Lindungi Wajah Dari Sinaran Uv Dengan Petal Velvet Sunaway Sunscreen Dari Althea Korea
Assallammualaikum
Hai semua, Apa khabar? Ada merancang untuk pergi bercuti ke pantai? Haa…di sini Shailla ingin kongsikan satu produk pelindungan dari sinaran matahari. Sunblock merupakan produk penjagaan kulit yang harus diutamakan kerana ia melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Korang wajib menggunakannya sekirannya sering terdedah dengan aktiviti luar.
Sunblock ini mempunyai pelbagai jenis seperti gel, krim dan jenis air. Antara kepentingan memakai sunblock adalah jumlah SPF yang terdapat di dalamnya, semakin tinggi nombor semakin lama ia mampu untuk melindungi kulit kita. Berikut adalah sunblock dari Althea Korea yang ingin Shailla kongsikan bersama korang sebagai panduan korang.
PETAL VELVET SUNAWAY
Macam Shailla jenis kulit muka yang mudah gelap. Kadang tidak sampai separuh hari berjemur dibawah cahaya matahari sudah berbelang muka. Bagi jenis kulit macam Shailla ini, produk perlindungan muka dari cahaya matahari amatlah penting. Althea's Petal Velvet Sunaway menjadi pilihan Shailla. Bukan itu sahaja, malah merupakan perisai buat Shailla apabila melalukan aktiviti luar.
Keistimewaan Althea's Petal Velvet Sunaway Sunscreen
Ringan - Cecair ini sangat ringan dan mudah meresap ketika Shailla mengenakan pada kulit muka
Tidak Berminyak - Produk ini juga tidak melekit dan berminyak ketika memakainya
SPF 50+ - Ia mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit Shailla akan dilindungi sepanjang hari
Melicinkan Kulit dan melembapkan kulit - Shailla ada juga cuba pada tangan kiri ,mmang nampak perbezaan dimana tangan kiri lebih nampak lembap dan licin berbanding tangan kanan yang tidak memakai apa-apa produk. Dalam produk ini juga mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit yang licin, seperti kelopak mawar
Bau Yang Segar - Pertama kali Shailla bau produk ini, seperti bau rumput segar . Kemudian bau kali kedua, ehhhh macam bau misai kucing lar. Walaupun bahan utama dalam prodk ini adalah dari bunga rose
PETAL VELVET POWDER
Shailla secara peribadinya jarang memakai bedak tabur kerana ia mudah tumpah. Shailla lebih suka memakai bedak berbentuk kek. Selain itu ada juga beberapa bedak tabur membuat muka kita jadi berbelak dan solekkan menjadi tidak rata
#Pink Lavender#0#23Ketika Shailla menerima bungkusan ini, serius Shailla katakan yang Shailla sangat suka dengan bungkusannya yang berwarna merah jambu dan juga ungu. Petal Velvet Powder ini juga di datangkan dengan span comel untuk memudahkan korang memakainya. Petal Velvet Powder sangat mudah dibawa ke mana-mana disebabkan bentuknya yang kecil
Tekstur bedak ini juga sangat halus dan mudah sangat mudah di gunakan pada wajah. Solekkan korang menjadi kemas dan tidak bercapuk. Rasa bedak ini sangat ringan pada kulit dan juga cukup selesa ketika memakainya.
Bagi korang yang mempunyai kulit yang agak bermasalah seperti Shailla, berita baiknya adalah bahawa bedak serbuk ini tidak akan menyebabkan liang-liang pada kulit wajah tersumbat. Paling penting, apa yang Shailla perhatikan adalah ketika menggunakan bedak serbuk ini ialah ia mencerahkan muka. Ia benar-benar boleh membuat muka Shailla kelihatan lebih cerah dan kurang kusam
Bagi kawalan minyak, Shailla masih ada minyak itupun selepas 5 jam memakainya. Bedak serbuk dari Althea's ini sangat bagus untuk mengawal minyak dan pada masa yang sama sangat berpatutan dengan harganya. Shailla sangat gembira kerana memiliki bedak serbuk ini
Untuk Info Lanjut :
http://althea.kr/https://instagram.com/altheakoreahttps://www.facebook.com/altheakorea
Terima Kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shazillahsani.com/2018/10/lindungi-wajah-dari-sinaran-uv-dengan.html