Kes Luar Tabii Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Lepas Tangan


Dr Muhammad Fathi YusofDidesak laksana undang-undang Islam lebih menyeluruh termasuk dalam aspek jenayah RAMAI yang sedih dengan keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa peruntukan undang-undang berkaitan seks luar tabii dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor sebagai tidak sah. Alasannya adalah kerana undang-undang berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
Rasa dukacita ini adalah, antaranya kerana skop Mahkamah Syariah dan bidangkuasa perundangan Islam seperti yang termaktub dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan ditafsirkan secara sempit dan terhad. Ia mengecilkan skop kuasa Mahkamah Syariah.
Tulisan ringkas ini tidak bertujuan untuk mengulas aspek teknikal perundangan. Ulasan di sini lebih menjurus kepada kedudukan undang-undang Islam dalam negara kita secara menyeluruh.
Kita boleh menganggap apa yang berlaku ini bukan sahaja satu cabaran yang menggugat Mahkamah Syariah, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh dianggap sebagai pembuka peluang ke arah usaha pelaksanaan undang-undang Islam dalam perspektif lebih menyeluruh.
Selama ini apabila bercakap soal pelaksanaan undang-undang Islam, kita terlalu terikat kepada undang-undang Islam di bawah bidangkuasa negeri, khususnya berkaitan Mahkamah Syariah.
Hakikatnya undang-undang Islam adalah undang-undang yang perlu dilaksanakan oleh negeri, bahkan juga oleh Persekutuan. Islam bukan sahaja perlu didukung oleh Mahkamah Syariah, bahkan juga perlu didukung oleh mahkamah arus perdana dalam negara ini.
Misalnya dalam menangani kesalahan liwat, undang-undang Persekutuan melalui Kanun Keseksaan memang memperuntukkan kesalahan liwat sebagai satu jenayah. Kewujudan peruntukan ini menunjukkan bahawa telah terlaksana kehendak Syariah. Cuma aspek yang mungkin perlu ditambahbaik ialah dari sudut hukuman dan prosedurnya.
Begitu juga aspek perundangan lain seperti kewangan, kontrak, rasuah, peraturan tanah dan sebagainya sudah mempunyai unsur Islamik, cuma memerlukan kepada penambahbaikan agar ia benar-benar menepati kehendak Islam atau dalam istilah popular hari ini, ia perlu ‘patuh Syariah’.
Oleh yang demikian, ketika bidangkuasa Mahkamah Syariah ditafsirkan secara sempit begini, para pencinta undang-undang Islam tidak perlu rasa tersisih atau lemah semangat. Bahkan inilah masanya untuk membuka dimensi yang lebih luas dalam usaha memartabatkan undang-undang Islam.
Desakan perlu dihalakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan lebih menyeluruh dalam semua aspek termasuklah dalam aspek jenayah. Tanggungjawab untuk mendukung Islam yang merupakan ‘agama Persekutuan’ sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan adalah sebahagian dari tanggungjawab penting kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan tidak boleh berlepas tangan dengan alasan ia terletak di bawah bidangkuasa kerajaan Negeri. Islam adalah agama yang syumul atau menyeluruh iaitu meliputi aspek ekonomi, politik, keselamatan, pendidikan, jenayah, urusniaga dan lain-lain.
Memandangkan skop kuasa kerajaan negeri adalah terhad kepada beberapa perkara seperti urusan kekeluargaan, pusaka dan seumpamanya, maka urusan yang lain adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Islam sebagai agama Persekutuan perlu diterjemahkan melalui tindakan.
Sebagai warganegara, kita perlu akur dengan keputusan Mahkamah yang mengehadkan skop ‘jenayah Syariah’ yang diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah. Bagi mengimbangi tafsiran yang sempit ini, kerajaan Persekutuan digesa agar segera mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan pematuhan Syariah bagi undang-undang jenayah yang berkuatkuasa dalam negara.
Kerajaan perlu segera menubuhkan satu Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Jenayah yang bertujuan untuk membuat semakan menyeluruh ke atas Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan agar ia lebih menepati kehendak Islam.
Undang-undang Islam adalah undang-undang yang menepati fitrah manusia. Proses Islamisasi perundangan jenayah adalah proses untuk ‘memanusiakan’ (to humanise) sistem perundangan.
Kita boleh menjadikan undang-undang negara menepati citra Islam, walau pun tanpa meletakkan label ‘Islam’ atau ‘Syariah’. Matlamatnya adalah untuk memastikan sistem perundangan menepati kehendak Allah SWT Tuhan Yang Maha Adil dan Penyayang.
InsyaAllah semakin dekat sesuatu sistem perundangan itu dengan Islam, semakin luas dan melimpah rahmat, keberkatan dan keamanan yang akan menyelimuti rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. ISMA WEB.

(*) Dr Muhammad Fathi Yusof
Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kes-luar-tabii-kerajaan-persekutuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 170 hits
PGSM gesa kerajaan negeri kaji semula peruntukan perundangan Syariah BANGI Persatuan Peguam Syarie Malaysia menggesa kerajaan negeri dan pihak pihak berautoriti mengambil tindakan drastik serta holistik untuk melihat atau mengkaji semula pe...
Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 280 hits
PPMM berusaha cari jalan proaktif dalam arus perdanakan SyariahBANGI Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuka ruang untuk mana mana pihak mencabar peruntukan jenayah Syariah yang lain di masa akan datang Kebimbangan itu disuarakan Pr...
Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 175 hits
PETALING JAYA Najib Razak tertanya adakah penurunan jumlah kes jangkitan baharu Covid 19 yang diumum setiap hari akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan selepas Kementerian Kesihatan dikatakan tidak lagi saring semua kontak rapat pos...
Subhanallah Tertidur Sambil Hafal Surah Dan Al Quran Tak Lepas Pun Dari Tangan

Subhanallah Tertidur Sambil Hafal Surah Dan Al Quran Tak Lepas Pun Dari Tangan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 128 hits
Pada era serba moden ini sukar untuk melihat kanak kanak meluangkan masa dengan membaca buku mengaji Iqra dan melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat Mereka lebih memberi perhatian kepada teknologi gajet dan aplikasi permainan sehingga kadan...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 194 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 290 hits
91 total views 91 views today Terdahulu viral video seorang wanita Islam warganegara Indonesia dipercayai telah dimurtadkan oleh seorang lelaki warga tempatan beragama Hindu Wanita tersebut mengaku telah meninggalkan agama Islam sejak di ne...
Bersikap Realistik Dalam Isu Luar Tabii Syariah Berada Di Kelas Ke 2

Bersikap Realistik Dalam Isu Luar Tabii Syariah Berada Di Kelas Ke 2

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 150 hits
Kita perlu rasional tidak lagi retorik dalam perjuangan mendaulatkan Syariah MAHKAMAH Persekutuan telah memutuskan kesalahan liwat di bawah undang undang Syariah negeri Selangor adalah terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutu...
Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 143 hits
Gambar Hiasan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa badan perundangan Selangor tiada kuasa menggubal undang undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah Terdahulu Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tu...
Kejatuhan Pelaburan Langsung Asing Amaran 35 Tahun Lepas Yang Tidak Dihiraukan Oleh Kerajaan

Kejatuhan Pelaburan Langsung Asing Amaran 35 Tahun Lepas Yang Tidak Dihiraukan Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 204 hits
Permasalahan ini bukannya bermula pada 1 Mac 2020 Ia bermula sejak dari 1997 lagi ketika berlakunya gelombang Krisis Kewangan Asia Krisis Kewangan Asia 1997 telah mengejutkan negara negara ASEAN Singapura Indonesia Filipina Thailand Vietnam...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand