Lindung Kasih Perkeso Perlindungan Wanita Dengan Hanya Rm120 Setahun


Kalau dulu, mungkin ramai suri rumah tak pernah terfikir untuk dapatkan perlindungan sosial macam pekerja formal lain, tapi sekarang ni wanita di Malaysia sangatlah bertuah sebab PERKESO dah perkenalkan skim khas di bawah jenama baru — LINDUNG Kasih, iaitu versi terkini bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Umumnya, LINDUNG Kasih ialah skim PERKESO untuk melindungi semua WANITA daripada kemalangan dan keilatan semasa mengurus rumah tangga. Jangan salah faham tau, sebab ramai yang ingat LINDUNG KASIH ni hanya untuk suri rumah saja. Tapi sebenarnya wanita yang sudah berkahwin atau masih bujang, yang mengurus rumah tangga sama ada sepenuh masa atau separuh masa; termasuklah golongan isteri, ibu, janda, balu, ibu tunggal, kakak, atau anak – semuanya LAYAK. Ini bermakna, jika anda wanita yang bekerja di sektor awam pun layak untuk mencarum di bawah LINDUNG Kasih!
Senang cerita — kalau berlaku musibah semasa buat kerja rumah, wanita yang mencarum dalam skim ni layak dapat bantuan kewangan dan rawatan perubatan. Caruman pula hanya RM120 setahun dengan pelbagai faedah menarik.
Menarik kan? Jom ketahui lebih lanjut tentang skim ini.
Apa itu LINDUNG Kasih? LINDUNG Kasih ialah skim di bawah PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) yang memberi perlindungan daripada risiko kemalangan domestik, hilang upaya, atau kematian kepada golongan wanita yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa. Pada awalnya, ia diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dengan nama Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah atau singkatannya SKSSR. Namun, kini ia telah dijenamakan semula di bawah skim LINDUNG Kasih.
Tujuan skim ini adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan wanita sekiranya berlaku bencana domestik atau keilatan ketika menjalankan tugas menguruskan rumah tangga.
Ramai suri rumah fikir kerja rumah “tak berisiko”, tapi hakikatnya banyak kes seperti:
Terjatuh semasa mop lantai Melecur semasa masak Tercedera semasa urus anak kecil Semua ini dikira kemalangan domestik, dan kalau ada caruman LINDUNG Kasih, anda boleh dapat pampasan serta bantuan rawatan — macam pekerja yang ada PERKESO juga tau!
Siapa Yang Layak Memohon? LINDUNG Kasih bukan hanya untuk pekerja formal (pekerja swasta mahupun penjawat awam) ya. Ingat tau, SEMUA wanita – tak kiralah sama ada suri rumah atau yang berkerjaya ; kedua-duanya layak untuk menyertai skim ini!
Ini juga termasuk wanita yang sudah berkahwin atau masih bujang, yang mengurus rumah tangga sama ada sepenuh masa atau separuh masa; merangkumi golongan isteri, ibu, janda, balu, ibu tunggal, kakak, atau anak.
Syarat Kelayakan LINDUNG Kasih :
Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan Warganegara Malaysia / pemastautin tetap Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum LINDUNG KASIH Perlindungan & Manfaat LINDUNG Kasih Perlindungan & Manfaat LINDUNG Kasih
Ok, nak tahu apa manfaat kalau wanita mencarum dalam skim ini? Baanyaaakk….
Antaranya:
Faedah Perubatan – Bayaran berdasarkan Akta Fi 1951 Faedah Hilang Upaya Kekal – Sehingga RM30,000 Elaun Layanan Sentiasa (Elaun Penjaga) – RM250 sebulan untuk penjaga Kemudahan Pemulihan / Rehabilitasi dan Dialisis – Sehingga RM50,000 & Dialisis RM200 setiap bulan Elaun Keuzuran – RM300 sebulan Faedah Pengurusan Mayat (Bayaran Khairat Kematian) – RM3,000 sekali bayar Pencen Penakat – Sehingga RM300 sebulan Kadar Caruman & Cara Pembayaran Dengan bayaran caruman hanya sebanyak RM120 bagi tempoh 12 bulan, anda layak menikmati semua manfaat dan perlindungan yang dinyatakan di atas. Berbaloi kan?
Caruman ini boleh dibayar oleh suami, suri rumah itu sendiri, ahli keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi pihak suri rumah berkenaan.
Bayaran boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi LINDUNG PERKESO semasa proses pendaftaran.
Video PERKESO – LINDUNG Kasih Cara Permohonan Pendaftaran LINDUNG Kasih boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi: https://suri.perkeso.gov.my/
Anda juga boleh muat turun Aplikasi Prihatin PERKESO hari ini untuk mendaftar dan membuat bayaran caruman LINDUNG Kasih dengan mudah, cepat dan selamat terus dari hujung jari anda!
Apple Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/prihatin/id1523496062?ign-itscg=30200&ign-itsct=apps_box_link Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US Soalan Lazim LINDUNG Kasih 1. Apakah itu Skim LINDUNG Kasih? Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG Kasih) ialah skim di bawah PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2022. Ia bertujuan memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah dan wanita daripada bencana domestik, kemalangan atau keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
2. Siapakah yang layak menyertai skim ini? Wanita warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur tidak melebihi 55 tahun, namun untuk caruman pertama, umur mestilah tidak melebihi 54 tahun.
Golongan yang layak termasuk:
– Isteri
– Ibu
– Kakak
– Anak perempuan
– Janda / balu / ibu tunggal

Sama ada berkahwin atau bujang, dan mengurus rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa.
3. Berapakah kadar caruman LINDUNG Kasih? Caruman hanya RM120 setahun (12 bulan berturut-turut) dan perlu dibayar secara pendahuluan.

Caruman boleh dibuat oleh:
– Suami
– Suri rumah sendiri
– Ahli keluarga
– Mana-mana pihak ketiga
4. Apakah jenis perlindungan atau manfaat yang ditawarkan? Peserta skim akan menerima 7 faedah istimewa, termasuk:

1. Faedah Perubatan – Bayaran berdasarkan Akta Fi 1951
2. Faedah Hilang Upaya Kekal – Sehingga RM30,000
3, Elaun Layanan Sentiasa (Penjaga) – RM250 sebulan untuk penjaga
4. Kemudahan Pemulihan / Rehabilitasi dan Dialisis – Sehingga RM50,000, dan RM200 sebulan untuk dialisis
5. Elaun Keuzuran – RM300 sebulan
6. Faedah Pengurusan Mayat (Khairat Kematian) – RM3,000 sekali bayaran
7. Pencen Penakat – Sehingga RM300 sebulan
5. Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan membuat bayaran? Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi: https://suri.perkeso.gov.my/

Atau melalui aplikasi PERKESO Prihatin di Google Play dan App Store.
6. Bilakah perlindungan akan berkuat kuasa? Perlindungan diberikan serta-merta selepas bayaran caruman diterima dan disahkan oleh PERKESO.
7. Mengapa wanita perlu menyertai skim ini? Kerana LINDUNG Kasih:
– Menawarkan bayaran caruman yang rendah (RM120 setahun sahaja).
– Menyediakan perlindungan sosial segera dan menyeluruh.
– Memberikan jaminan kewangan kepada keluarga sekiranya berlaku kemalangan, keilatan atau kematian.
– Pendaftaran dan tuntutan faedah sangat mudah dan mesra pengguna.
8. Adakah PERKESO sudah tiada, digantikan dengan LINDUNG? LINDUNG bukanlah entiti baharu yang menggantikan PERKESO. Ia hanyalah identiti jenama baharu untuk merangkumkan semua skim perlindungan sosial di bawah PERKESO agar lebih mudah difahami dan diingati oleh rakyat. PERKESO sebagai organisasi tetap wujud dan berfungsi seperti biasa .
9. Siapa yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut? Anda boleh menghubungi:
📞 1-300-22-8000
🌐 https://www.perkeso.gov.my/lindung.html
Atau berurusan dengan Pegawai Penasihat LINDUNG Kasih di mana-mana pejabat PERKESO berhampiran.
Baca juga:
Penyata PERKESO – Semakan Penyata Pencen / Faedah Tahunan Check SOCSO : Semakan Status, Faedah & No PERKESO Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lindung-kasih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lindung-kasih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Nafesa Koleksi The Alhambra Monogram Penghargaan Buat Kasih Ibu Menyokong Perjalanan Usahawan Wanita

Pelancaran Nafesa Koleksi The Alhambra Monogram Penghargaan Buat Kasih Ibu Menyokong Perjalanan Usahawan Wanita

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 149 hits
Pelancaran Nafesa Koleksi The Alhambra Monogram Penghargaan Buat Kasih Ibu Menyokong Perjalanan Usahawan Wanita Assalamualaikum semua Baru baru ni sis berpeluang menghadiri majlis pelancaran rasmi Nafesa sebuah jenama yang cukup dekat denga...
Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya Masuk Akal Di Malaysia

Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya Masuk Akal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 180 hits
Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya Masuk Akal Di Malaysia Nampaknya keunikan gaya hidup rakyat Malaysia sekali lagi mencuri perhatian pelancong asing Baru baru ini seorang wanita Rusia tular selepas berkongsi video tentang perkara perkar...
Hilang Kerja Bantuan Tak Putus Ini 5 Sebab Perlu Daftar Lindung Kerjaya Perkeso

Hilang Kerja Bantuan Tak Putus Ini 5 Sebab Perlu Daftar Lindung Kerjaya Perkeso

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 177 hits
Realiti kerja pada zaman ini tak ada kerja yang benar benar terjamin Ekonomi berubah permintaan industri naik turun dan kemalangan boleh berlaku bila bila masa LINDUNG Kerjaya ialah skim PERKESO yang membantu pekerja kehilangan pekerjaan me...
Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 148 hits
Kalau dulu PERKESO cuma terkenal dengan perlindungan untuk pekerja bergaji tetap tapi sekarang ni golongan pekerja sendiri gig worker seperti rider peniaga kecil kecilan atau freelancer pun tak ketinggalan Melalui jenama baharu PERKESO iait...
Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 191 hits
Sumber gambar googleBaru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya Kak ipar nieyl kebetulan tengah mencari supplier pisang tanduk dan pisang nangka untuk buat kerepek Sambil drive borak borak lah nieyl tanya kenapalah susah sangat nak ...
Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 281 hits
KOSMO MARIA ditangkap kerana anjur Tantra Yoga Foto NaewnaBANGKOK Seorang pelancong warga Britain ditangkap di Koh Pha Ngan Thailand kerana didakwa menganjurkan kelas yoga bertemakan seks di sebuah restoran tempatan lapor portal berita Thai...
Penemuan Menarik Kajian Mumi Wanita Mesir Berusia Lima Puluhan

Penemuan Menarik Kajian Mumi Wanita Mesir Berusia Lima Puluhan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 169 hits
Penemuan Mengejutkan Menggoncang Dunia Perubatan Teknik Bedah Purba Mesir Kuno Pada tahun 2015 sekumpulan saintis yang mengkaji mumi wanita berusia lima puluhan dari zaman Kerajaan Baru Mesir sekitar 3 500 tahun yang lalu telah menemui pene...
Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 165 hits
Assalammualaikum Dunia Sambung citer yer dah nak habisss tinggal 1 atau 2 citer lagii Cerita manis di kota Madinah tak kan ada di mana mana event dah pergi banyak kali pun situasi pasti berbeza Kawasan perkuburan baqi Setiap orang lain peng...
Bas Jemaah Umrah Terbakar 45 Maut Dekat Madinah Hanya Seorang Terselamat

Bas Jemaah Umrah Terbakar 45 Maut Dekat Madinah Hanya Seorang Terselamat

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 196 hits
MADINAH Perjalanan tenang dari Makkah menuju Madinah pada awal pagi Isnin bertukar tragedi apabila sebuah bas membawa jemaah Umrah warga India bertembung dengan sebuah lori tangki diesel sebelum terbakar marak dalam sekelip mata Kebanyakan ...
Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Attention

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pohon Kelapa Berbuah Lebat

Quick Healthy Recipe Lasagna

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan