Letupan Lubnan Rakyat Malaysia Cerita Detik Cemas


SEORANG penuntut Malaysia di Lubnan pada mulanya menyangkakan kejadian letupan di sebuah gudang di pelabuhan di Beirut, semalam adalah gempa bumi.
Ini kerana dia merasakan kediaman seorang pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan, seolah-olah bergegar ketika mereka sedang minum petang.
Penuntut tahun akhir di Universiti Islam Beirut, Ismail Zulkifli berkata, sebelum kejadian dia berada di pejabat Kedutaan Malaysia atas urusan rasmi sebelum dijemput ke rumah seorang pegawai kedutaan di Al Manurah, sekitar enam kilometer dari Pelabuhan Beirut.
“Sekitar jam 5.45 petang, kediaman berkenaan bergegar..saya mendiamkan diri untuk seketika sebelum satu letupan yang sangat kuat bersama gegaran lebih dahsyat dari yang pertama.
“Saya kemudian keluar ke balkoni rumah apartment berkenaan sebelum melihat penduduk di kawasan berhampiran keluar ke jalan raya sambil menjerit-jerit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ismail yang hampir lima tahun menuntut di Beirut berkata, dia kemudian melihat kepulan asap besar berwarna jingga di ruang udara kawasan Pelabuhan Beirut.
“Pada masa sama saya mendapati kawasan kediaman pegawai kedutaan mengalami kerosakan akibat gegaran itu di mana pintu rumah terkopak dan pintu tutup balkoni terkeluar dari relnya.
“Kami yang masih bingung dengan kejadian letupan itu kemudian mengambil keputusan untuk menuju ke kediaman Kedutaan Malaysia bagi mendapatkan perlindungan,” katanya.
Penuntut yang berasal dari Semenyih, Selangor itu berkata, semasa dalam perjalanan ke kediaman kedutaan, dia melihat orang ramai berkumpul di jalan raya sebelum dimaklumkan tentang situasi sebenar letupan yang berlaku.
“Sebaik tiba di kediaman kedutaan, kami kemudian menghubungi rakan-rakan penuntut dari Malaysia sebelum dimaklumkan semuanya dalam keadaan selamat.
“Sekitar jam 10 malam waktu (4 pagi Malaysia) saya kemudian dibenarkan pulang ke kediaman saya di kawasan Aishah Bakkar yang terletak 10 minit perjalanan dengan kereta dari lokasi kejadian letupan,” katanya.
Katanya, apabila kembali ke kediamannya dia mendapati ada sedikit kesan retakan namun keadaan lebih parah berlaku di dewan kuliahnya.
“Kesan gegaran dan letupan itu mengakibatkan hampir sebahagian besar kawasan kampus terjejas teruk dengan keadaan cermin pecah, siling jatuh dan retakan yang besar,” katanya.
Ismail berkata, akibat kejadian itu keluarganya menasihatkannya untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat namun dia merancang untuk menyiapkan tesis akhir sebelum pulang pada Oktober depan. HM
The post Letupan Lubnan: Rakyat Malaysia cerita detik cemas appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/06/letupan-lubnan-rakyat-malaysia-cerita-detik-cemas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sumbang Rm1 Juta Bantu Rakyat Lubnan Pm

Malaysia Sumbang Rm1 Juta Bantu Rakyat Lubnan Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 466 hits
Muhyiddin yakin rakyat Lubnan mampu atasi impak tragedi letupan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BANGI Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyumbang RM1 juta bantuan kemanusiaan untuk rakyat Lubnan menerusi Pertubuhan Palang Merah L...
Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut Kedutaan Lubnan

Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut Kedutaan Lubnan

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR 5 Ogos Kedutaan Lubnan di Malaysia mengesahkan tiada tentera Malaysia yang ditugaskan di bawah Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu terjejas oleh letupan besar di sebuah gudang di kawasan Pelabuhan Beirut ...
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 356 hits
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah
Program Rm750 Juta Kredit Epenjana Untuk Rakyat Malaysia

Program Rm750 Juta Kredit Epenjana Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 470 hits
Tengku Zafrul Aziz KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia ...
Rayhan Kabir Mohon Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Rayhan Kabir Mohon Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 369 hits
http wowberita my PUTRAJAYA Lelaki Bangladesh yang ditahan pihak berkuasa selepas mendakwa kerajaan memberi layanan buruk kepada migran ketika sekatan pergerakan Covid 19 dalam dokumentari Al Jazeera hari ini memohon maaf kepada kerajaan at...
Hikmah Sebalik Pkp Menjadikan Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Kesihatan

Hikmah Sebalik Pkp Menjadikan Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 482 hits
Rentetan pandemik COVID 19 budaya kesihatan rakyat Malaysia nyata telah banyak berubah Kini rakyat Malaysia lebih bijak dalam menggunakan teknologi kesihatan lebih lebih lagi telekesihatan Malahan masyarakat kita juga lebih mengutamakan kes...
Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 358 hits
Hari ini jam 10 pagi adalah hari yang penting untuk DS Najib Razak kerana keputusan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes SRC International akan diketahui Disamping datang memberi sokongan di mahkamah atau mengikuti kes dari ...
Mysalam Perlindungan Percuma Rakyat Malaysia

Mysalam Perlindungan Percuma Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 417 hits
mySalam Skim perlindungan MasyarakatMungkin ramai yang belum maklum yang Malaysia di bawah inisiatif 2020 ni ada satu pelan perlindungan percuma kepada semua rakyat malaysia yang berkelayakan mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful ...
Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Lubnan Wisma Putra

Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Lubnan Wisma Putra

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 337 hits
Kuala Lumpur Malaysia sudah bersedia untuk menghulur bantuan kepada Lubnan dalam apa jua cara yang mungkin susulan kejadian letupan hebat yang menggegarkan Beirut Lubnan Selasa Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia menz...
Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Hisense Malaysia Unveils Year End Campaign Celebrating Innovation And Everyday Comfort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Aktiviti Ppim Adakan Pertemuan Bersama Pengurusan Tertinggi Tekun Nasional Ppim 04 11 2025

Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

Usd Jpy Analisis Harga Ramalan Yen Jepun Mengekalkan Dinamik Negatif

Warga Emas Hilang Di Chegar Medang Bentong Pada Ahad Lalu Ditemui Lemah Berhampiran Stesen Amaran Banjir Jps

Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi