Althea Korea A Bloom Collection
Hi Korang,
Lama tak citer pasal Althea ni ek, yelah lately ni Kak lily cam tak de masa nak review produk kecantikanlah hehehehe..
Kalau korang nak tau Althea, antara platform membeli-belah produk kecantikan dan penjagaan diri yang memang sentiasa menawarkan produk-produk esklusif dan menarik. Kak lily pun dah beberapa kali membeli belah di website ni.
Bagi kak lily harga produk di sini amat berpatutan dengan golongan marhaen cam kita-kita ni Kebetulan bulan Syawal ni, Althea ada promosi Eid Mubarak Box so apalagi haruslah kak lily dapatkannya
Nampak kemain comel lagi produk-produknya kan
A'bloom Baby Meringue Puff A'bloom Giant Meringue Puff
A'Bloom Mask Sheet A'bloom Ac-Me-Peach Mask A'bloom Sparkle-Me-Bright A'bloom Water-Me-Long A'bloom Avo-Cuddle-Me
A'bloom BHA Blackhead Blaster
Terus tak sabar nak cuba tau
A'Bloom Mask Sheet
Kak lily memang suka sesangat dengan mask muka ni.
Ada 4 variant di dalam koleksi A’Bloom Mask Sheet ini iaitu :
A'bloom Ac-Me-Peach Mask
A'bloom Sparkle-Me-Bright
A'bloom Water-Me-Long
A'bloom Avo-Cuddle-Me
Kak lily suka betul dengan A’bloom Ac-Me-Peach Mask sampai terlupa nak ambil gambar hehehhe, bila di tampal pada muka tuh, terus dapat rasa kesegarannya, sejuk je bila kena kat muka.
Mask Sheet dari Athea ini harganya ialah RM 18.00 untuk 10 keping. Betul kak lily tak tipu ye, sebab tuh ianya jadi best seller
A'bloom Baby Meringue Puff
Namapun 'baby' memang sangat comel dan lembut. Sesuai untuk korang blend tempat-tempat yang kecil permukaan di muka. Contoh dibahagian bawah kuning dan mata. Tapi memang comel. Asyik picit-picit jer benda ni hahaha.
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Giant Meringue Puff ini l;ebih besar sedikit saiznya jika dibandingkan dengan A'bloom Baby Meringue Puff. Sangat lembut dan mudah digunakan. Dan saiznya agak kompak tidak terlalu besar dan boleh sahaja dimuatkan di dalam beg mekap untuk dibawa ke mana sahaja.
Penting tuh ada kedua-dua puff ni, maklumlah muka kak lily kan besar dulang hehehhe banyak tempat nak kena sapu kan
Harga bagi Baby Meringue Puff cuma RM 15 untuk 3 , manakala Giant Puff yang bersaiz 48x46 mm berharga RM 11.
A'bloom BHA Blackhead Blaster
A'bloom BHA Blackhead Blaster ini merupakan blackhead/whitehead removal yang sangat praktikal. Sebab ianya didalam bentu 'stick' yang sangat mudah untuk kita bawa pergi ke mana sahaja. Travel etc
Mengandungi Natural BHA tidak hairanlah A'bloom BHA Blackhead Blaster ini mampu menanggalkan blackhead yang degil dengan mudah tanpa rasa sebarang kesakitan. Selain itu ianya juga bolehmenanggalkan sel kulit mati dan sebum.
Harganya juga murah, RM 16 sahaja
Bestkan produk Althea Korea A'Bloom. Jangan lupa dapatkan di https://my.althea.kr/ yerpp!!
Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-
Website : www.althea.kr
Facebook : www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : www.instagram.com/altheakorea
Jangan lupa singgah di Althea.kr tau...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2019/06/althea-korea-abloom-collection.html