Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi


Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah  antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah  antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.

Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menerangkan lebih lanjut tentang keadaan yang jarang terjadi namun memberikan pelbagai risiko kepada ibu dan bayi sekiranya tidak ditangani dengan baik oleh pasukan perubatan yang pakar.

“ok teran, teran, bagus dah nihh….,, haa teran lagi. pandaii…teran panjang panjangggg…… sikit lagi sikit lagi. haaa okay. Kepala dah keluar dah, ok teran lagi sambungg nak keluarkan bahu pulak ye
 sambil membantu untuk mengeluarkan bahu, kepala bayi ditarik perlahan-lahan.*
(kelihatan dahi merecik dengan peluh kebimbangan & riak mukanya gelisah )…..
” eh ketatnyaaaa, takleh keluar bahu nih, panggil doktor cepattt !!!! sekaranggg!!”
Begitulah scene kecemasan yang berlaku di dewan bersalin, apabila misi yang menyambut kelahiran bergegas dan melontarkan suara mereka memanggil doktor oncall.

Okay, jom berbalik pada berita bahu sangkut tadi, ianya berlaku apabila kepala bayi sudah dilahirkan tetapi salah satu bahunya tersangkut pada belakang tulang pubis ibu, sekaligus melambatkan kelahiran badan bayi tersebut.
Jika kejadian bahu sangkut ini terjadi , pertolongan tambahan perlu diberikan oleh penyambut kelahiran untuk melepaskan sangkutan bahu bayi. Walau bagaimanapun dalam kebanyakkan kes, bayi selalunya dilahirkan dengan selamatnya.
Berapakah kekerapan terjadinya kejadian bayi bahu sangkut ketika bersalin? 1 dalam 150 (0.7%) kelahiran normal (vaginal birth)
Kejadian bahu bayi sangkut berlaku dengan tidak dijangka ketika kelahiran dan kebanyakkan masa ianya tidak boleh diramal, bila ianya akan berlaku. Tetapi ada beberapa faktor menyebabkan kejadian bahu bayi sangkut ini mungkin berlaku;
Sejarah kelahiran terdahulu dengan masalah bahu bayi sangkut. Ibu mempunyai kencing manis (diabetes) BMI ibu > 30 kg/m2 atau lebih Kelahiran yang dipaksa (induced labour) Proses kelahiran yang mengambil jangka masa yang panjang (prolonged labour) Kelahiran yang dibantu oleh Forceps atau Ventouse/Vacuum
Kejadian bahu bayi sangkut selalunya terjadi pada bayi-bayi yang besar. Walaupun begitu selalunya tiada masalah untuk melahirkan bayi-bayi besar dalam majoriti kesnya yang mana melebihi 4.5 kg. Dalam kebanyakan kes bahu bayi sangkut didapati berat bayinya adalah kurang daripada 4 kg.
IBU DIABETES DIBERI PILIHAN BERSALIN AWAL ATAU CAESAR Adakah kejadian bahu bayi sangkut boleh dicegah ?
Dalam kebanyakan kes, kejadian bahu bayi sangkut tidak boleh dicegah kerana ianya sukar diramalkan bila ianya akan berlaku.
Walaupun begitu, jika ibu menghidapi kencing manis ketika hamil, anda seharusnya diberikan pilihan untuk bersalin awal (induction of labour) ataupun pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean. Ini dapat mengurangkan risiko terjadinya bahu bayi sangkut ketika bersalin.
Jika anda tidak menghidapi kencing manis, pilihan untuk bersalin awal tidak akan mengurangkan risiko untuk terjadinya kejadian bahu bayi sangkut ini, walaupun bayi anda diramalkan besar. Pilihan untuk bersalin secara pembedahan caesarean juga tidak dicadangkan untuk anda.

LANGKAH KECEMASAN DI LABOUR ROOM Apakah yang akan berlaku sekiranya terjadi kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin?
Penyambut kelahiran sudah bersiap sedia sekiranya ada terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan seperti di atas.
Kejadian bahu bayi sangkut adalah KECEMASAN, maka jika ianya berlaku perlu ditangani dengan segera, tanpa berlengah-lengah kerana bahu bayi perlu dilepaskan daripada sangkutan supaya badan bayi dapat dilahirkan dan bayi boleh bernafas secara normal.
Penyambut kelahiran akan meminta tolong dan membunyikan loceng kecemasan supaya beberapa kakitangan terlatih – doktor perbidanan, doktor bayi dan kakitangan perbidanan yang lain berada di tempat kejadian untuk membantu anda.

SEMUA BERLAKU PANTAS  Ianya berlaku dengan sangat cepat, dan dalam sekelip mata terlalu banyak kakitangan yang diperlukan untuk menangani kecemasan ini berada dalam dewan bersalin. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa takut dan gusar.
Walau bagaimanapun anda diminta terus bertenang kerana doktor perbidanan dan kakitangan perbidanan yang terlibat adalah terlatih dan boleh membantu anda dalam kelahiran yang melibatkan bahu bayi sangkut, dengan cepat dan selamatnya.
TERIMA ARAHAN DENGAN BAIK Doktor perbidanan/penyambut kelahiran akan:
Meminta anda supaya berhenti meneran. Akan mengubah kedudukan dan posisi ibu supaya lebih banyak ruang di dalam vagina. Anda akan diminta untuk baring dan kedua-dua belah kaki anda ditolak ke luar dan ke atas, dekat dengan dada, dikenali sebagai McRoberts Manoeuvre. Sedikit tekanan akan diberikan pada bahagian atas ari-ari untuk membantu melepaskan sangkutan bahu bayi (suprapubic pressure). Episiotomy dilakukan , untuk membesarkan bukaan vagina sekiranya perlu melakukan kaedah lain untuk melepaskan sangkutan bahu. Selalunya dengan kaedah-kaedah ini bayi dapat dilahirkan dengan selamatnya. Jika bayi tetap tidak dapat dilahirkan,
Doktor perbidanan akan memasukkan tangan nya ke dalam vagina untuk melepaskan sangkutan bahu bayi. Anda mungkin akan dibantu untuk pusing kepada posisi ‘all fours’ yang mana dapat melepaskan sangkutan bahu bayi.
4 RISIKO APABILA BAHU BAYI TERSANGKUT Apakah yang akan terjadi kepada saya dan bayi saya selepas insiden bahu sangkut semasa kelahiran?
#1: IBU BOLEH MENGALAMI KOYAKAN TERUK
Ibu mungkin mengalami koyakan yang teruk semasa kelahiran sehingga boleh melibatkan lubang dubur. Tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku, kadangkala memerlukan transfusi dan pemindahan darah.
#2: BAYI BOLEH CEDERA SARAF 
Untuk bayi pula, 1 daripada 10 bayi ( 10% ) yang mengalami bahu sangkut ketika bersalin mengalami kecederaan pada saraf brachial plexus , menyebabkan sebahagian anggota yang terlibat tidak boleh digerakkan.
Jenis yang biasa terjadi dinamakan Erb’s palsy . Walaupun begitu, kecederaan ini hanyalah sementara dan pergerakkan tangan yang terlibat akan kembali pulih dalam beberapa jam atau hari. Kecederaan kekal sangat jarang berlaku.
Perlu diingatkan , kecederaan pada saraf brachial plexus bukan sahaja berlaku pada kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin normal, ianya juga boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean.
#3: TULANG BAYI PATAH
Kadangkala, kejadian bayi bahu sangkut ini boleh menyebabkan tulang bahu bayi patah. Walaupun begitu, dalam kebanyakkan kes, bayi sembuh seperti sediakala.
#4: MASALAH OTAK BAYI KERANA KURANG OKSIGEN 
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil dan pertolongan kecemasan diberikan segera ketika bahu bayi sangkut, bayi mungkin mengalami masalah otak kerana kekurangan oksigen sampai ke otak ketika insiden bahu sangkut itu berlaku.

BOLEH BERULANG PADA KELAHIRAN AKAN DATANG! Bagaimana dengan kelahiran saya yang berikutnya di masa hadapan?
Jika kelahiran kali ini anda mengalami masalah bahu bayi sangkut, risiko untuk ianya berulang kembali adalah sangat tinggi. 1 dalam 10 wanita yang bersalin akan mengalaminya sekali lagi. Maka, doktor perbidanan anda akan berbincang dengan anda dan pasangan anda cara yang terbaik untuk melahirkan bayi anda yang berikutnya.
Anda mungkin memilih untuk bersalin secara normal (vaginal birth), jika ketika kejadian bahu bayi sangkut itu, bahu senang dilepaskan, dan bayi anda sihat dan bebas daripada komplikasi yang lain dan tidak mempunyai faktor-faktor lain. Anda boleh memilih untuk bersalin secara pembedahan caesarean, jika sebaliknya.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post Kepala Lepas, Bahu Bayi Tersangkut. Ibu Bersalin Indius & Kencing Manis Berisiko Tinggi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kepala-lepas-bahu-bayi-tersangkut-ibu-bersalin-indius-kencing-manis-berisiko-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamblang Si Ungu Dengan Kandungan Antioksidan Tinggi Dan Cocok Untuk Penderita Kencing Manis

Jamblang Si Ungu Dengan Kandungan Antioksidan Tinggi Dan Cocok Untuk Penderita Kencing Manis

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 234 hits
Jamblang sering disebut duwet atau juwet Juga dikenal sebagai plum jawa Pohon jamblang bisa mencapai tinggi 10 20 m dan bergaris tengah 60 cm Buahnya biru keunguan lonjong agak segi empat panjangnya 10 20 mm diameter 5 10 mm berkulit halus ...
Koyakan Bersalin Proses Keluar Kepala Bayi Punca Peranakan Jatuh Yang Czer Tak Terkecuali

Koyakan Bersalin Proses Keluar Kepala Bayi Punca Peranakan Jatuh Yang Czer Tak Terkecuali

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 528 hits
Sebut mengenai peranakan jatuh ramai wanita akan rasa seram Tak dapat dibayangkan kesakitan yang bakal dirasai apabila organ organ berkaitan turun tersasar daripada kedudukan asal Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Kehamilan peranak...
Cubaan Bayi Keluar Tersangkut Kepala

Cubaan Bayi Keluar Tersangkut Kepala

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 355 hits
Seorang bayi lelaki berusia terpaksa menahan kesakitan hampir sejam akibat kepalanya tersangkut pada jeriji pintu di kediamannya Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 00 tengah hari di sebuah pangsapuri di Cheras hari ini sepasukan anggot...
Elak Infection Kulit Bayi Sebaiknya Guna Sabun Bedak Lepas 16 Hari Lahir

Elak Infection Kulit Bayi Sebaiknya Guna Sabun Bedak Lepas 16 Hari Lahir

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 713 hits
Bab penjagaan bayi baru lahir bukan boleh dibuat main main Tambah lagi ibu muda yang pertama kali menimang cahaya mata Banyak perkara yang kena tahu dan sebaiknya rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman Melalui perkongsian dia ada be...
Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 905 hits
Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh di sangkal lagi oleh mana mana kajian di dunia Tetapi kita semua akur ada banyak keadaan di mana ibu tak dapat nak menyusukan bayi setelah berusaha dan berikhtiar maka nak t...
Sammania Candy Gula Gula Tenaga Lelaki Rawat Kencing Manis

Sammania Candy Gula Gula Tenaga Lelaki Rawat Kencing Manis

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 753 hits
KELEBIHAN CANDY SAMMANIA Merawat darah tinggi Merawat kencing manis Mengurangkan kadar kolestrol tinggi Mengatasi masalah gout Merawat masalah mati pucuk Zakar lebih keras tegang dan tahan lama Membantu pancutan lebih mantap Merawat sakit b...
Bertahun Tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham

Bertahun Tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 393 hits
Bertahun tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025