Liga Super Sabah Hukum Kl City Pada Saat Akhir
Liga Super: Sabah Hukum KL City Pada Saat Akhir.
( 📸 ©Makan Bola)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Liga Super: Sabah FC bangkit tewaskan KL City
FT: Sabah FC 3-2 Kuala Lumpur City FC .
(📸 ©FB Penyokong SABAH FC)
Aksi Liga Super LS20 diteruskan melibatkan pertembungan antara Sabah menentang pasukan KL City yang berakhir dengan keputusan 3-2.
Pasukan Sabah FC mempamerkan kebangkitan dramatik untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Pasukan Sabah FC kembali berada di landasan kemenangan selepas tewas kepada JDT, Rabu lepas.
.
(📸 ©Facebook Sabah FC)
Pada aksi tersebut, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee mengekalkan ramuan yang sama dengan kesebelasan utama dibarisi tonggak seperti Ramon Machado, Saddil Ramdani dan kapten, Park Tae-su.
Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan pada babak pertama tetapi setiap percubaan yang dilakukan gagal menerjah jaring
Babak separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang jaringan.
Serangan trio KL City menerusi Saravanan, Haqimi Azim dan Romel Morales beberapa kali mencemaskan penyokong-penyokong skuad The Rhinos. Bagaimanapun ketangkasan penjaga gol Sabah, Damien Lim memastikan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung aksi kedua, Sabah bermula garang dengan jaringan pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-50 permainan. Pemain tengah kebangsaan, Sturt Wilkin berjaya menjaringkan gol menerusi satu percubaan dan gagal diselamatkan Kevin Ray Mendoza.
Tersentak dengan jaringan tersebut, KL City terus melancarkan serangan. Gol penyamaan akhirnya hadir pada minit ke-60 permainan apabila hantaran lintang pertahanan, City Boys Declan Lambert disambar cantik Romel Morales.
Penyerang dari Colombia yang berusia 25 tahun itu berjaya menanduk bola terus ke gawang pasukan tuan rumah, memberi nafas baru buat The City Boys.
Sepuluh minit selepas jaringan tersebut terhasil, KL City menambah derita pasukan tuan rumah menerusi Haqimi Azim. Gerakan solo penyerang muda itu memastikan jaringan buat KL City apabila rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Damien Lim.
Pada minit ke-79, Park Tae-su berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Sabah.
Pemain import Sabah, Gabriel Peres menjadi wira apabila berjaya menjaringkan gol sekaligus memberi kelebihan buat pasukan mendapat tiga mata penting.
Tiga minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, Sabah 3-2 KL City.
Sabah kini mengutip 36 mata selepas mengharungi 20 perlawanan manakala KL City kekal dengan 28 mata.
"Pemain keletihan tetapi masih berjuang sehabisnya dan kami berjaya meraih tiga mata penuh mlm ini." - reaksi Datuk Ong Kim Swee selepas kemenangan ke atas Kl City#demiligakita pic.twitter.com/hruwrZ7zyJ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 13, 2023
Tidak mahu meratapi kekalahan, Nenad Baćina mahu KL City fokus perlawanan kedua Piala Malaysia nanti.#demiligakita pic.twitter.com/SBU9Qi67nw
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 13, 2023
SOURCE:
Makan Bola
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/08/liga-super-sabah-hukum-kl-city-pada.html