Login E Pcb Kalkulator Pcb Jadual Cukai 2023
Kalkulator PCB merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan potongan cukai bulanan (PCB) untuk tempoh setahun.
PCB membolehkan cukai dipotong secara berkala dalam setahun.
Dengan PCB,pembayar cukai tidak terbeban kerana perlu membayar cukai dalam jumlah yang besar sekaligus.
PCB adalah tertakluk di bawah subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan pemotongan cukai ini biasanya dibuat berdasarkan data peribadi pekerja yang direkodkan di Jabatan Sumber Manusia di setiap syarikat.
Hanya mereka yang layak dikenakan cukai akan dikenakan PCB dan jumlah bayaran PCB ini boleh diketahui dengan menggunakan aplikasi kalkulator PCB.
Individu yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan mestilah mendaftar sebagai pembayar cukai terlebih dahulu.
Oleh itu, majikan bertanggungjawab dalam mendaftar setiap pekerjanya yang dikehendaki membuat potongan cukai tersebut.
Artikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023
Memudahkan pengiraan
Sistem untuk aplikasi kalkulator PCB yang disediakan menerusi laman web LHDN ini dibangunkan sejak 2009 bukan sahaja menjimatkan masa pembayar cukai malah pengiraan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Untuk membuat semakan menggunakan aplikasi ini, pembayar cukai hanya perlu memasukkan maklumat lengkap yang diminta sahaja.
Dengan menggunakan kalkulator PCB ini juga, pembayar cukai boleh mengetahui sama ada kadar PCB yang dibayar cukup untuk menampung jumlah cukai bagi taksiran bagi sesuatu tahun itu atau terdapat lebihan pemotongan bagi tahun itu.
Namun, sekiranya jumlah PCB yang dipotong oleh majikan lebih daripada yang sepatutunya, mereka boleh menuntut kembali jumlah potongan bulanan berbelebihan dengan menghantar borang cukai (BE).
Kalkulator PCB boleh diakses di pautan http://calcpcb.hasil.gov.my/
Daftar akaun e-PCB
Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:
menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
mengira PCB pada setiap bulan
memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian
Majikan yang ingin membuat bayaran PCB bagi pekerja perlulah mendaftar akaun EPCB terlebih dahulu.
Berikut merupakan langkah-langkah unuk mendaftarkan akaun EPCB bagi majikan:
Layari laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my seperti pada rajah di atas ini.
Klik pada bahagian “e-PCB income tax”.
Pengguna perlu klik pada bahagian “Pengguna Baru”.
Kemudian, pengguna hendaklah mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang “Hantar”.
Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran pengguna telah berjaya.
Login akaun EPCB
Majikan yang sudah mendaftar akaun e-PCB boleh terus log masuk ke akaun mereka melalui langkah-langkah di bawah:
Layari laman sesawang https://ekls.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.
Pengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.
Akhir sekali, klik pada butang “Hantar”.
Jadual cukai
Mulai 1 Mac 2019, Jadual PCB yang dikeluarkan oleh HASiL adalah dalam bentuk elektronik iaitu e-Jadual PCB melalui e-CP39.
Sistem ini digunakan untuk menghantar data pekerja dan membuat bayaran tersebut secara atas talian.
Majikan perlulah terlebih dahulu mendaftarkan akaun di e-CP39:
Layari laman web https://ecp39.hasil.gov.my
Klik pada “Pendaftaran Kali Pertama”.
Masukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan
Klik pada butang “Semak”.
Majikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
Klik pada butang “Hantar”.
Notifikasi berkenaan pendaftaran tersebut telah berjaya akan dihantar menerusi emel majikan.
Buka emel tersebut dan klik pada butang “Sahkan Alamat Emel” untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.
Akhir sekali, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.
Aplikasi mudah alih
Pihak LHDN juga telah membangunkan aplikasi Kalkulator PCB bagi peranti mudah alih anda.
Untuk maklumat lanjut, sila tonton video di atas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kalkulator-pcb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kalkulator-pcb