Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing


Cuti hujung minggu kami kali ini, kami penuhi dengan suasana desa.  Dah lama tak meronda.  Kali ini kami jejak semula ke lokasi kegemaran kami di Yan, Kedah. Daerah Yan merupakan salah satu daerah di negeri Kedah yang mempunyai lokasi-lokasi alam semulajadi yang agak menarik.  Tujuan asal ke sini adalah untuk ke pasar malam Guar Chempedak. Oleh kerana dah sampai awal, kami ronda-ronda dulu cari makan. Satu tempat yang pasti kami tuju kalau ke Yan, cari pasembor special.
Pasembor Special di Medan Makan Belakang Pasar Awam Yan KecilApa yang istimewanya pasembor ini? Dalam pasembor ni ada macam-macam termasuk ikan.  Akak pernah cerita kat sini --  Pasembor Special . Kat sini ja akak jumpa pasembor macam ni.  Lepas makan pasembor, selalunya kami akan terus singgah ke Pasar Awam di situ.  Kalau korang nak tahu Yan ni juga antara lokasi yang selalu menjadi tumpuan kaki pancing.  Di pasar ini adakalanya kaki pancing akan menjual hasil tangkapan mereka. Best tau dapat ikan yang segar terutama bila musim tenggiri sampai. Satu ketika dulu, en hubby antara pemancing tegar yang kerap ke sini tapi sekarang dah lama tak ke laut. Selesai makan cari port lain pula.
Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing
Pandangan dari tengah jambatan ke tanah besar.  Waktu ni awal lagi tak ramai kaki pancing atas jambatan.  Kalau berdekatan memang boleh jadi lokasi pilihan keluarkan peluh sambil menikmati udara laut.
Oleh kerana masih awal, kami cuba 'explore' lebih jauh lagi dalam daerah Yan ni.  Sesekali datang kan! Kali ini kami singgah pula ke Pulau Bunting. Ikut sahaja google map.  Pulau Bunting ni dihubungkan dengan tanah besar melalui jambatan sepanjang 2.3km.  Tapi jambatan ini tidak boleh dah dilalui oleh kenderaan, dah ditutup sebab berlaku pencerobohan ke atas Pulau Bunting.  Walaubagaimana pun boleh dilalui sekiranya berjalan kaki atau berbasikal.  Bagi kaki pancing lokasi sepanjang  jambatan ini memang sesuai untuk mencuba nasib.  Masa kami sampai pun ramai kaki pancing yang kebanyakannya penduduk tempatan yang menghabiskan masa berehat sambil memancing di sini.  Ada sahaja hasil yang diperolehi tapi bukanlah ikan-ikan yang besar, sekadar seronok-seronok bolehlah.  Mungkin di sebelah malam lebih ramai lagi.

Sebelum masuk ke kawasan jambatan, ada gerai jualan minuman, laksa dan siput mentarang ni.  Akak tak pernah makan tapi en hubby nak cuba.  Beli sikit yang masih belum dibakar bawa balik.  Yang ni penjual tu dah bakar, harga jualan mengikut saiz.  Ada juga gerai sewa basikal.  Pada yang tak larat nak jalan jauh, bolehlah kayuh basikal. Sewa serendah RM5 sahaja.

Pandangan dari tengah ke Pulau Bunting.  Pulau Bunting ni tak besar, tiada penempatan pun tapi sesuai untuk memancing.  Mungkin nanti akan dibangunkan semula lokasi ini dan jambatan ini boleh dilalui semula oleh kenderaan empat roda.

Luasnya Selat Melaka.  Berada di tengah-tengah lautan sambil dibuai angin Selat Melaka. Suka sangat menghayati pemandangan macamni.  Nampak luas, lapang tanpa halangan. 

Puas berjalan.Yang bestnya tak rasa letih pun walaupun berjalan di tengah panas.
Inilah hasil pancingan pemancing  di situ. Ikan sembilang.  Ada banyak dalam bekas hasil tangkapan, lupa pulak nak ambil gambar sebab terleka tengok ikan yang sekor ni. Bila umpan mata pancing dipagut si ikan, terdengarlah jerit pekik  mereka keriangan.  Mungkin juga hasil pancing itu merupakan rezeki mereka untuk malam nanti ataupun mungkin boleh dijual kepada peminat sembilang.
Penat juga berjalan sehingga ke tengah jambatan.  Cukup 10 ribu langkah. Walaupun cuaca panas, tapi tak terasa penat sangat sambil merasai tiupan angin Selat Melaka.  Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilihat dari pekan Yan, ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting.  Mesti ada pelbagai cerita rakyat yang bersangkutan dengan nama pulau ini. 
Puas berjalan, tengok orang memancing, ambil angin tengah lautan, kami pun bergeraklah ke destinasi terakhir sebelum pulang. Yeah ! Jom ronda pasar malam.

Dari kejauhan kelihatan Gunung Jerai. Rindunya nak panjat Gunung Jerai ni. 

Pasar Malam Guar ChempedakLokasi yang paling kami suka. Apa bezanya pasar malam ni dengan pasar malam yang biasa kami kunjungi? Mai nak habaq. Kat sini ada macam-macam jenis makanan dijual.  Pusing kiri, kanan, jalan ke depan, undur ke belakang, bersusun pelbagai makanan.  Bukannya suka nak membeli tapi seronok melihat. Tak tahu kenapa, hati memang tersuka ke pasar malam ni.  Seronok tengok orang berniaga dan membeli.  Pasar malam Guar Chempedak ni agak sibuk kerana berada di jalan besar. 
Bersebelahannya ada pasar awam yang juga menjual pelbagai hasil tangkapan laut.  Murah pun murah juga.  Adakalanya kami beli lauk mentah di sini sahaja.  Selain harganya yang agak murah, ikan-ikan pun fresh dari laut.  Kalau nak makan, kedai makan pun berhampiran. Bihun sup utara memang pilihan kami kalau singgah makan di sini.  Lain kali akak bercerita tentang pasar malam ini. Tak banyak gambar sempat diambil, seronok sangat pilih makanan.
Seusai solat maghrib, kami bertolak pulang dengan rasa puas.  Puas dapat melihat keindahan suasana kampung.  Setiap kali datang mesti ada yang berubah.  Perubahan maksudnya ada pembangunan.  Bila ada pembangunan maknanya ada lebih rezeki pada penghuninya.  Nak tunggu musim padi pula nanti, mesti cantik lihat saujana sawah luas terbentang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azirahman.com/2020/02/jambatan-pulau-bunting-port-menarik-untuk-kaki-pancing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Fakta Menarik Tentang Jambatan Saloma Ikon Baru Bandaraya Kuala Lumpur

15 Fakta Menarik Tentang Jambatan Saloma Ikon Baru Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 2249 hits
Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara Kampung Baru dan Jalan Ampang yang dikenali dengan nama Saloma Link kini dibuka secara rasmi kepada orang awam Port baru untuk berswafoto dengan konsep futuristik yang instagrmmable di Kuala L...
3 Port Makan Menarik Anda Wajib Singgah Di Tanjung Malim

3 Port Makan Menarik Anda Wajib Singgah Di Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 322 hits
Tanjung Malim terletak di selatan Perak bersempadan dengan Negeri Selangor Bagi yang kurang mengenali tempat ni di sini ada institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan ramai pendidik iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris Selain dar...
Apa Yang Menarik Di Setiu Korang Kena Cuba Semuanya

Apa Yang Menarik Di Setiu Korang Kena Cuba Semuanya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 958 hits
Setiu cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya selepas keindahan Pantai Penarik tular di dalam pembikinan filem Pulang beberapa ketika dahulu Selain dari filem Pulang oleh kerana keindahan yang ada di Setiu banyak lagi filem filem...
Apa Yang Menarik Di Bukit Fraser Pahang

Apa Yang Menarik Di Bukit Fraser Pahang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 821 hits
Nak kata percutian pun bukanlah sangat memang tak di rancang sama sekali Pagi Ahad tu lepas Subuh borak borak dengan suami nak pii mana hari ini memandangkan anak anak baru habis final exam nak bagi depa release sat dari stress study kan Na...
Giliran Vivo Menarik Diri Dari Penyertaan Di Mobile World Congress Pengumuman Vivo Apex 2020 Ditunda

Giliran Vivo Menarik Diri Dari Penyertaan Di Mobile World Congress Pengumuman Vivo Apex 2020 Ditunda

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 242 hits
https ift tt eA8V8J Selepas Amazon Sony Ericsson dan NVIDIA kini tiba pula giliran Vivo untuk menarik diri daripada penyertaan di acara Mobile World Congress yang akan berlangsung pada penghujung bulan Februari ini di Barcelona Sama seperti...
5 Fakta Menarik Pemain Fim Mariposa Angga Yunanda Dan Zara Jkt 48

5 Fakta Menarik Pemain Fim Mariposa Angga Yunanda Dan Zara Jkt 48

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 473 hits
Kedua aktor muda ini bukan pertama kalinya beradu akting di dalam satu film yang sama Melainkan pada tahu 2019 lalu Angga Yunanda dan Zara sudah bertemu dan beradu akting dalam film sebagai aktor utama di film tersebut Kedua aktor muda ini ...
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 547 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
7 Destinasi Wisata Banyuwangi Yang Instagramable Dan Menarik Untuk Dikunjungi

7 Destinasi Wisata Banyuwangi Yang Instagramable Dan Menarik Untuk Dikunjungi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 217 hits
Banyuwangi memiliki banyak destinasi wisata yang telah dikenal hingga mancanegara
5 Fakta Menarik Ricuhnya Kongres V Pan

5 Fakta Menarik Ricuhnya Kongres V Pan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 184 hits
Pada Senin Partai Amanat Nasional melaksanakan serangkaian acara Kongres V PAN Kongres tersebut dilaksanakan di Kendari Sulawesi Tenggara Dalam prosesnya situasi memanas sejak awal acara sampai terjadinya pelemparan kursi di tengah acara
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord