Lima Lubuk Ikan Idaman Kaki Pancing Di Selangor


Memancing pasti menyeronokkan jika memperoleh hasil tangkapan berbaloi. Lebih-lebih lagi, panorama lokasinya indah lagi mendamaikan.
Ada banyak destinasi memancing di Selangor yang menawarkan pakej keindahan alam semula jadi dan lubuk ikan idaman kaki pancing. Berikut susunan NAZLI IBRAHIM berdasarkan cadangan Tourism Selangor.
Tanjung Harapan Pelabuhan Klang
Tanjung Harapan yang juga dikenali sebagai ‘Cape of Good Hope’ terletak di Pelabuhan Klang. Bersempadan dengan Pelabuhan Klang Golf Resort, lokasi itu bagai sebuah oasis di tengah-tengah kawasan perindustrian dan terminal perkapalan yang sibuk.
Sepanjang benteng dua kilometer, Tanjung Harapan juga lokasi menarik untuk menyaksikan matahari terbenam.
Terdapat banyak jeti yang berada di sepanjang persisiran Tanjung Harapan dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada pemilik jeti. Sea Lion dan Jeti Pak Harun adalah antara yang terkenal dalam kalangan kaki pancing.
Pantai Jeram Kuala Selangor
Pantai Jeram sering menerima pelawat dalam jumlah yang besar pada hujung minggu dan cuti umum. Pantai sepanjang dua kilometer terdiri daripada pasir, batu dan kerang serta dihiasi banyak pokok Casuarina.
Pantai ini menyediakan kemudahan ideal bukan sahaja bagi kaki pancing, malah untuk bersiar-siar dengan tenang dengan suasana berangin dan santai bersama keluarga.
Antaranya kemudahan disediakan seperti kawasan parkir, tandas dan bilik mandi.
Ada banyak kedai yang rata-ratanya menjadikan makanan laut bakar sebagai menu utama.
Bagi mereka yang ingin memasak sendiri di rumah pula, terdapat gerai menjual pelbagai jenis ikan segar, aneka makanan laut bercengkerang, sotong, udang dan bermacam-macam lagi pada harga murah.
Pulau Ketam Pelabuhan Klang
Pulau Ketam dikelilingi pokok bakau dan kawasan berlumpur yang didiami majoriti keturunan Teochew dan Hokkien. Terdapat empat perkampungan nelayan iaitu Perbadanan Pulau Ketam, Bagan Teo Chew, Sungai Lima dan Sungai Dua.
Untuk ke Pulau Ketam, pemancing perlu menaiki feri dari jeti Pelabuhan Klang dengan tambang perjalanan sehala RM10 untuk dewasa dan RM6 kanak-kanak.
Pemancing juga boleh membeli tiket dua hala dengan harga lebih murah iaitu RM18 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak. Jarak dari jeti sekitar 10 batu nautika.
Antara penyelia feri adalah Alibaba Pulau Ketam Cruises yang memulakan operasinya dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang pada hujung minggu dan 7.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari bekerja.
Jika penat memancing, pengunjung juga boleh berbasikal pada kadar sewa RM5 sehari dan menikmati makanan laut segar di restoran berhampiran jeti.
One Fanthom Bank Kuala Selangor
Di sini pengunjung akan mendapati terdapat dua rumah api, lama dan baharu, yang menghadap antara satu sama lain.
Kebanyakan pengunjung datang ke sini secara berkumpulan untuk memancing sambil menikmati pemandangan menakjubkan dari One Fanthom Bank, juga dikenali Permatang Sedepa.
Untuk sampai ke sini, anda perlu mengambil bot dari jeti Pelabuhan Klang atau Tanjung Harapan pada jarak sekitar 24 batu nautika. Kosnya bergantung kepada bot dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan.
Pulau Angsa Kuala Selangor
Pulau Angsa yang terletak di luar pantai Kuala Selangor terkenal sebagai sebuah pulau menghijau dan subur.
Menariknya, selain pemandangan indah dan lubuk kegemaran kaki pancing, pulau ini juga menyimpan banyak sejarah peneroka awal di sini iaitu orang Bugis.
Untuk ke sini, perjalanan mengambil masa dua jam dari Shah Alam ke jeti Pangkalan Jeram yang menempatkan Medan Ikan Bakar. Dari jeti, pulau itu terletak sejauh 6.8 batu nautika.
Pengunjung perlu mengambil bot dengan menggunakan perkhidmatan nelayan di jeti.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/lima-lubuk-ikan-idaman-kaki-pancing-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Lokasi Air Terjun Tarik Pelancong Ke Selangor

Lima Lokasi Air Terjun Tarik Pelancong Ke Selangor

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 519 hits
Ada banyak tempat semula jadi yang menarik untuk dikunjungi Malah keindahan alam dan variasi air terjun di Selangor antara yang menggamit pelancong dalam dan luar negara Berikut lokasi yang menjadi pilihan pengunjung sama ada untuk berkelah...
Latheefa Koya Tak Layan Drama Kaki Lima Berlagak Suci

Latheefa Koya Tak Layan Drama Kaki Lima Berlagak Suci

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 317 hits
Tak perlu tunjuk kebodohan dan hipokrik Setiap kerajaan ketika mempunyai kuasa akan melindungi kepentingan dan pemimpin mereka
Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing

Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 532 hits
Cuti hujung minggu kami kali ini kami penuhi dengan suasana desa Dah lama tak meronda Kali ini kami jejak semula ke lokasi kegemaran kami di Yan Kedah Daerah Yan merupakan salah satu daerah di negeri Kedah yang mempunyai lokasi lokasi alam ...
5 Wisata Kuliner Solo Kaki Lima Yang Paling Hits Sudah Coba Semua

5 Wisata Kuliner Solo Kaki Lima Yang Paling Hits Sudah Coba Semua

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 261 hits
Solo merupakan kota yang banyak menawarkan keragaman wisata Tidak hanya terkenal dengan budaya dan batik Solo juga memiliki beragam wisata kuliner yang wajib untuk dikunjungi
Nenek Tua Gigih Tolak Basikal Jual Kerepek Di Kaki Lima Tak Mahu Raih Simpati

Nenek Tua Gigih Tolak Basikal Jual Kerepek Di Kaki Lima Tak Mahu Raih Simpati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1453 hits
Tidak semua orang boleh hidup dengan mewah dan senang ada juga yang terpaksa bekerja keras walaupun tak larat kerana usia yang semakin tua Peribahasa ada berkata berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah ungkapan yang menggambarka...
Jps Selangor 101 Projek Siap Tahun Ini

Jps Selangor 101 Projek Siap Tahun Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 383 hits
SHAH ALAM 9 MAC Sebanyak 39 daripada 70 projek fizikal menerusi Rancangan Malaysia ke 11 telah dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sehingga Februari 2020 dan bakinya dijangka disiapkan tahun ini kata pengarahnya Datuk Gapar ...
Tak Perlu Ke Luar Negara Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis Sesuai Untuk Kaki Insta

Tak Perlu Ke Luar Negara Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis Sesuai Untuk Kaki Insta

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 787 hits
Pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus ialah sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika dengan kepalanya berkuntum besar Ia merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar d...
Hamis Al Gacir Hilang Kaki Kanan Lepas Serangan Bom Di Syria Terima Kasut Bola Dari Mo Salah

Hamis Al Gacir Hilang Kaki Kanan Lepas Serangan Bom Di Syria Terima Kasut Bola Dari Mo Salah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 508 hits
Sejak berpindah ke kelab Liverpool nama Mohamed Salah menjadi sebutan peminat sukan bola sepak seluruh dunia Malah ada yang menggelar beliau sebagai The Egyptian King Pemain yang berasal dari Mesir itu sudah semakin disayangi penyokong Live...
Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 575 hits
Terharu berjaya mencapai cita cita menjadi seorang polis seorang anak bersujud syukur di kaki ayahnya yang selama ini telah banyak berkorban untuk mereka sekeluarga Detik mengharukan Mohammad Risky Saputra 19 bersama ayahnya Supriyadi sempa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game