Pinda Undang Undang Undi18 Agong Boleh Lakukannya Sekarang Kata Peguam


Predeep NambiarUndi18 says it wants to hold the government accountable to its promise.PETALING JAYA: Seorang peguam merujuk kepada perintah darurat yang terlaksana kini bagi menolak dakwaan Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim bahawa inisiatif Undi18 tidak mungkin dibuat pada masa ini.
Pengerusi bersama jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam Andrew Khoo memberitahu FMT bahawa perintah darurat memudahkan lagi pindaan undang-undang.
Andrew Khoo.Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong secara serta-merta boleh meminda mana-mana undang-undang yang perlu bagi membolehkan individu berusia 18 tahun dan ke atas menjadi pengundi.
Baru-baru ini Rais berkata, inisiatif Undi18 sia-sia kerana undang-undang pilihan raya belum dipinda bagi membolehkan individu berusia 18 tahun mengundi.
Khoo berkata, undang-undang seperti Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 sepatutnya dipinda selepas perlembagaan persekutuan dipinda pada 2019 bagi membenarkan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi.
“Namun oleh sebab kita sekarang berada di bawah perintah darurat, pindaan perlu boleh dibuat secara serta-merta atas kuasa Agong.
Lim Wei Jiet.“Jadi tak perlu beri alasan atas kelewatan. Sebaliknya kita perlu menyegerakan perkara itu.”
Peguam Lim Wei Jiet berkata, dakwaan Rais tidak berasas dari segi undang-undang kerana tiada peruntukan yang menghendaki sesuatu pindaan perlembagaan perlu diikuti dengan pindaan undang-undang berkaitan.
“Malah pindaan undang-undang itu seharusnya dikuatkuasakan terlebih dahulu bagi membuka jalan kepada pindaan dalam undang-undang statut,” katanya.
“Sangat mengecewakan apabila Yang di-Pertua Dewan Negara dan bekas pengamal undang-undang membuat kenyataan tanpa asas undang-undang begitu. Ia hanyalah penyataan pendirian politik.
“Paling tidak, ia menunjukkan bahawa PPBM dan Perikatan Nasional (PN) tidak ikhlas dalam pelaksanaan Undi18 dan terpaksa merekayasa alasan bagi mewajarkan penangguhannya.”
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, keengganan kerajaan membenarkan rakyat berumur 18 tahun mengundi adalah kerana ia bimbang golongan tersebut tidak mengundinya dalam pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.Beliau berkata, pemimpin yang melompat untuk menyertai PN lupa bahawa mereka menyokong inisiatif Undi18 semasa berada dalam Pakatan Harapan (PH).
“Langkah kebelakang berhubung Undi18 adalah tamparan kepada demokrasi berparlimen dan mengukuhkan tanggapan bahawa ahli politik tidak boleh dipercayai,” katanya.
“Pindaan yang perlu boleh dibuat dua tahun lepas. Hari ini kita lihat pusingan U melibatkan Umno, PPBM dan PAS kerana menjangka orang muda tidak menerima mereka.”
Pada Jumaat, aktivis orang muda memfailkan semakan terhadap keengganan kerajaan membenarkan Undi18 dengan berkata, ia sama seperti sekatan ke atas pengundi.
Dalam kenyataan menangguhkan Undi18 sehingga September tahun depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pandemik Covid-19 mengganggu persiapannya.
Rang undang-undang Undi18 diluluskan sebulat suara di Parlimen pada 2019.
Tahun lepas, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen bahawa pendaftaran pengundi berusia 18 tahun dan pendaftaran automatik pemilih akan bermula Julai tahun ini.
Beliau berkata, proses itu akan mengambil masa dua tahun bermula 25 Julai 2019, iaitu tarikh Dewan Negara meluluskan pindaan perlembagaan bagi menurunkan umur pengundi, umur calon pilihan raya dan pendaftaran automatik pemilih.
Pindaan ini mendapat sokongan bipartisan di kedua-dua dewan Parlimen.
Kerajaan berkata, langkah itu akan melibatkan lebih 7.8 juta pengundi baharu dalam pilihan raya umum ke-15 pada 2023.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi mencecah 22.7 juta orang, berbanding 14.9 juta pada pilihan raya umum ke-14.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pinda-undang-undang-undi18-agong-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana Kwap Lesap Tetapi Tiada Laporan Polis Kata Peguam

Dana Kwap Lesap Tetapi Tiada Laporan Polis Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 163 hits
Dana KWAP lesap tetapi tiada laporan polis kata peguam Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Apr 2021 11 42PM
Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 306 hits
puteradaily comHARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah Bercakap kepada pemberita di Marang Presiden Pas Datuk Seri...
Lembaga Endowmen Boleh Selesai Masalah Tempat Ibadat Hindu Kata Penganalisis

Lembaga Endowmen Boleh Selesai Masalah Tempat Ibadat Hindu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 251 hits
Kuil Sri Raja Muniswarar di Kuala Kedah yang dikatakan berusia lebih dari 50 tahun dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar pada Disember 2020 PETALING JAYA Konflik antara pihak berkuasa tempatan dengan tempat ibadat penganut Hindu yang ...
Kerajaan Negeri Boleh Tumbang Bila Bila Masa Kata Ppbm Johor

Kerajaan Negeri Boleh Tumbang Bila Bila Masa Kata Ppbm Johor

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 378 hits
freemalaysiatoday com March 30 2021 7 42 PMTimbalan Badan Pimpinan PPBM Johor Md Nasir Hashim berkata Hasni sepatutnya lebih matang dan cermat dalam membuat sebarang kenyataan PAGOH PPBM Johor mengingatkan Menteri Besar Hasni Mohammad keraj...
Notis Muflis Lhdn Cubaan Gertak Najib Kata Peguam

Notis Muflis Lhdn Cubaan Gertak Najib Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Peguam Najib Razak mendakwa kerajaan cuba untuk menakut nakutkan bekas perdana menteri itu dengan mengeluarkan notis muflis terhadapnya kerana gagal melunaskan tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1 69 bilion Muhammad Shafee Abdull...
Sekarang Parlimen Sudah Boleh Bersidang

Sekarang Parlimen Sudah Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 144 hits
Pengarah FAMA Negeri Selangor Abdul Rashid Bahri berkata aktiviti jualan itu akan diadakan selama dua hingga tiga hari berturut turut sebelum menjelang Ramadan Nampaknya musim Ramadan pada kali ini kembali meriah apabila rakyat boleh kembal...
Video Peguam Ini Bagitau Apa Yang Rider Boleh Buat Jika Dikasari Mungkin Boleh Buat Owner Kedai Menyesal Tak Sudah

Video Peguam Ini Bagitau Apa Yang Rider Boleh Buat Jika Dikasari Mungkin Boleh Buat Owner Kedai Menyesal Tak Sudah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 161 hits
Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian seorang penghantar makanan yang dipukul di sebuah kafe semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata berdasarkan laporan itu mang...
Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

Tiada Pihak Boleh Beri Kata Dua Pada Mana Mana Parti Lain Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 212 hits
Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Selain...
Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 152 hits
V AnbalaganPUTRAJAYA Sejumlah besar pinjaman bernilai RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada dana persaraan kerajaan mungkin dicuri tetapi laporan polis tidak dibuat mengenainya hujah peguam ketika prosiding melibatkan rayuan ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan