Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar



SHAH ALAM: Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak malam Selasa.

Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, beliau mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik

Bagaimanapun, Zakaria menegaskan jika rakaman audio tular itu benar, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO lebih tahu apa keputusan terbaik yang sepatutnya dilakukan mereka

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, tetapi perkara ini penting kepada masa hadapan perjuangan UMNO itu sendiri

"Maka dengan itu, Lembaga Disiplin (UMNO) perlu menjalankan fungsinya untuk menyiasat kebenaran (rakaman audio perbualan tular)...Apatah lagi ia membabitkan presiden parti (Ahmad Zahid)

"Jika benar, parti (MKT) lebih tahu apa keputusan yang patut mereka buat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu video dan audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan di media sosial

Video tersebut bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Bagaimanapun, dalam video berdurasi 4 minit 17 saat turut kedengaran suara yang mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon
Bagaimanapun, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menafikan penglibatan beliau dengan rakaman audio perbualan telefon tular berkenaan

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri meminta Ahmad Zahid atau pejabat Presiden UMNO untuk membuat laporan polis dengan segera sebagai bukti penafian tuntas kaitan beliau dengan rakaman audio tular berkenaan

Melalui laporan polis dibuat, Abdul Rahman mengharapkan rakaman audio itu akan diteliti pihak berkuasa dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti dalang yang cuba menjejaskan nama baik Presiden dan UMNO sendiri

"Lagipun inti pati rakaman perbualan telefon itu adalah sangat signifikan dengan hala tuju UMNO pada masa hadapan, lebih-lebih lagi pada saat parti berdepan cabaran untuk menawan kembali hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

"Saya masih berpegang kepada keputusan diambil parti sewaktu PAU 2020 iaitu semua pemimpin UMNO berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu letak jawatan berdasarkan ketetapan yang bakal diambil MKT

"Cuma, bila isu rakaman audio tular sebegini muncul, saya minta MKT perlu meneliti semula dasar parti sewaktu PAU 2020 iaitu 'No Anwar, No DAP, No Bersatu' agar ianya akan terus kekal menjadi pendirian UMNO sehingga satu ketetapan baharu dibuat," katanya

Dalam pada itu, pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid mengajak semua ahli UMNO bersabar dan tidak terus berasa gusar kerana isu penularan audio rakaman perbualan membabitkan presiden parti masih belum disahkan ketulenannya

Jelas beliau, lebih baik ahli-ahli UMNO menerima penjelasan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid sendiri daripada terus bersikap curiga kepada pucuk kepimpinan parti kerana perbuatan tuduh-menuduh adalah tidak wajar

"Zaman sekarang ini, macam-macam boleh jadi. Video seks mirip seorang menteri kanan pun sampai sekarang tidak selesai lagi, sedangkan imej beliau jelas kelihatan

"Saya rasa apa patut Presiden UMNO buat adalah dengan memberi penjelasan apa sebenarnya berlaku (berhubung isu rakaman audio tular). Kena berterus-terang...Kalau tiada, cakap tiada

"Tetapi, kalau betul ada, satu tindakan susulan termasuk hukuman disiplin perlu dilaksanakan kepada Presiden UMNO kerana beliau juga tidak boleh terlepas," katanya




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/lembaga-disiplin-umno-kena-siasat-audio.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 348 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 223 hits
ARAU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Datuk Ser...
Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 312 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONRakaman perbualan peribadi yang didakwa mirip Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai hari hitam kepada demokrasi Malaysia Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk...
Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 333 hits
The purported audio recording between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim has proven suspicion of a discussion between the two parties Parti Pejuang Tanahair president Mukhriz Mahathir said today According to M...
Zahid Says Audio Clip Is Fake Denies Speaking To Anwar After Umno Agm

Zahid Says Audio Clip Is Fake Denies Speaking To Anwar After Umno Agm

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 334 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has denied allegations that he spoke to PKR president Anwar Ibrahim after the Umno general assembly and that the conversation was recorded In a statement Zahid said he was shocked and disappointed over the ...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 285 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

Akar Umbi Umno Kian Resah Percaya Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 229 hits
PUTRAJAYA Ahli ahli akar umbi UMNO semakin gelisah dan keliru selepas tular audio perbualan telefon antara Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua UMNO Bah...
Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

Rakaman Audio Komplot Zahid Anwar Ahli Umno Kena Tanya Presiden Sendiri Mb Perak

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 236 hits
TANJUNG MALIM Ahli UMNO dinasihat agar tidak cepat melenting berikutan pendedahan rakaman audio perbualan telefon yang mengaitkan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi UM...
Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 359 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri juga d...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat