasan Pusat Pengundian ...
Senario Dinamik Dorong 68 79 Peratus Keluar Mengundi Spr

Senario Dinamik Dorong 68 79 Peratus Keluar Mengundi Spr

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 256 hits
Penduduk orang asli beratur bagi membuang undi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Mensun Cameron Highlands Pahang foto AFFAN FAUZI CAMERON HIGHLANDS Walaupun tersasar dari 70 perat...
Bila Ko Buat Lawak Depan Adik Beradik Ko Pakai Pakaian Dalam Wanita Tiba Tiba Ayah Ko Masuk

Bila Ko Buat Lawak Depan Adik Beradik Ko Pakai Pakaian Dalam Wanita Tiba Tiba Ayah Ko Masuk

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 328 hits
Kadang kadang kita tiada niat apa apa pun dan hanya sekadar untuk buat lawak jenaka dan bergurau sahaja Dalam klip video dibawah menunjukkan seorang remaja lelaki sedang memakai pakaian dalam wanita dan dirakamankan oleh adik beradik lelaki...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi