Lembaga Endowmen Boleh Selesai Masalah Tempat Ibadat Hindu Kata Penganalisis


Minderjeet KaurKuil Sri Raja Muniswarar di Kuala Kedah, yang dikatakan berusia lebih dari 50 tahun, dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar pada Disember 2020. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Konflik antara pihak berkuasa tempatan dengan tempat ibadat penganut Hindu yang tidak berdaftar dapat diselesaikan melalui penubuhan lembaga endowmen di setiap negeri, menurut penyelidik Elanjelian Venugopal.
Katanya, kajian selama tujuh tahun menunjukkan terdapat 3,200 tempat ibadat Hindu yang kebanyakannya tidak berdaftar.
Elanjelian berkata tempat ibadat yang tidak didaftarkan secara sah dibina puluhan tahun yang lalu oleh pekerja ladang untuk kegunaan sendiri dan “tidak tahu keperluan mendaftarkan tempat ibadat”.
Katanya, penyelidikan dari 2005 hingga 2012 itu dilakukan dengan kerjasama persatuan penganut, Malaysia Hindu Sangam.
Konflik antara pihak berkuasa tempatan dengan penganut dan jawatankuasa pengurusan tempat ibadat Hindu sering terjadi ketika tanah itu diperlukan untuk pembangunan.
Elanjelian berkata cara terbaik untuk mengatasi masalah puluhan tahun ini adalah dengan menubuhkan lembaga endowmen Hindu di setiap negeri, seperti di Singapura dan Pulau Pinang.
“Ia perlu diuruskan oleh seorang penganut Hindu yang tidak cenderung kepada mana-mana parti politik; kumpulan profesional yang dapat menyelesaikan masalah kuil di peringkat negeri,” tambahnya.
Menyedari beberapa tanah di mana kuil-kuil itu dibina kemudiannya dijual untuk pembangunan, beliau berkata masalah akan timbul ketika pemaju mula membersihkan tanah tersebut.
Beliau berkata ada cadangan semasa ketika kerajaan Pakatan Harapan agar suatu Lembaga Endowmen Hindu ditubuhkan untuk mengawal hal berkaitan tempat ibadat.
Beliau mengulas gesaan Presiden MIC, S Vigneswaran, kepada masyarakat Hindu supaya bekerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah tempat ibadat yang dibina secara haram.
Vigneswaran beritahu penganut Hindu harus ambil tanggungjawab ke atas insiden tempat ibadat dirobohkan oleh pihak berkuasa kerana kebanyakannya dibina secara haram.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, G Manivannan, berkata garis panduan yang tepat mengenai bagaimana jawatankuasa tempat ibadat dapat memperoleh tanah secara sah sangat berguna untuk mengatasi masalah tersebut.
Naib Presiden MIC, Sivarraajh Chandran, pula berkata hampir separuh tempat ibadat yang dikenal pasti melalui tinjauan itu tidak mempunyai hak milik tanah.
Beliau berkata jika tempat ibadat dibina di atas tanah milik kerajaan, MIC boleh membantu menyelesaikan masalah itu tetapi kadangkala tanah itu milik persendirian.
“Kami hanya dapat mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah agar tidak merobohkan tempat ibadat dan memberikan cukup masa untuk memindahkannya,” katanya.
Presiden Malaysia Hindu Sangam, RS Mohan Shan, beritahu FMT pihaknya telah membantu menyelamatkan banyak tempat ibadat dari dirobohkan menerusi orang tengah. Namun, tidak semua kuil yang mempunyai masalah akan meminta pertolongannya.
“Dalam mana-mana pertikaian pun, kami mahu mewujudkan situasi menang-menang di mana kedua-dua pihak bersetuju dan mendapat sesuatu,” kata Mohan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/lembaga-endowmen-boleh-selesai-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Boleh Ada Masalah Tulang Belakang Jika Letak Secara Front Facing Kaki Tergantung

Anak Boleh Ada Masalah Tulang Belakang Jika Letak Secara Front Facing Kaki Tergantung

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 269 hits
Kebelakangan ini kebanyakan ibu bapa akan memilih carrier untuk bawa anak dengan tujuan untuk mudah bawa berjalan Ye betul memudahkan tetapi adakah carrier itu selesa dan sesuai untuk anak Memang banyak pilihan dengan pelbagai jenama tetapi...
Kalaulah Semuanya Boleh Selesai Dengan Bersumpah

Kalaulah Semuanya Boleh Selesai Dengan Bersumpah

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 207 hits
Kalaulah semuanya boleh selesai dengan bersumpah pastinya tiada proses perbicaraan pastinya tidak perlu ada mahkamah pastinya tidak perlu ada pembuktian fakta alibi dan sebagainya mudah kerja kan tak perlu ada Hakim Peguam Pendakwaraya semu...
Dah Sampai Masa Bn Umum Calon Pm Kata Penganalisis

Dah Sampai Masa Bn Umum Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 327 hits
Sudah tiba masanya BN mengumumkan calon perdana menterinya bagi berdepan PRU15 kelak kata beberapa penganalisis politik Jelas pemerhati politik Arif Anwar Lokmanol Hakim meskipun cadangan itu tidak mahu didedahkan kepada umum keputusan haru...
Kerajaan Negeri Boleh Tumbang Bila Bila Masa Kata Ppbm Johor

Kerajaan Negeri Boleh Tumbang Bila Bila Masa Kata Ppbm Johor

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 443 hits
freemalaysiatoday com March 30 2021 7 42 PMTimbalan Badan Pimpinan PPBM Johor Md Nasir Hashim berkata Hasni sepatutnya lebih matang dan cermat dalam membuat sebarang kenyataan PAGOH PPBM Johor mengingatkan Menteri Besar Hasni Mohammad keraj...
Tidak Mustahil Grs Akan Didaftarkan Seperti Gps Kata Penganalisis

Tidak Mustahil Grs Akan Didaftarkan Seperti Gps Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 231 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik berpendapat adalah tidak mustahil Gabungan Rakyat Sabah didaftarkan seperti mana dilakukan Gabungan Parti Sarawak sekiranya para pemimpin dalam gabungan itu bertekad mendahului mandat rakyat Tony Paridi Ba...
Tekanan Dari Semenanjung Uji Kesepakatan Grs Autonomi Umno Sabah Kata Penganalisis

Tekanan Dari Semenanjung Uji Kesepakatan Grs Autonomi Umno Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 307 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik berkata Umno dan PPBM di Sabah akan tetap mendapat tekanan daripada kepimpinan parti itu di Semenanjung walaupun mereka terus bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum Ke 15 dengan menggunakan platfor...
Pinda Undang Undang Undi18 Agong Boleh Lakukannya Sekarang Kata Peguam

Pinda Undang Undang Undi18 Agong Boleh Lakukannya Sekarang Kata Peguam

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 224 hits
Undi18 says it wants to hold the government accountable to its promise PETALING JAYA Seorang peguam merujuk kepada perintah darurat yang terlaksana kini bagi menolak dakwaan Yang di Pertua Dewan Negara Rais Yatim bahawa inisiatif Undi18 tid...
Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 292 hits
Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Selain...
Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 368 hits
puteradaily comHARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah Bercakap kepada pemberita di Marang Presiden Pas Datuk Seri...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Sinopsis Filem Mantera

Hiburan Pak Lah Dalam Kenangan Ubah Pekan Koboi Kepala Batas Kepada Bandar Maju


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal