Putrajaya Peruntuk Rm10 Juta Untuk Rela Di Sabah
 Willie Jude

Muhyiddin Yassin memeriksa perbarisan anggota Rela di Universiti Malaysia Sabah hari ini. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan  peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Sukarelawan (Rela) di Sabah untuk  membeli pakaian seragam baru kepada kira-kira 298,561 anggota di negeri  itu.
“Saya setuju memberikan peruntukan RM10 juta sebagai satu sumbangan  kecil bagi menghargai perkhidmatan cemerlang pasukan Rela di Sabah.
“Teruskan usaha bekerja untuk menjaga keamanan Sabah, kita kena  pelihara perpaduan kaum yang ada di sini,” katanya ketika berucap dalam  perjumpaan dengan anggota Rela di Universiti Malaysia Sabah hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Ketua Setiausaha  Negara, Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin,  Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz  dan pemangku Timbalan Ketua Pengarah Rela, Kamarudin Mohd Rapig.
Muhyiddin berkata, kira-kira 3 juta anggota Rela di seluruh negara  yang merupakan barisan pertahanan ke-3 perlu memberi sokongan kepada  kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan negara terus aman dan damai.

Muhyiddin  Yassin (tengah) menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Rela  Sabah di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu hari ini.“Kita mesti kukuhkan kerjasama ini demi perpaduan rakyat tidak kira apa kaum, kaya atau miskin.”
Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada 1,319 anggota Rela  yang menjadi petugas barisan depan bagi membendung penularan Covid-19.
“Seluruh keanggotaan Rela mempunyai peranan tersendiri yang penting  dalam membantu kerajaan, baik dari aspek menjaga keselamatan awam,  pengagihan bantuan dan makanan, sehinggalah usaha mendisiplinkan  masyarakat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan, ini semua sangat  dihargai kerajaan.”
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/putrajaya-peruntuk-rm10-juta-untuk-rela.html