Lempeng Cair Sambal Sardin Untuk Pot Luck
Assalamualaikum WBT
HARI ini merupakan hari terakhir sesi pengkuliahan bagi pelajar kolej Sk tahun ini. Pagi Khamis, seperti biasa ada Majlis Membudayakan Al-Quran (MBQ) selama satu jam. Cuma jika dahulu, MBQ menggabungkan pelajar, pengajar dan staf, selepas pendemik ia dilakukan secara berasingan di mana MBQ bagi staf dan pengajar dibuat secara dalam talian manakala pelajar dibuat di dewan kuliah dengan bimbingan ustaz dan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Selepas MBQ, satu mesyuarat bahagian kemahiran sebagai penutup bagi tahun 2022 akan diadakan. Dah lama tak ada makan-makan, jadi ada cadangan agar jamuan dibuat secara pot luck. Puas memikio nak bawakan apa untuk jamuan. Selalu, Sk beli aje. Pernah jugaklah bawakan Spaghetti Bolognese. Kali terakhir jamuan dulu, Sk cuma bawa perut, tapi kali ni rasa nak bawakan Lempeng Cair dengan Sambal Sardin, hehehe.

Kalau nak beli, kurang-kurang sekeping dah seringgit. Tak berbaloi nak bayar RM40 untuk lempeng, baiklah melempeng sendiri. Sk bancuh sekilo tepung dengan 2.5 liter air serta empat biji telur. Walaupun ada jer stok tepung dan telur di rumah, tapi Sk beli yang lain di kedai. Tokojut telur 10 bij RM7.50???
Kos Lempeng :
Telur 4 biji RM3
Tepung Cap Sauh 1 kg RM3.70
Kos tersembunyi - air, garam, gas, elektrik, tenaga, petrol
Masih berbaloi lagi la masak sendiri lempengnya.

Sk beli dua tin sardin cap Botan saiz besar. Rupa-rupanya, tin besar pun dia guna ikan sardin yang comel-comel jugak jadi banyaklah ikannya. Mula fikir nak masak malam dan panaskan pagi tapi gara-gara makan ubat agaknya, pukul 10 dah wassalammmm. Sebelum jam 5 pagi, Sk mula menumis nak masak Sambal Sardin ni

Kos untuk dua tin sardin cap botan, RM15.80. Cili giling, bawang, halia, cili padi dan lain-lain, guna stok dalam peti sejuk aje. Cuma rasa nak tumbang sebab dah lama tak berdiri lama-lama kat dapur. Rasa menyesal pun ado, hahahaha. Mana tah datang mambang rajin nak masak untuk pot luck, hahaha

Tak menahan, kita rasmikan dulu sebelum subuh. Dah macam sahur pulak tapi nanti ada makan-makan, kan.. tak jadilah nak puasa, hehe. Nampak, comel jer kan ikan sardin tu. Sedap pun sedap jugak sardin cap botan ni. Oh, ingatkan hari ni, masuk lambat sikitlah, kan.. dah masak-memasak ni, sekali, sempat jugak tu sampai pejabat sebelum pukul 8, cuti sekolahlah kan.. jalan lengang giler
Syukur Alhamdulillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/lempeng-cair-sambal-sardin-untuk-pot.html