Hilang Kerja Bantuan Tak Putus Ini 5 Sebab Perlu Daftar Lindung Kerjaya Perkeso


Realiti kerja pada zaman ini, tak ada kerja yang benar-benar terjamin. Ekonomi berubah, permintaan industri naik turun dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.
LINDUNG Kerjaya ialah skim PERKESO yang membantu pekerja kehilangan pekerjaan melalui bantuan kewangan sementara dan sokongan kerjaya di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Melalui LINDUNG Kerjaya, anda tak perlu risau jika berhadapan dengan kehilangan pekerjaan sebab PERKESO akan bantu anda melangkah semula membina kerjaya daripada A hingga Z!
Bagaimana PERKESO akan bantu? Jom ketahui lebih lanjut tentang LINDUNG Kerjaya.
Apa itu LINDUNG Kerjaya? LINDUNG Kerjaya ialah program perlindungan di bawah PERKESO yang bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui bantuan kewangan sementara dan sokongan kerjaya.
Contoh kehilangan pekerjaan termasuklah : 
Pemberhentian kerja biasa VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure) Bankrap atau penutupan perniagaan Pembuangan kerja secara konstruktif Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan Objektif utama LINDUNG Kerjaya adalah memberi bantuan kewangan sementara kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan serta membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu melalui pelbagai inisiatif seperti program latihan semula, kaunseling dan bimbingan kerjaya yang disediakan menerusi portal MYFutureJobs.
Program ini memastikan pekerja terus mendapat sokongan daripada pelbagai aspek seperti  kewangan dan peluang pekerjaan, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja.

5 Sebab Perlu Daftar LINDUNG Kerjaya Bagaimana LINDUNG Kerjaya boleh membantu orang yang kehilangan pekerjaan? Inilah antara bantuan dan sokongan yang akan diterima oleh pencarum :
1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Gantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggalnya Penerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan Tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman 2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya Dalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaanya, pemohon layak menerima EMP dan EPB Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP Dibayar secara pukal 3. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Suatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh EMP Kadar bayaran adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar Dibayar secara pukal 4. Fi Latihan (TF)
Penerima EMP yang layak boleh dirujuk mengikuti latihan kemahiran vokasional setelah mendapatkan nasihat daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) Fi latihan adalah sebanyak RM4,000 yang ditanggung oleh SIP 5. Elaun Latihan (TA)
Insentif yang dibayar pada kadar harian sebanyak RM10-20 berdasarkan gaji yang diterimanya Orang Berinsurans (OB) hendaklah menghadiri sesi latihan bagi melayakkan bayaran Syarat Kelayakan Memohon Manfaat LINDUNG Kerjaya Berikut adalah kategori individu yang layak untuk memohon program LINDUNG Kerjaya:
Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dengan minimum 12 bulan caruman dalam tempoh 24 bulan bagi permohonan yang pertama. Bersedia untuk mengambil bahagian dalam Program Penempatan Pekerjaan Semula dan mengikuti apa-apa arahan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERKESO. Berdaftar dengan MYFutureJobs untuk membuat carian pekerjaan bagi melayakkan mendapat Faedah SIP. Melaporkan kepada PERKESO jika telah menerima tawaran atau telah kembali bekerja secara tetap / kontrak / sambilan / sementara / perantis. Berikut adalah syarat kelayakan untuk program LINDUNG Kerjaya:
Semua pekerja sektor swasta dan pekerja domestik warganegara Malaysia / pemastautin tetap / pemastautin sementara. Semua pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelumnya). Diambil bekerja menerusi kontrak perkhidmatan (COS). Memenuhi kriteria Kehilangan Pekerjaan Cara Daftar LINDUNG Kerjaya Muat turun Aplikasi Prihatin PERKESO hari ini untuk mendaftar dan membuat bayaran caruman LINDUNG Kerjaya dengan mudah, cepat dan selamat terus dari hujung jari anda!
Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US Apple Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/prihatin/id1523496062?ign-itscg=30200&ign-itsct=apps_box_link Soalan Lazim Lindung Kerjaya 1. Adakah LINDUNG Kerjaya sama dengan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) atau Employment Insurance System (EIS)? Ya, program ini merupakan penjenamaan semula bagi Skim Insurans Pekerjaan (SIP) atau Employment Insurance System (EIS) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
2. Apakah bantuan atau elaun yang diberikan untuk membantu mereka yang kehilangan kerja? Antara faedah yang akan didapati melalui skim LINDUNG Kerjaya ialah:

– Elaun Mencari Pekerjaan
– Elaun Pendapatan Berkurangan
– Elaun Latihan
– Fi Latihan
– Elaun Bekerja Semula Awal
– Elaun Orang Tanggungan
3. Adakah semua pencarum boleh memohon faedah ini? Semua pencarum layak menerima faedah SIP sekiranya:

– Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
– Memenuhi syarat kelayakan caruman seperti mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
– Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP
4. Kalau hilang kerja, macam mana nak mohon bantuan ini? Layari portal PERKESO dan isi borang permohonan LINDUNG Kerjaya dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan kerja.
5. Adakah saya masih boleh mohon faedah LINDUNG Kerjaya jika saya berhenti kerja sendiri? Tidak, perletakan jawatan secara sukarela tidak termasuk dalam kehilangan pekerjaan.

Selain itu, pembuangan akibat salah laku pekerja, persaraan, tamat tempoh kontrak perkhidmatan atau penyiapan kerja atau penamatan kontrak perkhidmatan secara persetujuan bersama tanpa terma dan syarat juga tidak layak memohon.
6. Berapa kadar caruman LINDUNG Kerjaya? Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) atau LINDUNG KERJAYA adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Rujuk jadual di SINI.
7. Siapa yang perlu bayar caruman LINDUNG Kerjaya? Majikan atau pekerja? Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri).
8.  Kenapa LINDUNG Kerjaya penting untuk pekerja? Sebab kehilangan kerja boleh berlaku bila-bila masa dan SIP sebagai  ‘penampan’ kewangan supaya pekerja tak tertekan semasa cari kerja baru.
9. Adakah caruman dipotong secara bulanan atau tahunan?  Potongan bayaran caruman pekerja dibayar secara bulanan iaitu hanya dicarumkan dengan syer majikan dan gaji pekerja .
10. Adakah skim ini wajib untuk semua pekerja? Semua pekerja swasta berpendapatan kurang daripada RM6,000 sebulan wajib didaftarkan menurut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.perkeso.gov.my/lindung.html
Baca juga:
LINDUNG Pekerja Pastikan Anda Dilindungi – Ini Cara Semakan Caruman & Manfaat Tuntutan LINDUNG Kasih PERKESO: Perlindungan Wanita Dengan Hanya RM120 Setahun

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lindung-kerjaya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lindung-kerjaya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Semua Orang Senang Nak Dapat Kerja Kisah Akmal Hidup Susah Netizen Berganding Bahu Hulur Bantuan

Bukan Semua Orang Senang Nak Dapat Kerja Kisah Akmal Hidup Susah Netizen Berganding Bahu Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Di tengah hiruk pikuk kota yang tidak pernah tidur masih ada insan yang bertarung setiap hari hanya untuk sekeping rezeki dan sedikit ruang berteduh Kisah seorang lelaki yang berjalan sendirian hidup berpindah dari masjid ke su...
Lindung Kasih Perkeso Perlindungan Wanita Dengan Hanya Rm120 Setahun

Lindung Kasih Perkeso Perlindungan Wanita Dengan Hanya Rm120 Setahun

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 176 hits
Kalau dulu mungkin ramai suri rumah tak pernah terfikir untuk dapatkan perlindungan sosial macam pekerja formal lain tapi sekarang ni wanita di Malaysia sangatlah bertuah sebab PERKESO dah perkenalkan skim khas di bawah jenama baru LINDUNG ...
Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 161 hits
Kalau dulu PERKESO cuma terkenal dengan perlindungan untuk pekerja bergaji tetap tapi sekarang ni golongan pekerja sendiri gig worker seperti rider peniaga kecil kecilan atau freelancer pun tak ketinggalan Melalui jenama baharu PERKESO iait...
Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 234 hits
Sebuah kajian oleh AidData sebuah makmal penyelidikan dari Universiti William Mary di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa Amerika Syarikat adalah penerima terbesar pinjaman rasmi daripada China Laporan tersebut menunjukkan bahawa sejak tahu...
Bantuan Khas Banjir Bank Muamalat Moratorium Gantian Kad

Bantuan Khas Banjir Bank Muamalat Moratorium Gantian Kad

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 237 hits
Kepada mangsa banjir yang merupakan pelanggan Bank Muamalat anda boleh mendapatkan Bantuan Khas Banjir yang boleh dipohon menerusi borang yang dimuat turun menerusi pautan Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan khas ini Mengenai ...
Program Blueprint Selangor Bantuan Peralatan Peniaga B40

Program Blueprint Selangor Bantuan Peralatan Peniaga B40

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 169 hits
Program Bantuan Blueprint Selangor Bantuan Peralatan Untuk Peniaga B40 Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memperkasakan golongan B40 melalui pelbagai inisiatif yang memberi impak nyata terhadap kehidupan mereka Golongan B40 yang ter...
Top 10 Komen Bulanan Saip Dengan Bantuan Chatgpt

Top 10 Komen Bulanan Saip Dengan Bantuan Chatgpt

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 177 hits
Gambar preview yang ChatGPT perlihatkan kepada Etuza sebelumterbitkan kooding Top Komentartor di blog SIAP Terima Kasih ChatGPT yang telah membantu menyiapkan html koding Top 10 Komen Bulanan di blog Etuza sangat menghargai dan bersyukur ke...
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 163 hits
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri JohorPagi penuh makna di Tremendous apabila calon SPM menerima kit bantuan alat tulis daripada Kerajaan Negeri Johor Lebih manis majlis ini turut disaksikan oleh YDP PIBG yang sentiasa m...
Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid

Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 162 hits
Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid BAGAN DATUK 23 Nov Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu