Belanjawan 2023 Dijangka Kekal Cadangan Kurang Cukai M40 Kenaikan Untuk T20


 
Kerajaan dijangka memotong cukai pendapatan 2% kepada M40 dan tambahan cukai 0.5% untuk T20 pada pembentangan Belanjawan 2023, kata CTIM.KUALA LUMPUR: Institut Percukaian Malaysia (CTIM) berpendapat tiada cukai baharu diperkenalkan dalam pembentangan semula Bajet 2023, tetapi menjangkakan kerajaan mengekalkan potongan cukai pendapatan dua mata peratusan bagi M40 dan kenaikan cukai 0.5% untuk T20, seperti dicadangkan dalam belanjawan sebelum ini.
Presiden CTIM, Chow Chee Yen, berkata pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup, selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka, manakala kenaikan cukai ke atas T20 adalah untuk menampung pengurangan kutipan hasil disebabkan potongan cukai.
“Fokus utama kerajaan sekarang ini adalah membantu menangani kos sara hidup dan memperbaiki kedudukan fiskal negara.
“Oleh itu, saya menjangkakan pengurangan cukai masing-masing sebanyak dua peratus serta kenaikan cukai 0.5% dikekalkan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
-ADVERTISEMENT-Ads by Di bawah Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt 2022 oleh kerajaan terdahulu, cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM50,001 hingga RM100,000 dikurangkan sebanyak dua peratus untuk tahun taksiran 2023, daripada 13% kepada 11% bagi RM50,001-RM70,000 dan daripada 21% kepada 19% untuk RM70,001 hingga RM100,000.
Di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, cukai untuk mereka berpendapatan antara RM250,001 hingga RM400,000 dinaikkan daripada 24.5% kepada 25%.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, yang menggantikan Ismail selepas PRU15 pada 19 Nov 2022, akan membentangkan Belanjawan 2023 yang disemak semula, pada 24 Feb.
Chow ketika ditanya sama ada cukai karbon akan diperkenalkan dalam belanjawan akan datang, menolak kemungkinan itu sambil menjelaskan pihak berkuasa kerajaan berkaitan perlu mengkaji mekanisme penetapan harga karbon dan menetapkan kadar cukai karbon yang sesuai untuk memacu matlamat iklim negara dalam meraih pelepasan sifar bersih.
“Maklum balas juga perlu dicari daripada pihak berkepentingan supaya perkara ini dipertimbangkan sewajarnya sebelum pihak berkuasa membuat keputusan mengenai pelaksanaannya.
“Rangka kerja peralihan juga perlu diambil kira,” katanya.
Chow ketika bercakap mengenai cadangan 15% Cukai Minimum Global (GMT) menjangkakan langkah relevan akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 tetapi pelaksanaannya akan berlangsung tidak lebih awal daripada 2024 untuk memberi masa kepada pihak berkepentingan mengemukakan maklum balas sebelum ia mula dimuktamadkan.
Jelasnya, GMT adalah sejajar dengan perkembangan cukai antarabangsa untuk memerangi ketirisan hasil termasuk aktiviti peralihan keuntungan, dan akan membolehkan Malaysia mempunyai hak pertama bagi mengenakan cukai tambah nilai ke atas hasil daripada entiti yang terletak di Malaysia yang membayar cukai di bawah ambang 15%.
Sementara itu, beliau berkata pengembalian cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan memandangkan Anwar, baru-baru ini, menyatakan bahawa kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai penggunaan itu secara meluas.
“GST bukan keutamaan kerajaan sekarang dalam belanjawan akan datang, ini kerana sebagai cukai penggunaan yang meluas, GST juga akan memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Ekonomi Malaysia masih dalam fasa pemulihan,” katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menambah lagi cukai jualan 10% yang dikenakan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) berharga kurang daripada RM500 yang dibeli secara dalam talian mulai 1 Apr 2023 dan seterusnya, Chow menolak kemungkinan itu.
“Saya tidak menjangkakan kerajaan akan menaikkan kadar dalam belanjawan pada peringkat awal pelaksanaannya, apa lagi dalam masa terdekat kerana ia dilihat boleh membebankan rakyat,” katanya.
Beliau bagaimanapun menganggarkan kerajaan boleh mengutip kira-kira RM200 juta hingga RM300 juta setahun sebaik sahaja cukai jualan LVG dikuatkuasakan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/belanjawan-2023-dijangka-kekal-cadangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Belanjawan 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 130 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dalam pembentangan belanjawan 2023 yang berlangsung pada hari ini 24 Februari 2023 Bantuan ini diagihkan bagi menghargai jasa...
Belanjawan 2023 Membangun Malaysia Madani

Belanjawan 2023 Membangun Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 209 hits
Dengan tema Membangun Malaysia MADANI Belanjawan 2023 memastikan langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388 1 bi...
Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah Rm300 Tahun 2023

Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah Rm300 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 244 hits
Permainan video mudah alih kini semakin rancak pada tahun 2023 Sejak kebelakangan ini industri permainan video dilihat semakin fokus kepada peranti telefon bimbit terutama sekali peranti Android Banyak nama nama besar permainan video mula m...
Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 123 hits
Kesatuan pekerja perkhidmatan awam kecewa tiada komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam 24 Feb 2023 KUALA LUMPUR Belanjawan 2023 baharu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihad...
Belanjawan 2023 Presiden Pas Dimana

Belanjawan 2023 Presiden Pas Dimana

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 138 hits
Pertahankan kepimpinan ulamak Treng treng trenggg tenggg tengggg
Belanjawan 2023 Peniaga Mahu Kerajaan Beri Bantuan Tunai

Belanjawan 2023 Peniaga Mahu Kerajaan Beri Bantuan Tunai

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 117 hits
Belanjawan 2023 Peniaga mahu kerajaan beri bantuan tunai BERITA SEMASA 24 FEBRUARI 2023 Kebanyakan peniaga di pantai Teluk Kemang Port Dickson di Negeri Sembilan mengharapkan Belanjawan 2023 akan memberikan lebih banyak geran khas berbentuk...
Pm Sembah Maklum Kepada Agong Belanjawan 2023

Pm Sembah Maklum Kepada Agong Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 122 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok Menerusi catatan ...
Bantuan E Wallet Baru Bagi Golongan M40 Dan B40 2023 Amazing

Bantuan E Wallet Baru Bagi Golongan M40 Dan B40 2023 Amazing

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 226 hits
Bantuan E Wallet Baru Bagi Golongan M40 Dan B40 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ambillah hari ini admin ingin berkongsi satu maklumat terkini berkaitan dengan bantuan tunai yang telah kerajaan perkenalkan adalah merupakan in...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Pusing Jalan