Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat


Menurut Dr. Jalina Karim yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM, ketika proses bersalin ketika bayi dilahirkan, pembukaan vagina boleh terbuka dengan besar bagi membolehkan bayi keluar.
Di samping itu, bukaan vagina boleh dibantu untuk dibesarkan dengan melakukan turisan yang dikenali sebagai episiotomi atau pintu vagina boleh terkoyak dengan sendirinya akibat dari tekanan ketika bayi keluar.
Luka pada pintu vagina yang teruk boleh berlaku sehingga ke peringkat ketiga atau keempat. Luka peringkat ketiga adalah luka sehingga melibatkan otot keliling anus, manakala luka peringkat keemapt boleh memanjang sehingga ke lapisan mukosa yang menyelaputi bahagian rektum.
Sumber foto: www.freepik.com Selepas bayi dan plasenta keluar, jururawat atau doktor akan memeriksa kawasan vagina samada ada memerlukan jahitan atau tidak. Sekiranya episiotomi dilakukan ketika bayi hendak keluar, ianya akan dijahit, begitu juga kalau ada kekoyakan, ia juga akan dijahit. Luka di perineum akan dijahit dengan benang boleh larut.
Benang ini lama kelamaan akan melarut dengan sendiri dan tidak memerlukan prosedur untuk membuka jahitan, biasanya dalam tempoh 3 minggu. Kekuatan memegang (tensile strength) untuk benang ini adalah 2 minggu.
Walaupun cebisan benang masih ada selepas tempoh ini, tetapi ianya tidak berfungsi untuk mengikat luka tersebut. Adakalanya anda akan melihat benang tersebut mula tercabut dengan sendirinya.
Apa Kepentingan Jagaan Luka Perineum?
Penjagaan luka di perineum amatlah dititiberatkan dalam tempoh berpantang. Ini adalah untuk mengurangkan risiko luka tersebut mendapat jangkitan. Di samping itu juga ia boleh membantu dalam memberi keselesaan kepada anda serta mengurangkan kesakitan di Kawasan berkenaan.
Langkah-Langkah Yang Boleh Membantu Dalam Penyembuhan Luka Perineum
Di sini terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan demi untuk memastikan luka anda sembuh dengan cepat tanpa sebarang komplikasi. Kawasan perineum perlu dibersihkan setiap kali anda membuang air kecil atau air besar. Selepas itu, anda perlu memastikan kawasan luka tersebut kering. Ini adalah kerana kawasan yang lembab akan menyebabkan pembiakan bakteria.
Sumber foto: www.freepik.com Pastikan tangan dicuci dengan bersih. Cara mencuci adalah dari depan ke belakang untuk mengelakkan dari kuman di kawasan rektum merebak ke bahagian hadapan. Begitu juga dengan selepas membuang air kecil, kawasan perineum perlu dicuci dengan bersih dan dikeringkan. Untuk mengurangkan rasa sakit, pada awalnya selepas bersalin, anda boleh menggunakan pek ais untuk memberi keselesaan.
Di samping itu, anda boleh menggunakan bantal untuk duduk. Sekiranya doktor ada memberi ubat tahan sakit, anda perlu mengambilnya demi membantu untuk mengurangkan rasa sakit, sekaligus memberi keselesaan pada anda.
Pad perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan kawasan perineum adalah bersih dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan di kawasan tersebut.
Ketegangan juga boleh menyebabkan anda merasa kurang selesa. Langkah mengurangkan ketegangan adalah anda perlu untuk mengelakkan kawasan tersebut menjadi tegang.
Contohnya apabila anda duduk bersilang kaki. Ini akan menambahkan ketegangan di kawasan perineum atau kawasan luka di perineum. Cuba elakkan daripada meneran atau mengangkat barang-barang yang berat sebab ini boleh menyebabkan ketegangan.
Bersin juga boleh menyebabkan kawasan perineum mengalami ketegangan. Anda dinasihatkan untuk tidak menambahkan tekanan pada kawasan perineum seperti menggunakan tampon atau melakukan douches sebab ia dikhuatiri akan menyebabkan tekanan pada luka. Di samping itu, anda dilarang melakukan hubungan seks sebelum pulih sepenuhnya, sebab tekanan ke atas kawasan tersebut boleh menyebabkan luka semula di kawasan tersebut.
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
Melakukan senaman otot lantai pelvik dengan kerap boleh membantu mengurangkan bengkak serta menggalakkan penyembuhan luka atau tempat jahitan di perineum.
Jangkamasa luka sembuh juga bergantung kepada jenis kekoyakan bahagian perineum ketika bersalin. Sekiranya tahap 3 atau 4, ianya akan mengambil masa yang lama berbanding tahap 1 atau 2.
Faktor Menggalakkan Penyembuhan Luka
Pemakanan yang tinggi protein vitamin adalah perlu untuk menggantikan sel-sel yang tercedera ketika proses kelahiran. Anda perlu memakan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan ketegangan pada perineum atau meneran ketika membuang air besar.
Di samping itu, anda boleh menggunakan air ring atau pelampung atau bantal lembut ketika duduk untuk mengurangkan rasa tidak selesa akibat hujung benang yang mencucuk di kulit anda.
Sumber foto: www.freepik.com Pemantauan atau pemerhatian ke atas luka setiap hari adalah penting untuk mengesan tanda-tanda jangkitan pada luka perineum. Untuk langkah ini, anda boleh menggunakan cermin kecil melihat proses penyembuhan.
Di samping itu anda boleh melakukan senaman kegel untuk menggalakkan proses penyembuhan. Selain dari itu, ia juga menggalakkan pengaliran darah ke kawasan perineum dan ini membolehkan luka cepat sembuh.
Anda juga dilarang meletakkan losyen , krim atau apa-apa bahan di tempat luka, dikuatiri ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ada juga sebelum ini, yang meletakkan bahan-bahan herba seperti serbuk manjakani untuk menggalakkan penyembuhan.
Tanda Jangkitan Dan Langkah Seterusnya Sekiranya Ada Tanda Jangkitan
Tanda-tanda jangkitan seperti bengkak, kemerahan, rasa berdenyut-denyut, atau mencucuk di kawasan luka, ada nanah, luka berbau busuk. Sekiranya ada tanda tanda tersebut atau anda rasa seperti tanda-tanda nak mengalami demam, menggigil, anda boleh mendapatkan rawatan segera di klinik yang berdekatan.
Beritahu apa tanda-tanda yang anda alami. Pemeriksaan teliti akan dijalankan dan rawatan lanjut akan diberikan. Jangan risau, yang penting adalah dapatkan rawatan awal, supaya jangkitan tidak merebak.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Lepas Bersalin Nak Cepat Sembuh, Doktor Ini Kongsikan Cara Jaga Luka Yang Ibu Boleh Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-bersalin-nak-cepat-sembuh-doktor-ini-kongsikan-cara-jaga-luka-yang-ibu-boleh-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 533 hits
Bila cuti sekolah ni sebenarnya umpama reward untuk anak anak Dah penat belajar dan mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah tambah pula kena bangun awal dan sebagainya bila tak perlu ke sekolah ni anak anak rasa seronok Apatah lagi bila ibu ...
Menu Pantang Bersunat Simple Dan Tip Penjagaa Luka Cepat Kering Dan Sembuh

Menu Pantang Bersunat Simple Dan Tip Penjagaa Luka Cepat Kering Dan Sembuh

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 253 hits
Musim cuti sekolah memang ramai mommy and daddy ambil peluang untuk khitan anak lelaki Sama lah juga dengan Mamy Syu sendiri ohh actually budak Naufal dan Nufael ni Mamy dah booking khatan di klinik semasa lalu lagi Tapi entah datang dari m...
Tak Salah Nak Cantik Tapi Jangan Main Guna Produk Doktor Kongsi Jenis Tak Elok Untuk Ibu Hamil

Tak Salah Nak Cantik Tapi Jangan Main Guna Produk Doktor Kongsi Jenis Tak Elok Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 203 hits
Wanita sememangnya sukakan kecantikan Mengandung mahupun tidak kecantikan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan oleh kaum ibu Mahu tampil berkeyakinan serta memikat hati suami Sumber foto www freepik com Mungkin ada sesetengah wani...
Pekerja Bangla Ini Dedah Cara Macam Mana Dia Boleh Simpan Duit Dekat Rm 1juta Masa Kerja Di Malaysia

Pekerja Bangla Ini Dedah Cara Macam Mana Dia Boleh Simpan Duit Dekat Rm 1juta Masa Kerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 218 hits
Pekerja bangla ini dedah cara macam mana dia boleh simpan duit dekat RM 1juta masa kerja di Malaysia Sebelum ini tular di laman sosial seorang pekerja asing dari Bangladesh Dia hanya menikmati hidangannya dengan berlaukkan bawang cili dan g...
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku

Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 152 hits
Ketika hamil banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu Salah satunya adalah anemia Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin Di dalam perkongsiannya di laman Facebo...
Cepat Nak Ambik Kesempatan Tahu Tapi Bukan Nak Halang Tapi Nak Cerca Tujuan Nak Cerca Lebih Kepada Nak Halang

Cepat Nak Ambik Kesempatan Tahu Tapi Bukan Nak Halang Tapi Nak Cerca Tujuan Nak Cerca Lebih Kepada Nak Halang

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 288 hits
Pusat hiburan Privacy Club yang anjurkan Thai Hot Guy tidak mempunyai lesen Dari pemeriksaan awal pihak DBKL premis itu dilesenkan sebagai sebuah restoran kepada Beijing 9 Sdn Bhd Bagaimanapun lesen restoran itu telah tamat pada 4 Februari ...
Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 174 hits
Keputusan yang dibuat oleh Syamsul Yusof untuk tidak menceraikan isterinya Puteri Sarah Liyana mengejutkan banyak pihak
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall