Lima Penjuru Di Sandakan


Geraldine Tong  

   
PRK SANDAKAN | Pilihan raya kecil (PRK) Sandakan menyaksikan pertandingan lima penjuru, seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini.

Selain calon DAP, Vivian Wong dan calon dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Linda Tsen, tiga calon bebas akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Vivian, 30 merupakan anak bongsu kepada Anggota Parlimen Sandakan sebelum ini, mendiang Stephen Wong.

Tsen pula adalah bekas Anggota Parlimen Batu Sapi yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil 2010 selepas suaminya yang juga penyandang kerusi berkenaan, Edmund Chong meninggal dunia dalam kemalangan.

Calon-calon Bebas yang bertanding pada PRK ini ialah Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.

Hamzah yang berusia 65 tahun adalah bekas pengerusi Amanah Sabah dan bekas pesuruhjaya PAS Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dihantar pagi ini, Amanah mengesahkan Hamzah telah menghantar notis untuk keluar daripada parti itu semalam.

Terdahulu Hamzah yang tewas di kerusi Parlimen Batu Sapi pada PRU14, dilapor meletak jawatan daripada partinya pada Ogos lalu, selepas mendakwa tidak mendapat kerjasama beberapa ahli parti Sabah.

Sementara itu, Chia terlibat dalam perniagaan minyak kelapa sawit yang diusahakan keluarganya.
Berusia 46 tahun, Chia merupakan penasihat NGO Suara Bebas Rakyat.

Selain itu Sulaiman adalah bekas pembantu tadbir di pusat khidmat Anggota Parlimen Sandakan sebelum ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi terletak bersebelahan dengan kerusi Sandakan.

PRK Sandakan diadakan susulan kematian Stephen pada 28 Mac lalu.

Hari pengundian bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 11 Mei.

Terdapat 39,777 pengundi di Sandakan, dengan 51 peratus pengundi adalah Cina, 26 peratus Bumiputera Sabah, 16 peratus Melayu dan 7 peratus lain-lain kaum.

Pengerusi SPR, Azmi Sharom dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon hari ini berkata suruhanjaya itu menjangkakan jumlah keluar mengundi sebanyak 70 peratus pada PRK kali ini.

Beliau juga berkata suruhanjaya itu memutuskan agar waktu mengundi diadakan setengah jam lebih awal berbanding dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang seperti kebiasaan.

Susulan itu, waktu mengundi ditetapkan dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang pada hari mengundi, 11 Mei ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/lima-penjuru-di-sandakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 284 hits
Diterbitkan Hari ini 9 12 pagiPRK SANDAKAN Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan akan bermula 9 pagi ini di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua di Sandakan Hujan renyai renyai tidak menghalang keh...
Prk Sandakan 5 Parti Bagi Sokongan Kepada Pbs Tentang Dap

Prk Sandakan 5 Parti Bagi Sokongan Kepada Pbs Tentang Dap

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 510 hits
PBS telah mengumumkan Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya parlimen Sandakan Lima buah parti telah menyatakan sokongan kepada Parti Bersatu Sabah bagi menent...
Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 373 hits
Jamuan makan hadiah untuk pengaruh pengundi adalah salah SPR Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun BANGI Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan calon atau parti supaya tidak menyalahgunakan aset dan kuasa kerajaan untuk meraih undi sepanjang kemp...
Logo Dap Akan Digunakan Di Sandakan Shafie Apdal

Logo Dap Akan Digunakan Di Sandakan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 305 hits
News Diterbitkan Hari ini 10 55 pagi Rakan sekutu Warisan Pakatan Harapan dan Upko akan menggunakan logo DAP dalam pilihan raya kecil Sandakan kata Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal Seperti mana mendiang Stephen Wong yang menang dalam dua pi...
Tawau Sandakan New Transit Points For Is Militants

Tawau Sandakan New Transit Points For Is Militants

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 294 hits
Inspector General of Police Mohamad Fuzi Harun says IS has increasingly turned to Southeast Asia as its new hub following heavy defeats in Iraq and Syria IPOH The Islamic State terrorist group has now made Tawau and Sandakan in Sabah the ne...
Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 384 hits
Lawan Calon DAP Di PRK Sandakan Adalah Sejak Parti Bersatu Sabah mengumumkan hasrat bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 11 Mei ini timbul persoalan mengenai siapakah yang akan dicalonkan parti tempatan tertua itu Pilihan DA...
Sandakan By Election Ec Reminds All To Adhere To Election Ethics Laws

Sandakan By Election Ec Reminds All To Adhere To Election Ethics Laws

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 260 hits
All parties involved in the Sandakan parliamentary by election have been reminded to comply with the election laws rules and ethics during the campaign period beginning tomorrow until 11 59pm on May 10 Election Commission chairman Azhar Azi...
Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 429 hits
Sebelum ini Guan Eng bertegas tidak mahu meluluskan BMT dari LIGS Namun kerana PRK dan protes rakyat Lim Guan Eng terpaksa akur luluskan peruntukan tambahanPRK Sandakan telah menyelamatkan Junz Wong Junz Wong Menteri Pertanian dan Industri ...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal