Letakkan Ayat Ni Pada Post Di Media Sosial Untuk Elak Terkena Penyakit Ain
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Letakkan ayat ni pada post di media sosial untuk elak terkena penyakit Ain | Media sosial, jika dahulu tempat kita berkongsi rasa dan mencari rakan. Tapi sekarang lebih kepada berkongsi hal yang menggembirakan.
Ada juga yang dikatakan untuk "show off".
Tapi kadangkala niat kita post di media sosial bukanlah untuk menunjuk, cuma berkongsi kegembiraan.
Mungkin juga berkongsi rezeki ...
Tapi hati orang buatkan orang boleh tafsir pelbagai macam. Itu diluar kawalan kita kan...
Sehingga ada yang nak tak nak berkongsi sebab takut terkena penyakit dengki yang lebih mudah dan faham kalau kita sebut penyakit Ain.
Haaaa.... Ini yang MF nak kongsikan...
Rupanya penyakit ain ni tak boleh nak elak.
Apa itu penyakit ain?Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang
Tak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit ‘ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja
Apa tanda-tanda terkena penyakit ain?Antara tanda-tanda penyakit ‘ain ialah :
Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.Sering diserang demam panas.Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.Bermimpi sesuatu yang pelik.
Penyakit Ain ni bukan boleh kena pada sifat dengki je...
Tapi pujian pun boleh terkena penyakit Ain.
Kisah lelaki pengsan terkena penyakit ain.Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Cerita itu ada dikisahkan dalam riwayat baginda menerusi hadis sahih al-Bukhari dan Muslim
Diceritakan bahawa seorang sahabat, Sahl bin Hunaif terkena penyakit ain Amir bin Rabi’ah. Segalanya bermula apabila Amir melihat Sahl yang sedang mandi, lalu dipuji keindahan kulit Sahl yang seakan-akan seperti gadis. Akhirnya, Sahl jatuh sakit lalu dirawat oleh Nabi Muhammad SAW dengan cara mandian
Katanya lagi, baginda telah berpesan pada Amir dan para sahabat supaya mendoakan keberkatan kepada orang yang kita kagumi, bukan dengan cara ‘membunuh’ saudara kita dengan puji-pujian
Jadi nak kata... Pujian pun boleh terkena penyakit ain. Contohnya baby yang comel sangat kan... Kita puji... Boleh terkena penyakit Ain. Padahal puji je bukan ada hasad dengki ataupun iri hati pun.
Jadi hati-hati dengan pujian juga.
Tapi satu hari MF dengar satu ceramah ustaz Badli Shah di YouTube.
Ada caranya untuk kita elak penyakit ain bila post sesuatu di media sosial ni.
Jadi apa caranya
Nak kena tulis apa
Ilmu ni yang MF nak kongsikan pada semua.
Letakkan ayat ni pada post di media sosial untuk elak terkena penyakit Ain
Caranya, setiap post kita di media sosial tu .. kita mulakan dengan kalimah Allah...
Tak kira post gambar atau video... Letakkan caption. Kalau video tu mungkin boleh letakkan intro video tu dengan ayat dan kalimah Allah.
Antaranya kalimah pujian yang digalakkan bila kita post gambar tentang nikmat yang kita dapat ..
Letakkan ayat ni... هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي, (hāḏā min faḍli rabbī) Ungkapan Bahasa Arab yang terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud "Inilah limpah kurnia Tuhanku" atau "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku"
Ataupun kalimah:Masya Allah tabarakallah..
Sebelum kita tulis ayat kita... Kita letakkan ni di awal caption tu.
Jadi, bila orang tengok... Orang baca caption tu dia akan memuji Allah... Dan moga disedari nikmat yang orang tu peroleh adalah kurniaan Allah. Dan moga juga dia takde rasa iri dan hasad dengki ... Insha Allah
Kalau kita tengok... Artis Heliza Helmi ada buat post macam ni... Ustaz Wadi pun ada buat post macam ni... Letakkan kalimah puji-pujian kepada Allah di awal caption post tu... Jadi orang baca sebut nama Allah dulu.
Sama juga dengan rezeki yang boleh dilihat... Macam kereta ... Kadang orang boleh dengki juga kan...
Jadi, kami tampal sticker dengan tulisan yang sama pada cermin belakang... Bila orang baca secara tak langsung orang berzikir dan menyebut nama Allah.
MF pun dapat ilmu ni lepas tonton video ustaz Badli Shah ... Korang boleh tonton rakaman video tu kat bawah ni MF serta kan sekali.
Zikir pelindung
Selain tu boleh juga amalkan surah 3 Qul...
Dan boleh juga biasakan dengan amalkan zikir ni tak sebagai pendinding daripada penyakit ‘ain serta musibah lain :
بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Bacaan Rumi : Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim
Maksud : Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Semoga bermanfaat...
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2022/09/cara-elak-penyakit-ain.html