Hukum Jual Beli Kucing


Hukum Jual Beli Kucing
Soalan:Assalamualaikum ustaz. Mohon pandangan ustaz mengenai hukum jual beli kucing.
Dari pengetahuan saya, kucing haram dijual beli jika tujuan untuk makan.
Terima kasih ustaz.
Jawapan:
Jual-beli kucing adalah HARUS. Inilah pandangan yg lebih benar atau Rajih. Inilah pandangan majoriti ulama, juga pandangan Ibn 'Abbas RA.
Tidak dinafikan, sememangnya ada perbezaan pandangan para Fuqahaa' dlm permasalahan ini. Hal ini kerana terdapat hadis yg melarang jual-beli kucing. Hadis tersebut antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim di dlm Sahihnya drpd Abu alZubair yg berkata:
سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ : زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: "Daku pernah beetanya Jabir tentang jual-beli anjing dan kucing. Beliau menjawab: "Rasulullah pernah melarangnya." (Hadis bil: 1569)
Dlm riwayat Abu Daud, alTirmizi dan alNasa-ie dgn lafaz:
نهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: "Rasulullah SAWtelah melarang jual beli anjing dan kucing."
Dari hadis larangan ini, terdapat 3 pandangan para Fuqahaa':
Haram jual-beli kucing. Inilah pandangan Ibn Hazm dr mazhab zohiri. Hujah mereka ialah hadis larangan di atas.

Makruh jual-beli kucing. Kata Dr Salaman al'Uwdah: ia merupakan riwayat lemah dr Imam Ahmad. Pandangan ini juga dinukilkan dr Abu Hurairah, Mujahid, Towus dan Jabir bin Zaid.

Harus jual beli kucing. Spt yg telah saya nyatakan di awal jawapan. Inilah pandangan majoriti ulama, termasuk sahabat Nabi SAW, Ibn 'Abbas RA. Ibn Qudamah berkata:
وأما الهر , فقال الخرقي : يجوز بيعها . وبه قال ابن عباس , والحسن , وابن سيرين , والحكم , وحماد , والثوري , ومالك , والشافعي , وإسحاق , وأصحاب الرأي .
Maksudnya: "Adapun kucing, telah berkata alKharqi: Harus jual-belinya. Inilah pandangan Ibn 'Abbas, alHasan, Ibn Sirin, alHakam, Hammad, alThauri, Malik, alSyafi'ie, Ishak dan Ashab alRa'yi.

Kata Ibn alMunzir RH:
أجمعت الأمة على أن اتخاذ القط جائز
Maksudnya: "Telah bersepakat para ulama, bahawa membela kucing adalah HARUS."

Jika membela kucing adalah harus, maka jual-belinya juga adalah harus. Hujah lain harus jual-beli kucing ialah:Kucing termasuk haiwan yg suci boleh mengambil faedah drnya. Ada pdnya semua syarat2 keharusan jual-beli sptmana harusnya jual-beli Kaldai dan Baghal.Hadis Muslim, drpd Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ مِنْ جَرَّاءِ هِرَّةٍ لَهَا ، أَوْ هِرٍّ ، رَبَطَتْهَا ؛ فَلَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا ، وَلَا هِيَ أَرْسَلَتْهَا تُرَمْرِمُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلًا
Maksudnya: "Dimasukkan seorang perempuan ke dalam neraka dgn sebab seekor kucing MILIKNYA (لها) yg diikatnya, tanpa diberi makan, tanpa dilepaskan agar boleh ia memakan serangga di bumi sehingga kucing itu mati kelemahan." (Hadis bil: 2619)
Sengaja saya besarkan huruf MILIKNYA (لها) kerana asal huruf ل adalah bg tujuan menunjukkan pemilikan. Jika harus memilikinya, maka harus juga jual-belinya. (Lihat Kassaf alQinaa' 3/153)Larangan dlm hadis Muslim di atas boleh difahami larangan jual beli kucing liar spt yg dinyatakan oleh sbhgian ulama'.Larangan tersebut mamaksudkan makruh.Larangan tersebut dimaksudkan kpd kucing yg tiada pemilik.Wallahu a'lam
EnsiklopediaHukum
Hukum Jual Beli Kucing
SOALAN: 
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz. 


JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Para ulama khilaf dalam masalah ini.
 
Pertama:
Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:
 
سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)
Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)
Kedua:
Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.
 
Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.
 
Wallahuaʿlam
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum Jual Beli Kucing
Soalan: Prof Dr MAZA, Apakah hukum menjalankan urusan jual beli kucing kerana saya pernah mendengar ada pihak yang mengatakan ia tidak dibolehkan dalam Islam?
Jawapan Prof Dr MAZA:
Ulama fekah berkhilaf pendapat tentang hal ini. Terdapat sejumlah ulama yang melarangnya, sementara majoriti ulama membenarkan menjual atau membeli kucing. Ini seperti kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) ketika mensyarah hadis larangan menjual kucing:
وَأَمَّا النَّهْيُ عَنْ ثَمَنِ السِّنَّوْرِ فَهُوَ محمول على أنه لا ينفع أو عَلَى أَنَّهُ نَهْيُ تَنْزِيهٍ حَتَّى يَعْتَادَ النَّاسُ هِبَتَهُ وَإِعَارَتَهُ وَالسَّمَاحَةَ بِهِ كَمَا هُوَ الْغَالِبُ فَإِنْ كَانَ مِمَّا يَنْفَعُ وَبَاعَهُ صَحَّ الْبَيْعُ وَكَانَ ثَمَنُهُ حَلَالًا هَذَا مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ العلماء كافة الا ما حكى بن الْمُنْذِرِ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَطَاوُسٍ وَمُجَاهِدٍ وَجَابِرِ بْنِ زَيْدٍ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ بَيْعُهُ وَاحْتَجُّوا بِالْحَدِيثِ وَأَجَابَ الْجُمْهُورُ عَنْهُ بِأَنَّهُ مَحْمُولٌ عَلَى مَا ذَكَرْنَاهُ فَهَذَا هُوَ الْجَوَابُ الْمُعْتَمَدُ
“Adapun larangan (memakan) harga (jualan) kucing, maka itu atas andaian ia tidak bermanfaat, atau larangan tanzih (makruh tidak haram) agar orang ramai terbiasa dengan memberi dan meminjamkan kucing serta bertolak ansur dengan hal itu seperti yang menjadi kebiasaan. Sekiranya ia termasuk dalam yang memberikan manfaat lalu menjualnya, maka sah jual beli dan harganya halal. Inilah mazhab kita dan mazhab ulama keseluruhannya, kecuali apa yang Ibn Munzir nyatakan, dan daripada Abu Hurairah, Tawus, Mujahid, Jabir bin Zaid iaitu tidak harus jual belinya (kucing).  Mereka berhujah dengan hadis ini. Jumhur menjawab bahawa larangan itu atas andaian yang kami sebutkan tadi. Inilah jawapan yang dipegang”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 10/233. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
Di sini kita bincang secara ringkas dua pandangan tersebut:
Pertama: Pendapat yang mengharamkan jual beli kucing. Ini adalah pendapat tokoh-tokoh seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi tadi. Turut menyokong pendapat ini al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam kitabnya Zad al-Ma’ad dengan menyatakan:
وَهُوَ الصَّوَابُ لِصِحَّةِ الْحَدِيثِ بِذَلِكَ، وَعَدَمِ مَا يُعَارِضُهُ، فَوَجَبَ الْقَوْلُ بِهِ
“Inilah pendapat yang benar disebabkan sahnya hadis berkaitan hal ini dan tiada dalil lain yang menyanggahinya. Maka, wajib berpegang dengan pendapat ini”. (5/685. Beirut: Maktabah al-Manar al-Islamiyyah).
Alasan utama mereka ialah hadis berkaitan larangan tersebut di mana Jabir bin Abdillah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w melarang hal itu:
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، قَالَ: سَأَلْتُ جَابِرًا، عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ؟ قَالَ: «زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ
Daripada  Abu Zubair, dia berkata: Aku bertanya Jabir mengenai harga anjing dan kucing liar”. Kata Jabir: “Nabi s.a.w melarang perkara itu”. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dll).
Kedua: pendapat yang membolehkan menjual beli kucing. Ini pendapat jumhur (majoriti) ulama seperti yang disebutkan tadi. Dalam berpegang dengan pendapat ini, mereka (jumhur) berkhilaf pula dalam mengulas hadis larangan tersebut.
Ada yang berpendapat hadis itu daif. Ini apa yang disebut oleh al-Khattabi dan Ibn ‘Abd al-Barr. Namun, pendapat ini ditolak al-Imam al-Nawawi sendiri, dengan katanya:
وَأَمَّا ما ذكره الخطابى وأبو عمرو بْنُ عَبْدِ الْبَرِّ مِنْ أَنَّ الْحَدِيثَ فِي النَّهْيِ عَنْهُ ضَعِيفٌ فَلَيْسَ كَمَا قَالَا بَلِ الحديث صحيح رواه مسلم وغيره
“Adapun apa yang al-Khattabi dan Abu ‘Amr bin ‘Abd al-Barr menyebutnya bahawa hadis larangan tersebut daif, (maka jawapannya) hadis itu bukan seperti yang mereka kata. Bahkan hadis itu sahih, riwayat Muslim dan selainnya”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 10/234. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
Ada yang berpendapat larangan itu jika kucing itu liar dan tidak dapat diserahkan semasa pembelian. Ada pula yang berpendapat hadis ini di awal Islam, kemudian dimansukhkan. Ada juga yang berpendapat ia sekadar larangan makruh bukan haram. Ada pula yang berpendapat larangan itu jika kucing itu bukan milik yang menjual. Ada yang berpendapat sebagai galakan untuk manusia bertolak ansur dalam pemberian kucing seperti yang menjadi adat kebiasaan. Ada yang menyatakan -seperti yang al-Nawawi sebut tadi- jika ada manfaat, maka boleh dijual beli. Kucing yang ada manfaat seperti menghalau tikus, maka boleh dijual beli. Larangan hanya jika tiada manfaat.
Sesiapa yang berpegang kepada pendapat jumhur ulama, maka dibolehkan menjual dan membeli kucing selagi ada nilai manfaat. Jika sudah tiada nilai, maka haram. Pendapat yang mengharamkan secara mutlak pula berhujah dengan hadis yang jelas larangan tersebut. Cumanya, jumhur ulama berbeza dalam mentakwilkan sebab larangan.
Justeru, jika seseorang mengelakkan diri dari terlibat dengan jual beli kucing maka itu lebih baik kerana selamat dari daerah pertikaian hukum tersebut. Apatahlagi jika harganya begitu mahal, maka ia mendekati unsur pembaziran. Kita tahu agama kita melarang pembaziran.
Jabatan Mufti Negeri Perlis
Hukum Jual Beli Kucing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/08/hukum-jual-beli-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Bongkar Sindikat Jual Beli Senpi Ilegal Modus Catut Identitas Anggota Tni Hingga Kemenhan

Polisi Bongkar Sindikat Jual Beli Senpi Ilegal Modus Catut Identitas Anggota Tni Hingga Kemenhan

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 232 hits
Kasus ini terbongkar setelah polisi menerima informasi dari intelijen terkait aktivitas penjualan senjata api ilegal
Ketua Dprd Dki Minta Penegak Hukum Usut Dugaan Pemprov Beli Lahan Sendiri Di Jakbar

Ketua Dprd Dki Minta Penegak Hukum Usut Dugaan Pemprov Beli Lahan Sendiri Di Jakbar

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 100 hits
Ketua DPRD DKI Jakarta Prasetio Edi Marsudi meminta penegak hukum menyelidiki kasus dugaan Dinas Pertamanan dan Hutan Kota membeli lahan sendiri di Kalideres
Sudah Beli Car Seat Anak Guna Subsidi Mycrs

Sudah Beli Car Seat Anak Guna Subsidi Mycrs

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 317 hits
Car seat hak milik Qayla imani alhamdulilah Sejurus lulus sahaja permohonan MyCRS yang diuar uarkan oleh kerajaan Ahad lepas kami dah siap siaga beli kerusi keselamatan kanak kanak Alhamdulilah kali ketiga buat survey di kedai baby berdekat...
Cara Beli Emas Di Public Gold Secara Online Untuk Tahun 2023

Cara Beli Emas Di Public Gold Secara Online Untuk Tahun 2023

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 247 hits
Emas juga antara alternatif terbaik untuk anda simpan disamping wang kertas yang dimamah inflasi Jadi antara platform terbaik untuk beli emas adalah di Public Gold Kalau anda perasan harga emas pastinya akan naik setiap tahun walaupun dalam...
Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 318 hits
Tersalah beli pam susu membuatkan mama mama tak dapat mengeluarkan susu dengan baik Ramai yang mengalami masalah ini kerana menyangka semua jenis pam susu sesuai sedangkan ukuran corong pam dan juga payudara berbeza beza Bagi mengelakkan ma...
Peraduan Cuckoo Beli Cuckoo Menang Kondo

Peraduan Cuckoo Beli Cuckoo Menang Kondo

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 188 hits
Sedar tak sedar dah 9 tahun CUCKOO sudah berada di pasaran tempatan Daripada jenama yang agak asing di kalangan rakyat Malaysia pada awalnya CUCKOO kini menjadi jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan ramai Rakyat Malaysia ...
Ahli Politik Rebut Kuasa Rakyat Tak Mampu Beli Susu

Ahli Politik Rebut Kuasa Rakyat Tak Mampu Beli Susu

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 146 hits
Perdana Menteri berkata cadangan penubuhan sekolah itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan mendapat akses pendidikan walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan Justeru Anwar berkata pelaksanaan sekolah berkenaan ak...
Polis Tembak Lelaki Pakai Topi Keledar Dalam Pusat Beli Belah

Polis Tembak Lelaki Pakai Topi Keledar Dalam Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 330 hits
KOSMO Arkorn cedera pada kaki kirinya selepas ditembak polis Daily NewsBANGKOK Seorang anggota polis menembak penghantar barang yang tidak bersenjata kerana dia didapati melanggar peraturan dengan memakai topi keledar dalam sebuah pusat bel...
Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 167 hits
Konon nak mudah urusan hakikatnya mengundang bala ini 6 risiko beli kereta sambung bayar no 4 tu ramai tak sedar Membuat pinjaman bank merupakan kaedah utama majoriti rakyat Malaysia membeli kenderaan Bagi mereka yang lebih berkemampuan bel...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj