Hikmah Sebalik Pkp Menjadikan Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Kesihatan


Rentetan pandemik COVID-19, budaya kesihatan rakyat Malaysia nyata telah banyak berubah. Kini, rakyat Malaysia lebih bijak dalam menggunakan teknologi kesihatan lebih-lebih lagi telekesihatan
Malahan, masyarakat kita juga lebih mengutamakan kesihatan peribadi jika dibandingkan dengan sebelum Malaysia dilanda wabak COVID-19

Menurut Kaji Selidik Kesihatan Malaysia (Malaysian Health Survey), 3.7 daripada rakyat Malaysia mengkategorikan diri mereka sebagai sihat


Namun, Malaysia merupakan negara yang mempunyai individu obes paling ramai di Asia
Walau bagaimanapun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tabiat rakyat Malaysia telah berubah. Ramai yang sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat

85 peratus sudah mula bersenam ketika masa senggang. 49 peratus lagi lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan

Selain itu, COVID-19 telah menyaksikan Malaysia mula beralih kepada penggunaan telehealth ataupun telekesihatan, iaitu satu teknologi perubatan atas talian

Apa itu telekesihatan?
Telekesihatan ialah penggunaan teknologi komunikasi seperti komputer dan telefon pintar untuk tujuan perubatan. Melalui cara ini, individu boleh mengakses servis perubatan secara atas talian

Pengguna boleh dapatkan khidmat nasihat dan sesi konsultasi doktor di hujung jari. Tambahan lagi, pengguna tidak perlu meninggalkan keselesaan di rumah untuk menghadiri janji temu di hospital

Selepas tercetusnya wabak COVID-19, kini lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan teknologi kesihatan dalam talian. Ini berbeza dengan sebelum PKP dilaksanakan

Dalam kaji selidik yang sama dijalankan sebelum PKP, mereka mendapati 75% daripada rakyat Malaysia tidak pernah menggunakan khidmat perundingan doktor dalam talian (Online Doctor Consultation – ODC)

Tambah lagi, ramai yang rasa lebih yakin jika berjumpa doktor secara bersemuka (69%) manakala sebanyak 22 peratus lagi tidak tahu wujudnya sistem konsultasi secara dalam talian

Menurut kajian oleh Frost & Sullivan, sektor telekesihatan dijangka akan berkembang sebanyak 7 kali ganda dalam jangka masa 5 tahun akan datang

Menurut pekerja kesihatan, orang awam yang melawat hospital diperhatikan semakin berkurang sejak Malaysia dilanda COVID-19

Seiiring dengan usaha kerajaan juga, perkhidmatan telekesihatan dilihat semakin mendapat sambutan orang ramai

Tambah lagi, perkhidmatan telekesihatan lebih mudah dan menjimatkan masa. Mereka tidak lagi perlu ke hospital untuk temujanji atau sesi konsultasi untuk keadaan kesihatan yang bukan kecemasan

Menurut Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Kementerian Kesihatan Malaysia,
“Walaupun kes COVID-19 di Malaysia semakin berkurang, namun sebilangan besar rakyat Malaysia masih akan terus mengelakkan diri daripada mengunjungi klinik ataupun hospital,” katanya

Oleh sebab itu, beliau menjangkakan lebih ramai masyarakat akan beralih kepada penggunaan telekesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan

Tambahan lagi, disebabkan permintaan yang kian meningkat, sektor swasta dan juga kerajaan masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan telekesihatan yang terbaik untuk pengguna

Menurut Eric Wong, Ketua Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad pula, beliau dapat memerhatikan peningkatan yang ketara dalam penggunaan perkhidmatan telekesihatan

Aplikasi Pulse yang dibangunkan oleh Prudential mencatatkan penggunaan sebanyak dua kali ganda semasa Malaysia di bawah PKP

Menurutnya lagi, perkhidmatan konsultasi doktor dalam talian dan aplikasi seumpamanya turut mencatatkan penambahan yang ketara

Kebaikan penggunaan telekesihatan
Rakyat Malaysia sudah semakin cakna dalam menggunakan teknologi kesihatan dalam kehidupan seharian

Antara kebaikan penggunaan telekesihatan termasuklah dapat mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan dan juga mengurangkan pesakit di hospital

Dengan mengaplikasikan penggunaan telekesihatan, penjarakan sosial dapat dilakukan dengan lebih efektif

Selain itu, pesakit masih boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi walaupun mereka terpaksa berada di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari

Tambah lagi, penggunaan telekesihatan bukan sahaja terhad untuk sesi konsultasi. Malah, ia juga boleh digunakan untuk:
Menyaring individu yang mempunyai simptom COVID-19

Mengenal pasti individu yang memerlukan konsultasi tambahan

Memantau pesakit yang mempunyai penyakit kronik

Melakukan terapi secara atas talian (online)

Memantau pesakit yang sukar untuk mendapatkan khidmat kesihatan

Mengikuti perkembangan pesakit selepas dihospitalkan

Rakyat Malaysia lebih pentingkan kesihatan
Rakyat Malaysia mungkin nampak sihat, namun itu semua pada luaran sahaja

Namun, disebabkan pandemik yang melanda, nampak perubahan yang ketara pada rakyat Malaysia dari segi penggunaan teknologi, persediaan dari segi kewangan dan juga kesihatan diri

Kesediaan rakyat Malaysia untuk menerima telekesihatan juga merupakan satu perkara yang positif. Menurut kajian yang sama, Dr. Feisul juga dapat perhatikan perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia

85.5 peratus responden mengaku mula mengamalkan gaya hidup yang sihat. 88 peratus pula bersetuju amalan gaya hidup sihat amat membantu mereka semasa PKP

Sumber artikel : Hello Doktor
Artikel asal di sini : https://hellodoktor.com/ms/berita/berita-tempatan/kesihatan-rakyat-malaysia-telekesihatan/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/08/hikmah-sebalik-pkp-menjadikan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mutasi D614g Covid 19 Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada Mematuhi Sop

Mutasi D614g Covid 19 Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada Mematuhi Sop

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 381 hits
Oleh Prof Madya Dr Firdaus Raih Institut Biologi Sistem Universiti Kebangsaan Malaysia Pada 6 Ogos 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan kemungkinan kluster Sivagangga melibatkan virus COVID 19 yang me...
Rawatan Kesihatan Di Malaysia Jauh Lebih Baik Berbanding As Dan Eropah

Rawatan Kesihatan Di Malaysia Jauh Lebih Baik Berbanding As Dan Eropah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 300 hits
Walaupun mungkin ada yang berpendapat sistem kesihatan di Malaysia belum cukup baik namun lelaki warga asing Paul Penders melalui hantarannya di Facebook tampil memuji sistem kesihatan di negara ini Tulisan itu dibuat beliau selepas difaham...
Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia Memungkinkan Pkp Kembali Terlaksana

Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia Memungkinkan Pkp Kembali Terlaksana

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 885 hits
Berdasarkan pemerhatian kami semakin lama semakin menjadi jadi sikap ambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard dalam mencegah penularan wabak COVID 19 di Malaysia Kesannya dapat kita lihat berlaku peningkatan kes kepada dua ...
Rakyat Malaysia Lupakah Kita Derita Semasa Pkp

Rakyat Malaysia Lupakah Kita Derita Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 320 hits
Penurunan kes COVID 19 kepada 13 kes pada Ahad berbanding 23 kes pada hari sebelumnya mungkin memberi sedikit kelegaan Namun kenyataan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagai memberi amaran jika pematuhan prosedur operasi standar...
Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan tsunami atau gelombang ketiga COVID 19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan Malah katanya kewujudan kl...
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 257 hits
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah
Kami Lebih Kagum Dengan Kamu Kerana Kamu Adalah Ejen Cia Malaysia

Kami Lebih Kagum Dengan Kamu Kerana Kamu Adalah Ejen Cia Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 509 hits
Nizam AkaKami lebih kagum dengan kamu Rasa rasanya dalam Malaysia ini hanya kamu seorang yang menjadi agen CIA Kami kagum dan bangga sangat sangat hingga kembang lubang hidung sampai ke telinga Satu lagi kami kagum dengan perjuangan ayahand...
Angkara Sikap Tak Peduli Rakyat Pkp Mungkin Kembali

Angkara Sikap Tak Peduli Rakyat Pkp Mungkin Kembali

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 309 hits
MALAYSIA mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan pertama jika majoriti rakyat terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab saya tidak...
Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 319 hits
Tidak Boleh Dipercayai Lagi Sebelum ini mereka yang pulang dari luar negara telah diberikan keistimewaan untuk kuarantin di rumah berbanding kuarantin 14 hari di hotel Siapa sangka beberapa insiden gelang pink yang viral itu hanya secebis k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding