Shafee Terima Fi Rm9 5j Daripada Najib Sembunyikan Daripada Lhdn Kata Pendakwa Boleh Dok Sekali Dengan Najib


 
FMT Reporters

 -

May 21, 2021 


KARMA ATAS APA YANG DILAKUKAN PADA ANWAR




Muhammad Shafee Abdullah menghadapi empat tuduhan pengubahan wang haram.

PETALING JAYA: Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Muhammad Shafee Abdullah yang bermula hari ini akan membuktikan bahawa tertuduh dalam kapasitinya sebagai peguam bela dan peguam cara telah menerima RM9.5 juta sebagai ‘fi’ daripada Najib Razak namun menyembunyikan fakta itu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz ketika membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraan Muhammad Shafee berkata, tertuduh berusia 69 itu menerima bayaran daripada bekas perdana menteri tersebut dalam dua tranche pada 2013 dan 2014.

“Sejumlah RM4.3 juta telah diterima pada 5 Sept 2013. Cek bagi jumlah itu telah dideposit ke dalam akaun peribadinya dengan bank CIMB di cawangan berhampiran pejabatnya.

“Pembayaran ini adalah sebahagian daripada intipati pertuduhan pertama. Tertuduh tidak mengisytiharkan jumlah ini kepada LHDN seperti dikehendaki oleh undang-undang.

 
“Tranche kedua RM 5.2 juta telah dideposit ke dalam akaun sama pada 17 Feb 2014. Ini adalah sebahagian daripada intipati pertuduhan kedua.
“Tertuduh tidak mengisytiharkan jumlah ini kepada LHDN seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pendakwaan akan membuktikan fakta ini kemudian,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin pada hari pertama perbicaraan kes itu.

Afzainizam berkata pendakwaan berpandangan bahawa dalam pertuduhan pertama dan kedua ialah persekitaran yang menyaksikan wang terbabit diterima dan disembunyikan daripada LHDN memungkinkan mahkamah menganggap bahawa tertuduh terlibat dalam aktiviti haram, seterusnya melakukan kesalahan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Selain itu, Afzainizam turut berkata pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh melanggar Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh telah memberikan versi yang bercanggah sebagai alasan bagi pembayaran fi terbabit,” katanya.

Beliau juga berkata pada 28 Julai 2017, ketika memberikan kenyataan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh menyebut bahawa wang itu adalah fi yang dibayar kepadanya namun telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan bukan akaun firma guaman Tetuan Shafee & Co.

Afzainizam juga berkata tertuduh dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 8 Sept 2018 telah mendakwa bahawa RM9.5 juta itu adalah bayaran fi kepadanya sementara menunggu rasionalisasi kertas kerja yang dipersetujui Najib.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima hasil aktiviti haram melalui cek yang dikeluarkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima sekeping cek bagi jumlah RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan sekeping lagi bagi jumlah RM5.2 juta pada 17 Feb 2014 di CIMB Bank Bhd, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini.


Peguam itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam urus niaga hasil aktiviti haram dengan mengemukakan kenyataan tidak tepat dan bercanggah dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014 di cawangan LHDN Duta di Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim di sini pada 3 Mac dan 29 Jun 2015.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Muhammad Shafee berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram terbabit, jika sabit kesalahan.


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/shafee-terima-fi-rm95j-daripada-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang sebanyak RM9 5 juta sebagai yuran guaman dan dengan sengaja menyembunyikan fakta itu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Dalam pernyataan pembukaa...
Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 209 hits
AGENDA DAILY Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Peguam utama bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah RM9 41 juta kerana tidak membayar cukai pendapatannya kepada kerajaan LHDN ...
Irb Files Suit Against Najib S Lawyer Shafee Over Rm9 41m Of Unpaid Taxes Across Five Years

Irb Files Suit Against Najib S Lawyer Shafee Over Rm9 41m Of Unpaid Taxes Across Five Years

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 244 hits
The Inland Revenue Board has filed a suit against lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah for alleged tax arrears of some RM9 41 million over a period of five years In its lawsuit filed at the Kuala Lumpur High Court on May 6 IRB alleged th...
Shafee Sembunyi Rm9 5 Juta Yuran Guaman Dari Lhdn Pendakwaan

Shafee Sembunyi Rm9 5 Juta Yuran Guaman Dari Lhdn Pendakwaan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 206 hits
Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyembunyikan cukai pendapatan dari bayaran guaman RM9 5 juta yang diterimanya daripada bekas perdana menteri Najib Razak Timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz berkata demikian dalam pernyataan pembuk...
Prosecution To Prove Shafee Received Rm9 5 Mln Fee From Najib Concealed It From Irb

Prosecution To Prove Shafee Received Rm9 5 Mln Fee From Najib Concealed It From Irb

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 256 hits
The prosecution in Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah s money laundering trial will prove that the accused in his capacity as an advocate and solicitor received RM9 5 million as his fee from Datuk Seri Najib Tun Razak but had intentionally su...
Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 180 hits
May 18 2021 Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan KUALA LUMPUR Selain Najib Razak anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Has...
Bengkak Mata Najib Kurang Belum Boleh Hadir Bicara 1mdb Peguam

Bengkak Mata Najib Kurang Belum Boleh Hadir Bicara 1mdb Peguam

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 194 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 May 2021 11 04 amDikemaskini 11 07 amNajib Razak masih belum boleh hadir perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2 28 bilion hari ini selepas menjalani pembedahan mata minggu lalu Peguam bela utama kepada bekas...
Kerana Ego Tindakan Lembab Pn Kita Mungkin Berdepan Pkp 3 0 Lebih Lama Kata Najib

Kerana Ego Tindakan Lembab Pn Kita Mungkin Berdepan Pkp 3 0 Lebih Lama Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 215 hits
May 17 2021 Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tanda awal penularan Covid 19 semakin parah jelas kelihatan pada awal April apabila kadar kebolehjangkitan sudah melepasi paras neutral 1 00 PETALING JAYA Rakyat mungkin berdepan tempoh ...
Ibrahim Ali Mengaku Terima Cek Najib

Ibrahim Ali Mengaku Terima Cek Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 200 hits
Malaysiakini Ahli politik veteran Ibrahim Ali mengaku menerima cek daripada Najib Razak tetapi berkata dia tidak sedar ia mempunyai kaitan dengan wang 1MDB atau SRC International Saya mengaku telah menerima sekeping cek personal Datuk Seri ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live