Lima Lokasi Air Terjun Tarik Pelancong Ke Selangor


Ada banyak tempat semula jadi yang menarik untuk dikunjungi. Malah, keindahan alam dan variasi air terjun di Selangor antara yang menggamit pelancong dalam dan luar negara.
Berikut lokasi yang menjadi pilihan pengunjung sama ada untuk berkelah bersama keluarga mahupun sekadar mencari ketenangan dari suasana kota raya. Wartawan NAZLI IBRAHIM memilih beberapa lokasi air terjun yang diminati ramai berdasarkan tinjauan beberapa media.
Air Terjun Serendah
Satu lagi lokasi perkelahan sesuai adalah Air Terjun Serendah yang turut dikenali sebagai Air Terjun Templer Kai.
Terletak 13km dari pusat bandar Rawang, ia dianggap mesra kanak-kanak berikutan kawasan mandi luas, tidak berbatu dan airnya hanya paras pinggang.
Namun, kedudukannya yang strategik selain kemudahan parkir, bilik persalinan dan kedai makan menyebabkan lokasi itu sesak pada hujung minggu.
Pengunjung juga boleh mendaki 200 meter untuk ke bahagian atas air terjun yang menempatkan jakuzi semula jadi yang dinamai Freedo’s Jakuzi. Kenderaan pacuan empat roda juga boleh dipandu ke sana.
Santuari Ikan Sungai Chiling
Perjalanan sejauh 13km dari Kuala Kubu Bharu tidak terasa apabila disajikan dengan suasana penempatan orang Asli di Kampung Pertak dan Empangan Sungai Selangor.
Santuari yang diuruskan Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor juga menawarkan pengalaman sedikit mencabar buat pengunjungnya.
Untuk sampai ke air terjun, pengunjung perlu berjalan kaki meredah hutan sejauh tiga km antara 40 minit hingga satu jam.
Sebaik tiba, penat meredah hutan segera hilang apabila menyaksikan deruan air terjun dan ikan kelah dan tengas berenang jinak di permukaan sungai yang jernih.
Pengunjung juga boleh memberi makan ikan kelah sebesar telapak tangan orang dewasa dengan membeli makanan di kaunter masuk tapak perkelahan.
Air Terjun Chiling ada tiga tingkat tetapi pengunjung hanya dibenarkan bermandi-manda di tingkat pertama sahaja atas faktor keselamatan.
Namun, Sungai Chiling ditutup sementara mulai 1 November lalu sehingga 29 Februari ini ekoran ikan kelah dan tengas sedang aktif membiak.
Hutan Lipur Kanching
Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak enam kilometer dari bandar Rawang. Ia terkenal sebagai lokasi perkhemahan, perkelahan, dan kegiatan meredah hutan.
Laluan hutan yang diuruskan Tourism Selangor sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti itu. Kawasan tersebut juga dipenuhi pelbagai spesies tumbuhan yang jarang ditemui.
Hanya RM1 seorang dan RM2 untuk caj parkir, kawasan perkelahan pula ada tujuh lapisan air terjun. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan aksi kumpulan monyet bergayutan di pokok.
Sungai Pisang
Air terjun di pinggir Lebuhraya Karak terletak kira-kira 20km dari Gombak. Di lokasi perkelahan, pengunjung boleh menikmati sensasi spa semula jadi dengan membiarkan ikan-ikan kecil menggigit kulit mati di kaki.
Untuk ke kawasan yang dinamakan Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland), pe-
ngunjung perlu meredah hutan kira-kira sejam termasuk menyeberangi sungai.
Pengunjung juga perlu melalui terowong yang terletak bawah lebuhraya berkenaan.
Sungai Tekala
Sungai Tekala yang terletak di Hulu Langat, kira-kira 14km dari Semenyih dan 50km dari Kuala Lumpur.
Pusat perkelahan yang dibuka pada 1982 merupakan tempat ideal untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana pengunjung hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama.
Tiket serendah RM2 bagi dewasa dan RM1 kanak-kanak, ia dilengkapi deretan gerai makan, surau, tandas awam dan bilik persalinan. Jika mahu bermalam, perkhidmatan sewa chalet disediakan atau sewa tapak khemah untuk lebih jimat.
Lokasi itu sebahagian Hutan Simpan Sungai Lalang yang menjadi Taman Warisan Selangor.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/lima-lokasi-air-terjun-tarik-pelancong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Air Terjun Berdebu

Misi Air Terjun Berdebu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 828 hits
Air terjun berdebu terletak disungai kelemin hulu dungun terengganu kampung yg terdekat dengan tempat tu ialah kampung talong Air terjun ni merupakan air terjun yg baru Baru maksudnya ialah air terjun ni belum dikenali oleh orang ramai dan ...
Motac Fokus Usaha Tarik Pelancong Domestik

Motac Fokus Usaha Tarik Pelancong Domestik

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 221 hits
KOTA BHARU 7 MAC Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menumpukan usaha menarik lebih ramai pelancong domestik berkunjung ke pelbagai destinasi pelancongan dalam negara bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2020 Ketua Setiausaha ke...
Lima Lubuk Ikan Idaman Kaki Pancing Di Selangor

Lima Lubuk Ikan Idaman Kaki Pancing Di Selangor

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1623 hits
Memancing pasti menyeronokkan jika memperoleh hasil tangkapan berbaloi Lebih lebih lagi panorama lokasinya indah lagi mendamaikan Ada banyak destinasi memancing di Selangor yang menawarkan pakej keindahan alam semula jadi dan lubuk ikan ida...
Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1220 hits
Air Terjun Blue green Havasu Canyon Arizona Havasu Falls Tempat yang indah di Arizona Dengan pemandangan yang indah dengan lokasi yang hebat Terletak 1 km dari Supai Arizona Amerika Syarikat Havasu Falls terletak 1 km di luar kampung Havasu...
Pemerintah Diminta Tarik Draf Ruu Cipta Kerja Wapres Tunggu Keputusan Dpr

Pemerintah Diminta Tarik Draf Ruu Cipta Kerja Wapres Tunggu Keputusan Dpr

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 152 hits
Ma ruf menambahkan permintaan untuk menarik draf RUU Omnibus Law memang ada Namun keputusan tetap menunggu DPR
Hasanah Tarik Balik Rayuan Berhubung Saman Terhadap Sprm Kerajaan

Hasanah Tarik Balik Rayuan Berhubung Saman Terhadap Sprm Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 188 hits
PUTRAJAYA 26 Feb Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan samannya ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...
Cuba Walls X Lipton Teh Tarik Sandwich

Cuba Walls X Lipton Teh Tarik Sandwich

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 492 hits
Cuba Walls x Lipton Teh Tarik Sandwich Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Jika sebelum ini Momi cuba aiskrim Walls Top Ten Sandwich entri kali ini nak kongsikan pula tentang Walls x Lipton Teh Tarik Sandwich Disebabkan terngiang ngiyang r...
Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 290 hits
Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Datuk Dr Asyraf Waj...
National Debt Now Stands At Rm1 24 Trillion Says Pm

Pembukaan Huawei Experience Stores Di Sunway Pyramid Dan 1 Utama

Ular Sawa Tunggu Dalam Semak Berhampiran Stesen Mrt

Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

Mangsa Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

Oppo Find N5 Mungkin Dilancarkan Awal 2025

Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati

Anda Sedang Duduk Di Restoran Yang Sesak Menanti Hidangan Kegemaran Anda


echo '';
Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim


Ai Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta Lim Dan Ta Dib Ahli Akademik

Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma

Sampai Nak Bunuh Bunuh

Irregular And Peculiar Transactions Of Fashion Valet

Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

7 Dazzling Fall Interior Design Tips By Hayley Servatius