Bara Sengketa Masih Menyala


BACA POLITIK


SEMALAM Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar bersama lapan orang ahli parlimen Keadilan. Sidang akhbar itu sebagai meluncurkan projek politik baru beliau selepas tidak lagi jadi anggota kabinet dan berada dalam kerajaan. Beliau nampaknya merealisasikan apa yang beliau ucapkan, yang beliau akan buka babak baru dalam politik selepas tidak jadi timbalan presiden Keadilan. 
Ahli parlimen yang hadir mengiringinya di sidang akhbar semalam ialah, Rodziah Ismail (Ampang Jaya), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Nik Nazmi Nik Ahmad (Titiwangsa), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Wong Chen (Subang) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Mereka ini ialah pengikut setia Rafizi dan sanggup untuk melakukan kamakazi. Mereka bergantung nyawa politik kepada Rafizi. Besar kemungkinan dengan ulah dan laku mereka itu, mereka semua tidak akan dicalonkan semula oleh Keadilan untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Jika mereka merasa pengaruh dan dokongan kuat mereka boleh bertanding atas tikit bebas atau parti lain.

Ramai menyangka semalam Rafizi akan memgumumkan sesuatu mengejutkan disidang akhbar itu, tetapi meleset.

Rafizi masih kekal bersama Keadilan. Ilham untuk tubuh parti baru tidak berbangkit langsung, atau beliau sudah membuat kajian menyeluruh kalau buat parti baru, ia tidak akan membawanya ke mana mana pun. Buat parti itu tidak ubah seperti guruh kuat berbunyi hujan tak seberapa, tidak ada manfaatnya. Baguslah, nampaknya peminatnya di alam maya berjumlah ratusan ribu itu tidak memberi kekuatan dan keyakinan kepadanya untuk form parti baru.

Maka selamatlah semalam Keadilan ditimpa musibah kedua selepas peristiwa Langkah Sharaton. Rafizi nampaknya belum jadi seperti Azmin Ali sepenuhnya, iras iras sudah ada. Pembangkang yang berdoa dan solat hajat supaya Keadilan ditimba musibah terkantoi setakat ini.

Jadi langkah diambil semalam ialah bertindak jadi pembangkang dalam kerajaan, tepatnya menjadi gunting dalam lipatan atau lipas dalam almari. Rafizi mengguna kedudukannya sebagai ahli parlimen untuk menggodak Anwar. Jadi pengkritik kerajaan, bagi mencapai aspirasi reformasi. Bunyinya molek tetapi mesejnya lain.

Beliau memulakan dengan mengkritik Presiden, Anwar Ibrahim bersabit proses pelantikan dan kelewatan pelantikan hakim hakim yang disifatkan suatu skandal. Isu Tengku Maimun Tuan Mat tidak disambung enam bulan sebagai Ketua Hakim Negara turut jadi perhatian Rafizi.

Sejajar itu beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara itu. Cadangan itu menunjukkan betapa seriusnya kehilang-percayaan Rafizi kepada Anwar. Logiknya bila seseorang ahli hilang kepercayaan kepada presiden dia minggak sahaja dari parti?

Selain itu beliau juga mendesak Anwar beri penjelasan berhubung soal perlantikan hakim. Rafizi tanpa segan silu mengheretkan isu secara terbuka ke tempat terbuka. Beliau cuba membayangkan ada sesuatu yang disembunyikan Anwar disebalik isu itu. Tampaknya Rafizi bekerja untuk membantu pembangkang ketimbang membantu kerajaan. Mungkin ini pola baru politik kita atau politik style Rafizi.

Seperkara lagi disebut Rafizi semalam, selepas ini beliau akan ada forum umum bergerak dari bandar ke bandar utama menjelaskan isu berkenaan dan lain lain isu kepada rakyat, biar rakyat tahu dan cerdik dengan isu. Jelajah forum ini adakah sambungan jelajah hiruk sebelum ini? Belum habis lagi ke perbalahan dan dendam, kata minta semua orang move on?

Tanpa mengira sejauh mana forum berkenaan berjaya, namun ia tidak boleh dipandang ringan. Para pemimpin parti dan mereka yang setia dengan Anwar yang mahu melihat Anwar kekal sebagai PM sekurang kurangnya sepenggal, perlu melakukan sesuatu. Rafizi kena ingat dan fikir juga Anwar juga ada penyokong hard core dan setia, malahan mereka telah teruji sejak berdekad lalu. Para penyokongnya yang tidak mengharap apa-apa imbuhan dan balas rela berkorban untuk Anwar.

Rancangan jelajah forum itu perlu dibendung. Parti tidak boleh biarkan ia berjalan semahunya tanpa kawalan atau diberi pelawanan atau penjelasan maksudnya. Tujuan forum itu dibuat terbuka oleh Rafizi kerana beliau mengharap ia akan disertai oleh pihak pembangkang sama. Ia sebagai taktiknya mencari sokongan. Dari situ beliau akan melihat sejauh mana sambutan dan sokongan kepadanya. Beliau kini sedang melebarkan pengaruh, merentasi parti politik. Sekiranya ia memberangsangkan tidak mustahil beliau akan bertindak lebih agresif lagi.

Jadi sebelum ia merebak, parti Keadilan perlu melakukan sesuatu yang signifikan. Bukan sahaja Keadilan, tetapi parti gabungan kerajaan juga, PH dan BN perlu mengambil perhatian sama, sebab serangan ke atas Anwar merupakan serangan terhadap kerajaan. Mungkin satu perhimpunan parti perlu dipanggil segera untuk memberi penjelasan kepada ahli agar tidak keliru dengan sihir dimainkan Rafizi.

Barisan pemimpin yang baru punya tanggungjawab untuk berhadapan dengan Rafizi dan mempertahankan Anwar. Mereka kena ingat pertembungan semasa kempen pemilihan lalu masih belum berakhir. Bara belum padam sepenuhnya. Pegawai utama parti, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Pengarah Strategi, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain perlu memerah otak untuk menghadapi serangan terbaru Rafizi ini. Timbalan presiden baru Nurul Izzah kena proaktif, sehingga kini mulutnya masih terkunci, kenapa? Ada masalah gusi ke?

Perhimpunan itu seeloknya selepas parti selesai menyusun barisan kepimpinan baru, pelantikan eksekutif, lantikan pengerusi negeri negeri selesai dibuat. Tidak boleh biarkan Rafizi dan gengnya bergerak sesuka hati tanpa pemantauan dan bendungan. Bacaan saya, gerak kerja yang dilakukan Rafizi itu adalah sebagai persiapan untuk menanti kongres tiga tahun akan datang.

Masa terluang yang beliau miliki sekarang ini saya percaya bukan keseluruhan ditumpukan kepada untuk jaga 18 ekor kucing kucingnya, tetapi tempoh ini beliau akan istiqamah jadi pengkritik, penganggu kerja buat Anwar sebagai perdana menteri. Dan sekiranya apa digerakkan ini mendapat sambutan beliau mengharap Anwar akan surrender sebelum tiba masanya. Itu impian dan mimpi Rafizi bersama gengnya. [wm.kl. 9:58 am 08/07/2025]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/07/bara-sengketa-masih-menyala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Usahawan Baru Masih Gagal Buat Duit Online

Kenapa Usahawan Baru Masih Gagal Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 152 hits
Kenapa masih ramai yang gagal buat duit online walaupun dah lama terlibat dalam kerja kerja pemasaran atas talian Sebagai penulis advertorial yang dah agak lama menulis untuk pelbagai jenis bisnes saya perasan terdapat satu bentuk pemikiran...
Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 185 hits
Kalau korang perasan nenek nenek kita dulu tak guna produk kecantikan macam kita sekarang Tapi kulit mereka tetap cantik rambut hitam berkilat dan badan pun segar Salah satu rahsia mereka Aloe vera Dulu tak dipanggil aloe vera pun orang kam...
Khamenei Iran Tidak Akan Menyerah Kepada As Simpanan Uranium Masih Selamat

Khamenei Iran Tidak Akan Menyerah Kepada As Simpanan Uranium Masih Selamat

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 122 hits
TEHRAN Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menyerah diri kepada Amerika Syarikat dalam kenyataan pertamanya sejak gencatan senjata antara Iran Israel lapor AFP Presiden AS Donald Trump d...
Saya Cemburu Tengok Orang Masih Ada Ayah Azhan Rani Dedah Kesedihan Syawal Tanpa Bapa

Saya Cemburu Tengok Orang Masih Ada Ayah Azhan Rani Dedah Kesedihan Syawal Tanpa Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 123 hits
Hari Raya sepatutnya menjadi saat paling bermakna untuk keluarga Tetapi bagi pelakon serba boleh Azhan Rani setiap kali Aidilfitri tiba ia bukan lagi sambutan yang dinanti sejak pemergian arwah bapanya pada tahun 2016 Masa dia ada saya sero...
Blog Masih Disukai Ramai Blogger

Blog Masih Disukai Ramai Blogger

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 166 hits
Asalamualaikum Salam Sejahtera Masih ada pembaca maya klik pada blog kegemaranTidak Semua Sependapat Ada Tafsiran Masing MasingSejujurnya cetusan pendapat ini adalah dari kata hatiku bukan bermakna semua sependapat denganku kerana setiap or...
Tular Halang Laluan Di Lebuhraya Seorang Ditahan Dua Lagi Masih Diburu

Tular Halang Laluan Di Lebuhraya Seorang Ditahan Dua Lagi Masih Diburu

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 120 hits
Seorang lelaki telah ditahan manakala dua lagi masih diburu polis selepas video tular menunjukkan beberapa kenderaan menghalang laluan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran R R Pedas Linggi Rembau Sorotan utama Kejadian itu dipercayai meli...
Hiburan Video Lelaki Oku Yang Tular Ada Plot Twist Penduduk Kampung Beri Penjelasan Dia Masih Ada Adik Beradik

Hiburan Video Lelaki Oku Yang Tular Ada Plot Twist Penduduk Kampung Beri Penjelasan Dia Masih Ada Adik Beradik

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 147 hits
Lelaki OKU yang tular selepas dibantu oleh seorang individu baru baru ini akhirnya tampil melalui penduduk kampung untuk menjelaskan keadaan sebenar dirinya Menurut kenyataan yang dikongsi oleh akaun Jafree sebenarnya masih mempunyai adik b...
Feri Karam Di Bali 6 Maut 30 Masih Hilang

Feri Karam Di Bali 6 Maut 30 Masih Hilang

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 112 hits
Indonesia gantung operasi mencari 30 mangsa hilang selepas feri tenggelam di BaliAstro AwaniAnggota pasukan penyelamat Indonesia belayar menaiki bot kecil dalam operasi mencari mangsa hilang selepas feri KMP Tunu Pratama Jaya yang membawa 6...
Setakat Ini Umno Masih Mahu Bekerjasama Dengan Ph Dan Parti Sabah Dan Sarawak

Setakat Ini Umno Masih Mahu Bekerjasama Dengan Ph Dan Parti Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 62 hits
Che IbrahimSetakat ini kerjasama PH BN yang disokong oleh parti parti di Sarawak dan Sabah adalah formula ramuan perpaduan terbaik untuk rakyat dan negara Lebih elok jika parti parti politik dari Semenanjung hanya bersifat rakan perpaduan k...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Puisi Dari Kawanmu