Video Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu
Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu. Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.
BACA: “Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya…” – Selepas Setahun Isteri ‘Pergi’, Lelaki Ini Diuji Pemergian Anak Tercinta
Sepasang Paus Muncul
Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan Petronas dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.
Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca.
Paus Orca Tidak Pernah Muncul
Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.
Posted by Media Network on Rabu, 17 Julai 2019
“Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini.
“Kami percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi mereka,” katanya.
Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Mengulas lanjut, beliau berkata Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Paus Ini Serang Manusia
“Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini.
“Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa melindungi spesies ikan marin terancam ini melalui penguatkuasaan Seksyen 27, Akta Perikanan 1985 mengenai Mamalia Akuatik atau Penyu di Perairan Perikanan Malaysia dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 (Pindaan) 2019.
“Sesiapa sahaja yang menemui spesies marin terancam (masih hidup atau telah mati) perlu menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri atau Institut Penyelidikan Perikanan terdekat dengan segera kerana ini boleh menyelamatkan nyawa spesies marin terancam itu,” katanya.
Sumber: Siakap Keli
The post [Video] Sepasang Paus Orca Muncul Pertama Kali Di Perairan Terengganu appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/video-sepasang-paus-orca-muncul-pertama-kali-di-perairan-terengganu/