Hati Hati Serangan Di Saat Akhir Sebelum Hari Pengundian
Tempoh berkempen hanya tinggal kurang 48 jam sebelum hari pengundian pada Sabtu, 12 Ogos ini.Esok Jumaat adalah hari paling kritikal bagi setiap parti yang bertanding di mana pecutan akhir kempen biasanya akan dilakukan demi meraih kemenangan.
Mengambil kira apa yang berlaku pada PRU15 lalu, di hari terakhir itulah letaknya punca kejayaan PN memenangi banyak kerusi dengan serangan kempen yang dilakukan lada di saat-saat akhir melalui media sosial, khususnya Tik Tok.
Kempen fitnah, berita sepatuh benar, berita yang dputar dan berita palsu yang berasaskan sentiman kaum, agama serta kebencian yang ditembak pada saat-saat bukan saja telah membuatkan ramai pengundi, khususnya anak-anak muda terpengaruh dengan mainan tersebut, malah membuatkan PH dan BN ketika itu tidak sempat untuk menjawab atau menangkisnya.
Akhirnya ramai yang terpedaya dan PN, bersama modal besar yang dilaburkan, akhirnya berjaya mengutip labanya.
Apakah perkara yang sama bakal berulang lagi pada PRN kali ini?
Apa pun kemungkinannya dan walaupun PH/BN turut sama aktif dalam platform Tik Tok sekarang ini, mereka bagaimanapun haruslah sentiasa bersiap sedia.
Selain Tik Tok, semua platform media soaial lain hendaklah juga sentiasa dipantau dan diberi perhatian.
Walaupun ketika ini sudah bermula sedikit sebanyak serangan daripada PN yang bertemakan sentimen kaum dan agama dimainkan, ia nampak semacam belum begitu serius lagi.
Tetapi, jentara maya PH/BN jangan sesekali leka kerana mungkin serangan mereka akan bermula esok atau sekitar 12 jam sebelum hari pengundian pada hari Sabtu.
Yang penting, bersedialah untuk menjawab dan menangkis apa juga serangan, fitnah, berita separuh benar dan berita palsu yang disebarkan bagi tujuan memperdaya pengundi.
Malah, kalau dilihat pentngnya PRN ini untuk survival masa depan PN, terutama kerana Mahiaddin Md Yasin dalam waktu yang sama ada kes mahkamah dan menantunya pula jadi buruan SPRM, tidak mistahil serangan mereka jauh lebih menggila lagi berbanding ketika PRU15 dahulu.
Maka, sekali lagi diharapkan jangan leka dan bersiap sedialah mulai sekarang dan jangan sampai hanya penyesalan yang datang setelah keputusan PRN diumumkan. – ShahbudinHusin 10/08/2023.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/08/hati-hati-serangan-di-saat-akhir.html