Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan



ARAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan berhubung perkara tersebut hanya akan dilakukan selepas mereka menerima laporan.
“Kita tunggu, kalau ada laporan dibuat, biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity.
“Setakat ini, saya tahu belum ada laporan dibuat. Tidak mudah (untuk mengambil tindakan kepada penyebar), kalau ada laporan kita akan siasat. Laporan polis melibatkan kes itu kita tidak tahu, tapi di pihak kami masih belum ada laporan,” katanya ketika ditemui selepas menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini semalam.
Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Sejak kelmarin, tular rakaman kira-kira empat minit melibatkan suara mirip Ahmad Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.
Anwar, Zahid dicadang contohi Najib sumpah laknat di Masjid

Dalam rakaman tersebut, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan PAU.
Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid itu berkata, apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal.
Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar telah menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan masing-masing berkata akan membuat laporan polis.
Rakaman audio: 20 tahun dalam PKR, saya percaya itu suara Anwar, kata Zuraida

Mengulas mengenai kunjungan hormat beliau mengadap Raja Perlis, Saifuddin memberitahu, antara topik yang dibincangkan bersama Tuanku Syed Sirajuddin ialah berkaitan kesalinghubungan internet dan perkembangan ekonomi digital.
“Saya mendapat maklum Tuanku Raja Perlis memang sangat berminat bukan saja soal kesalinghubungan, tetapi juga kemajuan Perlis dari segi ekonomi digital. Saya juga memohon titah nasihat daripada baginda mengenai perkara yang boleh ditambah baik di Perlis, terutama hal-hal yang menjadi tanggungjawab kementerian itu dan agensi di bawahnya,” katanya.
 
Rakaman audio modus operandi alih pandangan ketidakcekapan PN

The post SKMM dan CyberSecurity Malaysia akan siasat Audio Zahid-Anwar jika dilaporkan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/08/skmm-dan-cybersecurity-malaysia-akan-siasat-audio-zahid-anwar-jika-dilaporkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar ...
Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 539 hits
SHAH ALAM Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak ma...
Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 487 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri juga d...
Audio Anwar Zahid Wire Tapping Atau Rakam Sendiri

Audio Anwar Zahid Wire Tapping Atau Rakam Sendiri

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 285 hits
SHAH ALAM Teknologi digital pada hari ini membolehkan berlakunya rakaman suara secara terus oleh pelaku tanpa pengetahuan atau direka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu Pakar audio dan visual Dr Megat A...
Audio Anwar Zahid Taktik Basi Pecahkan Ph

Audio Anwar Zahid Taktik Basi Pecahkan Ph

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 255 hits
Audio perbualan kononnya di antara Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular dalam kalangan pimpinan dan ahli Umno bukan sahaja palsu malah taktik basi untuk menimbulkan kecurigaan dalam...
Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

Papagomo Urges Police To Investigate Zahid Anwar Audio Clip

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 347 hits
Umno Youth exco Wan Muhammad Azri Wan Deris has lodged a police report seeking an investigation over the phone conversation purportedly between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri who is also ...
Siapa Pencipta Audio Zahid Anwar Dan Dalang Penyebarannya

Siapa Pencipta Audio Zahid Anwar Dan Dalang Penyebarannya

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 504 hits
OLEH MD ZAIFUL GROUP SAHABAT ANWAR PENCIPTA Audio ini dicipta JKOM dengan bantuan team Annuar Musa iaitu Tun Faisal Skrip oleh Tun Faisal dan Papagomo dan proses rakaman suara oleh JKOM Grafik video oleh Rio Rashid anak buah Tun Faisal yang...
Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 640 hits
PERMATANG PAUH Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara peribadi mengakui amat terganggu dengan isu perbualan telefon antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri An...
Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 420 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONRakaman perbualan peribadi yang didakwa mirip Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai hari hitam kepada demokrasi Malaysia Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk...
Ronda Ronda Ferringhi Bay

The Lantis Bila Chord

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

Laptop Terbaik Untuk Blogger Content Creator 2025 Pilihan Profesional

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Polis Tahan Lelaki Disyaki Liwat Campak Kucing