Lelaki Terlepas Pendakwaan Syariah Berhubung Seks Luar Tabii Boleh Didakwa Bawah Kanun Keseksaan



PETALING JAYA: Terdapat kemungkinan lelaki Muslim yang dibebaskan setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan enakmen syariah Selangor berhubung seks luar tabii bercanggah dengan perlembagaan, masih boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan, kata dua bekas peguam kerajaan.
Bekas timbalan pendakwa raya, Najib Zakaria berkata, pengadu dalam kes itu boleh membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dimulakan.
“Tiada had waktu untuk membuat laporan, seterusnya menyiasat kes itu. Polis boleh meneruskan siasatan yang dimulakan penyiasat dan pendakwa syariah Selangor,” kata beliau.
Najib berkata, polis boleh menyiasat sesiapa sahaja kerana Kanun Keseksaan tidak mengamalkan diskriminasi antara penganut Islam dan bukan Islam.
Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi kesalahan liwat. Lelaki berusia di bawah 50 tahun boleh disebat sehingga 24 kali.
Najib percaya penasihat undang-undang Selangor berada di kedudukan paling sesuai untuk menasihatkan pihak-pihak terbabit berhubung tindakan seterusnya memandangkan beliau akan mempunyai semua maklumat berkenaan kes itu.
Beliau mengulas deklarasi panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan minggu lalu bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bercanggah dengan perlembagaan kerana badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang itu, memandangkan ia sudah berada dalam Senarai Persekutuan.
Pengerusi panel, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.
Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa syarie mengemukakan tuduhan di bawah Seksyen 28 enakmen tersebut terhadap lelaki itu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Lelaki yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan peguam itu didakwa cuba melakukan seks luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 Nov 2018.
Dia meminta dibicarakan dan prosiding ditangguhkan sementara menunggu keputusan bantahan perlembagaannya di Mahkamah Persekutuan.
Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed yang turut menganggotai panel tersebut berkata, berdasarkan fakta kes, lelaki tersebut cuba melakukan seks luar tabii dengan lelaki lain, termasuk tiga orang bukan Islam.
Seorang lagi bekas timbalan pendakwa raya, Shamsul Sulaiman berkata, mahkamah tertinggi itu hanya memutuskan peruntukan enakmen Selangor itu tidak sah, tetapi tidak membatalkan siasatan.
“Polis boleh merekodkan kenyataan saksi seperti diperuntukkan Kanun Prosedur Jenayah sebagai proses pengumpulan keterangan mereka,” kata beliau, sambil menambah, ada kemungkinan pendakwaan dijalankan sekiranya keterangan mencukupi.
Katanya, polis boleh memperoleh keterangan lain yang dimiliki pihak berkuasa agama negeri untuk membina kes kukuh.
“Akhir sekali, terpulang kepada peguam negara dan pegawai-pegawainya untuk memutuskan pendakwaan berdasarkan keterangan yang dihimpunkan polis,” kata beliau.
Peguam Akberdin Abdul Kader yang juga pengamal undang-undang syariah berkata, sekiranya wujud keterangan mencukupi untuk kes prima facie, lelaki itu boleh didakwa atas tuduhan cuba melakukan liwat. FMT

The post Lelaki terlepas pendakwaan syariah berhubung seks luar tabii boleh didakwa bawah Kanun Keseksaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/05/lelaki-terlepas-pendakwaan-syariah-berhubung-seks-luar-tabii-boleh-didakwa-bawah-kanun-keseksaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 282 hits
PPMM berusaha cari jalan proaktif dalam arus perdanakan SyariahBANGI Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuka ruang untuk mana mana pihak mencabar peruntukan jenayah Syariah yang lain di masa akan datang Kebimbangan itu disuarakan Pr...
Bersikap Realistik Dalam Isu Luar Tabii Syariah Berada Di Kelas Ke 2

Bersikap Realistik Dalam Isu Luar Tabii Syariah Berada Di Kelas Ke 2

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 151 hits
Kita perlu rasional tidak lagi retorik dalam perjuangan mendaulatkan Syariah MAHKAMAH Persekutuan telah memutuskan kesalahan liwat di bawah undang undang Syariah negeri Selangor adalah terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutu...
Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 143 hits
Gambar Hiasan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa badan perundangan Selangor tiada kuasa menggubal undang undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah Terdahulu Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tu...
Kes Luar Tabii Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Lepas Tangan

Kes Luar Tabii Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 169 hits
Dr Muhammad Fathi YusofDidesak laksana undang undang Islam lebih menyeluruh termasuk dalam aspek jenayah RAMAI yang sedih dengan keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa peruntukan undang undang berkaitan seks luar tabi...
Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 291 hits
91 total views 91 views today Terdahulu viral video seorang wanita Islam warganegara Indonesia dipercayai telah dimurtadkan oleh seorang lelaki warga tempatan beragama Hindu Wanita tersebut mengaku telah meninggalkan agama Islam sejak di ne...
Sedih Mahkamah Syariah Semua Negeri Tak Boleh Dakwa Peliwat

Sedih Mahkamah Syariah Semua Negeri Tak Boleh Dakwa Peliwat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 163 hits
Mahkamah Persekutuan putus perundangan Syariah Selangor berkait kesalahan liwat tak sah BANGI Tindakan Mahkamah Persekutuan memutuskan kesalahan liwat di dalam undang undang Syariah Selangor tidak sah dan bercanggah Perlembagaan menjadi det...
Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 172 hits
PGSM gesa kerajaan negeri kaji semula peruntukan perundangan Syariah BANGI Persatuan Peguam Syarie Malaysia menggesa kerajaan negeri dan pihak pihak berautoriti mengambil tindakan drastik serta holistik untuk melihat atau mengkaji semula pe...
Kuat Sampai Boleh Sangkut 400 Helai Baju Abang Ni Diy Buat Penyangkut Baju Modal Bawah Rm150

Kuat Sampai Boleh Sangkut 400 Helai Baju Abang Ni Diy Buat Penyangkut Baju Modal Bawah Rm150

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 671 hits
Kalau kita memang ada ilmu kemahiran tukang rasanya tiada masalah jika mahu mencipta barangan rumah dengan air tangan sendiri
Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 652 hits
Orang perempuan ni tudung antara aset utama selain baju kasut dan beg tangan Walaupun dah ada pelbagai koleksi dan warna setiap kali keluar corak baru pasti akan beli Bukan itu je tudung yang beli sebelum ini pun tak sempat dipakai lagi tap...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta