Tekanan Dari Semenanjung Uji Kesepakatan Grs Autonomi Umno Sabah Kata Penganalisis




KOTA KINABALU: Penganalisis politik berkata, Umno dan PPBM di Sabah akan tetap mendapat tekanan daripada kepimpinan parti itu di Semenanjung walaupun mereka terus bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan platform Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, tekanan itu akan wujud dalam isu pengagihan kerusi antara dua parti berkenaan dan dijangka menjadi semakin ”panas” menjelang PRU15.
”Isu pengagihan kerusi sememangnya akan panas apabila pilihan raya menjelang dan sudah pasti akan memberi kesan jika tiada kesepakatan dicapai dalam kalangan parti GRS.
Tony Paridi Bagang.”Tekanan dari Semenanjung sama ada di pihak Umno atau PPBM pasti bakal berlaku.
”Keadaan ini akan menjadi lebih jelas apabila Parlimen dibubarkan,” katanya kepada FMT.
Tony berkata, perpecahan antara Umno dan PPBM juga bakal menjadi ujian ke atas sejauh manakah autonomi Umno Sabah untuk mengemudi politik tempatan tidak terikat dengan perubahan atau perkembangan yang berlaku di Semenanjung.
Katanya, perkembangan yang berlaku di Semenanjung juga menjadi ujian sama ada GRS mampu kekal bersama bagi menghadapi PRU15.
”Tidak dinafikan politik Sabah dipengaruhi perkembangan politik di Semenanjung, namun ini akan menjadi ‘litmus test’ kepada GRS, iaitu bagaimana mereka mampu mengekalkan hubungan dan kerjasama politik yang termeterai.
”Ini juga akan menguji sejauh mana autonomi Umno Sabah mengemudi politik lokal (Sabah) tanpa terikat dengan perubahan atau perkembangan yang berlaku di Semenanjung,” katanya.
Sementara itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, walaupun isu pengagihan kerusi dalam kalangan komponen GRS mungkin tidak berdepan masalah, namun tidak mustahil pertembungan akan tetap berlaku di beberapa kawasan.
Lee Kok Tiung.Katanya, kesepakatan yang ditunjukkan oleh komponen GRS juga bakal melancarkan kerjasama mereka dalam menghadapi PRU15 walaupun keadaannya berbeza di Semenanjung.
”Pengagihan kerusi GRS di Sabah akan ditentukan oleh mereka sendiri dan saya percaya sebahagian besar daripada 25 kerusi Parlimen di sini telah diagihkan.
”Tiada masalah (pengagihan kerusi), tetapi tidak mustahil ada dua atau tiga kerusi GRS yang akan berlaku ‘friendly match’ seperti yang berlaku pada PRN (pilihan raya negeri) lepas.
”Bagaimanapun, BN (Barisan Nasional), PN (Perikatan Nasional), dan PBS (Parti Bersatu Sabah) sudah berikrar dan ada persefahaman untuk bekerjasama menerusi platform GRS.
“Saya percaya pemimpin utama Umno dan PPBM di Sabah akan berpegang kepada komitmen mereka seperti yang diulang-ulang sebelum ini.
”Umno telah meminda perlembagaan untuk memberi autonomi kepada Umno Sabah, jadi biarlah ia menentukan hala tuju sendiri.
“Lebih-lebih lagi Umno Sabah telah memutuskan untuk menggunakan platform GRS, kita harus hormati itu,” katanya.
Sementara itu Lee juga berkata, tidak mustahil pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM akan berubah pada masa akan datang.
”Belum tentu pengumuman yang dibuat Zahid itu merupakan episod terakhir dalam hubungan antara dua parti itu.
“Kedudukan Zahid sebagai presiden Umno juga mungkin semakin tertekan daripada blok dalam parti itu yang mahu bertolak ansur atau bekerjasama dengan PPBM,” katanya.
Zahid pada Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam, mengumumkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 akan datang.
Beliau juga berkata, BN memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian.
Bagaimanapun Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin, ketika ditemui selepas perhimpunan itu sekali lagi berkata bahawa GRS akan tetap dipertahankan dan bakal bekerjasama bagi menghadapi PRU15.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/tekanan-dari-semenanjung-uji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 250 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik melihat Umno hari ini sebagai lemah dan ketakutan walaupun jumlah keahlian dan sokongan akar umbinya kuat Felo Majlis Profesor Nasional Jeniri Amir berkata untuk Umno kembali menjadi kuasa politik ...
Umno Sabah Will Stand With Grs

Umno Sabah Will Stand With Grs

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 260 hits
Bung Moktar chats with Umno vice president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at the general assembly on Sunday KOTA KINABALU Umno Sabah will continue to work with Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah as both are components of Gabungan Rak
Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 248 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke 15 termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 Walaupun Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan p...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Umno Ada Maruah Dan Harga Diri Bukan Hamba Untuk Dibuli Diganyang Kata Zahid

Umno Ada Maruah Dan Harga Diri Bukan Hamba Untuk Dibuli Diganyang Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 327 hits
April 1 2021 10 52 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perjuangan sebenar Umno adalah nasib agama bangsa dan tanah air PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu mempunyai maruah dan harga diri serta bukan ha...
Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 243 hits
PETALING JAYA Umno sekadar mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila ia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PPBM yang diterajui Muhyiddin kata Amanah Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata ...
Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 400 hits
Jika ada orang yang bertanya mengapa Umno boleh bekerjasama dengan PAS namun tidak Bersatu ia mungkin dapat dijelaskan oleh Saarani Mohamad yang membahaskan ucapan dasar presiden parti itu hari ini Menurut Pengerusi Umno Perak wujud perbeza...
Tunjuk Prestasi Baik Tambat Pengundi Bukan Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Beritahu Umno

Tunjuk Prestasi Baik Tambat Pengundi Bukan Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 302 hits
Penganalisis politik berkata tindakan Umno meninggalkan kerajaan PN hanya akan memberi persepsi kepada rakyat ia lebih pentingkan agenda parti berbanding negara PETALING JAYA Seorang penganalisis politik menyarankan menteri dan timbalan men...
Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Kerjasama Dengan Ppbm

Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Kerjasama Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 291 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 9 45 PMZahid mengakui situasi politik di Sabah istimewa KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghormati keputusan Umno Sabah yang menetapkan akan bekerjasama dengan PPBM untuk mempertahankan ker...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord