Lgm Bayar Rm368 8 Juta Tuntutan Ipg




SERI ISKANDAR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) membayar RM368.8 juta bagi tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak diperkenalkan pada 2015 hingga 31 Ogos lalu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu, LGM memproses 597,086 permohonan tuntutan IPG seluruh negara dan RM125.6 juta sudah dibayar.
Katanya, IPG adalah inisiatif jangka panjang untuk menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pekebun kecil getah.
"Bagaimanapun, hanya sekitar 130,000 pekebun kecil getah yang aktif membuat tuntutan IPG daripada lebih 450,000 pekebun kecil berdaftar.
"Menyedari jumlah peratusan pemohon IPG adalah rendah, LGM menjalankan kajian melihat mengapa perkara ini berlaku antaranya, didapati proses permohonan IPG adalah agak rumit dan ramai layak memohon tidak mengemukakan tuntutan," katanya.
Mohd Khairuddin berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi RRIMniaga peringkat Perak dan Pembukaan Panel Torehan Peserta Getah Untuk Pribumi (GUP), di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, hari ini.
Menurutnya, susulan itu, LGM mengambil inisiatif membangunkan aplikasi RRIMniaga yang dapat mempercepatkan proses permohonan IPG.
Katanya, kelebihan aplikasi itu dapat berhubung terus dengan sistem IPG apabila urus niaga getah antara pekebun kecil dengan pembeli berlaku.
"Pekebun kecil akan mendapat manfaat IPG kerana sistem RRIMniaga akan merekod transaksi pembelian dan terus menjanakan resit pembelian secara elektronik. Bayaran IPG akan dimasukkan terus ke akaun bank pemohon layak.
"Penggunaan RRIMniaga mendapat sambutan amat memberangsangkan pada peringkat percubaan selama tempoh hampir 24 bulan.
"Bermula di Melaka pada Jun 2018, ia kini berkembang ke Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Selangor," katanya.
Beliau berkata, kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga mahu semua pelesen getah menggunakan aplikasi berkenaan untuk semua transaksi jual beli getah dan sehingga kini, kira-kira 400 pelesen di seluruh negara sudah mula menggunakan aplikasi berkenaan.
Katanya, LGM turut menyasarkan semua 446 peruncit getah di seluruh negeri Perak akan mahir menggunakan sistem berkenaan sebelum ia diwajibkan berkuatkuasa Januari tahun hadapan.
"Penggunaannya akan diwajibkan mulai 1 Januari 2021 dan akan membabitkan sekitar 2,600 peraih getah di seluruh negara," katanya.
Mohd Khairuddin berkata, sehingga Ogos lalu, seramai 11 Orang Asli di Sungai Perah, Parit menyertai Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) dan menjalani operasi torehan dengan baki empat peserta terakhir memulakan torehan pada tahun ini.
Katanya, projek GUP Sungai Perah bermula pada 2012 adalah projek contoh kepada pekebun kecil sekitar dengan pemantauan sepenuhnya oleh LGM bermula dari peringkat penyediaan ladang.
#Sumber :   BH 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/lgm-bayar-rm3688-juta-tuntutan-ipg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Terima Notis Tuntutan Rm50 Juta Berhubung Catatan Twitter

Ahli Parlimen Terima Notis Tuntutan Rm50 Juta Berhubung Catatan Twitter

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 318 hits
Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming percaya perkara itu berkepentingan awam PETALING JAYA Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menerima notis tuntutan daripada eksekutif kanan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing berhubung catatan Twitter ten...
Piala Dunia 2018 Kerajaan Ph Tak Bayar Sesen Jana Untung Rm3 3 Juta

Piala Dunia 2018 Kerajaan Ph Tak Bayar Sesen Jana Untung Rm3 3 Juta

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 307 hits
Pada 30 Ogos 2020oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggugurkan kos siaran langsung Piala Dunia 2018 sebanyak RM29 9 juta daripada senarai projek rundingan terus Pakatan...
Laporan Audit Polis Bayar Rm3 47 Juta Senggara 2 Helikopter Tak Aktif

Laporan Audit Polis Bayar Rm3 47 Juta Senggara 2 Helikopter Tak Aktif

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 313 hits
Polis telah membayar berjuta ringgit untuk penyenggaraan enam helikopter yang tidak aktif dan rosak termasuk dua yang tidak aktif melebihi tiga tahun dedah Laporan Ketua Audit Negara 2019 Laporan audit itu menyorot bahawa polis telah membay...
Kata Ditaja Tapi Bayar Rm29 9 Juta Netizen Soal Ph

Kata Ditaja Tapi Bayar Rm29 9 Juta Netizen Soal Ph

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 377 hits
Pada Jun 2018 bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membuat sebarang pembayaran kerana berjaya mencari penaja untuk membiayai kos bernilai RM30 juta bagi siaran langsung Piala Dunia Rusia di Rad...
Tni Bayar Ganti Rugi Rp 594 Juta Untuk 118 Korban Perusakan Polsek Ciracas

Tni Bayar Ganti Rugi Rp 594 Juta Untuk 118 Korban Perusakan Polsek Ciracas

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 224 hits
Jakarta Timur dan lainnya Tercatat sudah ada 118 orang yang diberikan ganti rugi saat melapor di posko pengaduan di Koramil 05 Kramat Jati Jumlah korban melapor 118 orang kata Panglima Kodam Jaya Mayjen TNI Dudung Abdurachman dalam keterang...
Riza Aziz Gugur Tuntutan Hartanah Aset As 60 Juta Kes 1mdb

Riza Aziz Gugur Tuntutan Hartanah Aset As 60 Juta Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 240 hits
Riza berdepan 5 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS 248 juta di Malaysia
Cairkan Blt Rp 2 4 Juta Jokowi Penghargaan Yang Rajin Bayar Iuran Bpjs

Cairkan Blt Rp 2 4 Juta Jokowi Penghargaan Yang Rajin Bayar Iuran Bpjs

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 250 hits
Presiden Joko Widodo mengatakan bahwa program subsidi gaji memang diperuntukan bagi para pekerja yang terdaftar di BPJS Ketenagakerjaan Tidak hanya terdaftar program ini menyasar pekerja yang aktif membayar iuran BPJS Ketenagakerjaan Jokowi...
Calon Umno Kena Bayar 100 Juta

Calon Umno Kena Bayar 100 Juta

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 519 hits
ZAHARIN MOHD YASINEntah ya atau tidak Khabarnya calon UMNO BN kena tandatangan surat aku janji Jika keluar parti kena bayar 100 juta 2 Ini menunjukkan pemimpin UMNO era tahun 70an dan 80an sudah pupus Dahulunya untuk mengelakkan melompat ke...
Putrajaya Peruntuk Rm10 Juta Untuk Rela Di Sabah

Putrajaya Peruntuk Rm10 Juta Untuk Rela Di Sabah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 385 hits
Muhyiddin Yassin memeriksa perbarisan anggota Rela di Universiti Malaysia Sabah hari ini KOTA KINABALU Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Sukarelawan di Sabah untuk membeli pakaian seragam baru ...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey