Letak Jawatan Bukan Pilihan Buat Dr M


RAIS HUSSIN 

Apa yang tidak membunuh anda akan membuatkan anda lebih kuat”, merupakan sebuah ungkapan ahli falsafah Jerman Friedrich Wilhelm Nietzshe.

Tindakan meminta Tun Dr Mahathir Mohammad untuk meletak jawatan, hanya kerana beliau mengatakan buku manifesto bukannya kitab suci, memperlihatkan niat Dr Boo Cheng Hau untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri dan menafikan ruang yang diperlukan beliau untuk membaiki negara.

Pada umumnya, Pakatan Harapan adalah satu gabungan yang baru. Sebab itulah ramai yang masih meraguinya. Umno dan Barisan Nasional (BN), meskipun kini sudah pecah berderai dan masih tidak mampu bersatu, masih yakin bahawa Pakatan Harapan akan jatuh tersungkur menjelang 2023, atau mungkin lebih awal.

Muslihat mereka adalah mengipas api agama dan perkauman dengan memperlihatkan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan yang tidak dapat - dan enggan - mempertahankan kepentingan politik dan identiti Melayu.

Pada waktu yang kritikal ini, adalah sangat tidak bertanggungjawab apabila Dr Boo Cheng Hau meminta peletakan jawatan Perdana Menteri, kerana ini menimbulkan krisis kepimimpinan dalam Pakatan Harapan sendiri.

Ditambah pula, walaupun dikatakan sudah ada calon Perdana Menteri seterusnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipersetujui semua pihak di dalam Pakatan Harapan, sebarang usaha untuk menukar pemimpin pada pertengahan penggal adalah sangat bahaya. Bukan hanya untuk politik identiti Melayu sahaja, tetapi Malaysia secara keseluruhannya.




Umno dan PAS, misalnya, telah berubah menjadi satu pakatan acuh tak acuh, seperti gerakan guerilla. Ada kalanya mereka mendakwa akan bekerjasama, ada kalanya mereka menafikan usaha sama tersebut. Yang pasti, mereka bertunjangkan rancangan dan kepentingan jangka masa pendek.

Terpedaya tipu helah Umno, PAS

Apabila Pakatan Harapan lemah, Umno dan PAS akan menghentam mereka secara bertalu-talu dengan pelbagai fitnah, terutamanya tuduhan yang DAP merupakan tuan boneka yang sebenar. Lagipun, Hadi Awang kini mempertahan dan mengakui pembohongan sebagai alat strategi.

Pada saat yang genting ini, dengan musuh daripada luar sedaya upaya cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan, ia amat mengejutkan dan tidak masuk akal apabila Dr Boo Cheng Hau dengan begitu mudah terpedaya dengan helah Umno dan PAS. Malahan, DAP dan keseluruhan kepimpinan atasan pun tidak bersetuju dengan pandangan Dr Boo Cheng Hau.




Walau bagaimanapun, nasi sudah jadi bubur. Mengizinkan retorik peletakan jawatan Tun Dr Mahathir disiarkan di khalayak ramai memberi isyarat yang Dr Boo Cheng Hau sanggup menjadi lidah pembangkang.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Dr Boo Cheng Hau: beliau harus menyoal dirinya sendiri - wajarkah beliau letak jawatan memandangkan fakta menunjukkan yang beliau telah terperangkap dengan godaan pembangkang? Jikalau beliau tidak mampu berdepan dengan kebenaran, jelas sekali beliau amalkan dwistandard terhadap diri beliau dan orang lain.

Dalam semua perihal berkaitan tempoh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr Boo Cheng Hau sepatutnya faham yang perihal tersebut bergantung kepada keputusan undi tidak percaya dalam parlimen, yang seharusnya dibuat dalam sesi Parlimen.



Pelucutan jawatan Perdana Menteri adalah satu isu yang sangat serius, dan tidak boleh dipandang enteng. Dr. Boo Cheng Hau kelihatan cuba memperkecil proses di mana jawatan dan kuasa Perdana Menteri diasaskan.

Kepada yang ingin melihat Tun Dr Mahathir turun, isunya adalah pengunaan kaedah yang betul. Persoalannya, bolehkah isu ini dibawa ke parlimen? Kalau tidak, Dr. Boo Cheng Hau tiada lokus standi sama sekali.

Pimpinan tertinggi PH telah pun menyuarakan sokongan penuh mereka terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Persembahan wayang kulit oleh pakatan durjana baru, Umno-PAS-MCA, terkecundang lagi.

Fokus paling utama PH semestinya ke arah membangunkan negara melalui perlaksanaan janji-janji Manifesto. Perkara selain itu hanyalah kicauan burung.

*RAIS HUSSIN  - Presiden & CEO EMIR Research



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/letak-jawatan-bukan-pilihan-buat-dr-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 313 hits
20 Februari 2019 12 44 PMRAHMAD ISAHAK PULAU PINANG 20 Feb Adalah lebih baik untuk DAP mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan berbanding mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pandangan...
Ppbm Gesa Boo Letak Jawatan Usah Gilakan Publisiti

Ppbm Gesa Boo Letak Jawatan Usah Gilakan Publisiti

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 425 hits
Di dalam Malaysia Baru Perdana Menteri tidak dibenar dikritik PPBM menggesa Dr Boo Cheng Hau meletak jawatan atau DAP memecat pemimpin Johor itu kerana gilakan publisiti sehingga sanggup memusnahkan Pakatan Harapan selepas mendesak Tun Dr M...
Tular Nama Nama Ahli Parlimen Ph Yang Inginkan Mahathir Letak Jawatan Mac Ini Viralhancing

Tular Nama Nama Ahli Parlimen Ph Yang Inginkan Mahathir Letak Jawatan Mac Ini Viralhancing

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 619 hits
TERKINI Senarai Ahli Parlimen sokong Mahathir letak jawatan tularDari senarai itu dapat dilihat 3 parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia 4 dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan selebihnya Parti Keadilan Rakyat 40 parlimen dan ...
Ph Bergolak Gerakan Supaya Mahathir Letak Jawatan Pm Sudah Tersebar

Ph Bergolak Gerakan Supaya Mahathir Letak Jawatan Pm Sudah Tersebar

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 494 hits
Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur Setakat ini ia dikesan dipamer di dua tempat iaitu Bangsar dan Taman Permata Kuala Lumpur Di Ban...
Mb Perak Sedih Kawan Dalam Satu Parti Desak Letak Jawatan

Mb Perak Sedih Kawan Dalam Satu Parti Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 435 hits
IPOH Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak tertekan dengan desakan 8 Ketua Bahagian PPBM di negeri ini yang mahukan beliau meletak jawatan Pengerusi PPBM Perak itu ketika ini lebih memfokuskan untuk memberi perkhidmatan ya...
Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 381 hits
PETALING JAYA Pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan pilihan raya umum ke 14 Boo yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berk...
Hina Nabi Kalau Mujahid Gagal Bertindak Baik Letak Jawatan

Hina Nabi Kalau Mujahid Gagal Bertindak Baik Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 396 hits
UMMAH yakin wujud usaha terancang cetus ketegangan kaum agama Timbalan Presiden UMMAH Kamaruzaman Mohamad selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah mencabar Ment...
Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 421 hits
MALAYSIAKINI Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya akan meletakkan jawatannya sebagai pensyarah Fakulti Undang undang Universiti Malaya Azmi berkata pada masa ini beliau dalam proses...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage