Bersikap Realistik Dalam Isu Luar Tabii Syariah Berada Di Kelas Ke 2


Kita perlu rasional, tidak lagi retorik dalam perjuangan mendaulatkan Syariah MAHKAMAH Persekutuan telah memutuskan kesalahan liwat di bawah undang-undang Syariah negeri Selangor adalah terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu, kita membaca banyak ulasan. Ada yang bernada sedih dan ada yang bernada gembira. Saya ingin turut serta mengulas isu penting ini, namun saya memilih untuk bernada tenang, tidak sedih dan tidak gembira.
Saya bersikap realistik dalam isu ini.
1) Sememangnya kedudukan undang-undang Syariah berada di kelas kedua berbanding undang-undang sivil, dari sudut teknikal.
Ini berikutan kedudukan Parlimen sebagai penggubal undang-undang tertinggi negara, manakala kuasa badan perundangan negeri, yang menggubal undang-undang berkaitan kesalahan agama, tidak boleh menggubal undang-undang yang telah wujud dalam undang-undang persekutuan yang diluluskan di Parlimen, dalam kes ini ialah undang-undang berkaitan liwat.
Perkara ini bukan baharu.
Cuma menjadi hangat apabila berlaku pendakwaan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan peruntukan kesalahan liwat dan si tertuduh pula mencabar undang-undang berkenaan di Mahkamah Persekutuan.
2) Pentadbiran keadilan Syariah, yang berkait dengan Mahkamah Syariah, yang berada di bawah kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama negeri serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Wilayah Persekutuan, hanya mempunyai tiga tahap iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Perkara ini dengan sendirinya menunjukkan kedudukan undang-undang Syariah tidak setara undang-undang sivil.
3) Artikel 121 (1A) memang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Namun, dalam kes kali ini, terdapat dua perkara yang perlu diteliti.
Pertama, sangkaan bahawa mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah boleh dipertikaikan kerana undang-undang liwat itu juga berada dalam bidang kuasa mahkamah sivil.
Kedua, Mahkamah Persekutuan bersidang mengenai keperlembagaan undang-undang Syariah mengenai liwat yang dikenakan ke atas seorang lelaki, bukan mempersoalkan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Syariah ke atas lelaki tersebut, walaupun implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu membawa kepada bebasnya lelaki itu daripada kesalahan.
Perkara ini mengenai keselarasan teknikal antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.
4) Kita tidak seharusnya cepat melenting dalam isu ini. Kita perlu bersikap objektif dan rasional. Ini bukan masanya untuk retorik dan membangkitkan perasaan cemas terhadap masa depan undang-undang Syariah.
Kepada umat Islam yang sayangkan undang-undang Syariah, terutamanya pendukung gerakan Islam, perkara paling utama ialah menjawab persoalan besar iaitu apakah wajah akhir sistem perundangan negara ini yang kita mahukan?

Selama puluhan tahun, sejak sekitar hujung 70-an, laungan retorik mendaulatkan undang-undang Syariah sentiasa menjadi pembakar semangat perjuangan.
Namun, sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripada undang-undang sivil itu sendiri tidak bertentangan dengan undang-undang Syariah, malah yang dikatakan undang-undang Syariah itu sendiri pun tidak menepati 100 peratus kehendak Syariah.
Para sahabat ijma bahawa hukuman liwat ialah mati. Undang-undang sivil memperuntukkan hukuman maksima 20 tahun penjara, termasuk sebatan. Undang-undang Syariah, yang diamalkan sekarang ini, hanya memperuntukkan hukuman penjara maksima 3 tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau disebat Syariah tidak melebihi enam kali.
Dari sudut Maqasid Syariah, undang-undang manakah yang lebih hampir memenuhi kehendak Syariah?
Mesej yang ingin saya sampaikan ialah dua perkara.
Pertama, kita kena hantar ahli-ahli Parlimen yang menjiwai perjuangan mendaulatkan Syariah, bukan sekadar namanya muslim dan kemudian menghabiskan masa bertekak tak tentu arah dalam Parlimen atau jenis yang memperjuangkan ideologi liberal sekular.
Ini kerana Parlimen ialah kuasa tertinggi dalam menggubal undang-undang di negara kita ini.
Kedua, perjuangan mendaulatkan Syariah bukan sekadar laungan mendesak itu dan ini, bersifat reaktif dan retorik.
Kita kena proaktif menyelidik dan memberikan solusi praktikal ke arah memperkasakan kehendak Syariah melalui kedua-dua sistem; sivil dan Syariah.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden BERJASA
The post Bersikap realistik dalam isu luar tabii, Syariah berada di kelas ke-2 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/27/bersikap-realistik-dalam-isu-luar-tabii-syariah-berada-di-kelas-ke-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bersikap-realistik-dalam-isu-luar-tabii-syariah-be

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Terlepas Pendakwaan Syariah Berhubung Seks Luar Tabii Boleh Didakwa Bawah Kanun Keseksaan

Lelaki Terlepas Pendakwaan Syariah Berhubung Seks Luar Tabii Boleh Didakwa Bawah Kanun Keseksaan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 202 hits
PETALING JAYA Terdapat kemungkinan lelaki Muslim yang dibebaskan setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan enakmen syariah Selangor berhubung seks luar tabii bercanggah dengan perlembagaan masih boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan kata dua...
Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

Kes Luar Tabii Keputusan Mahkamah Buka Ruang Cabar Jenayah Syariah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 281 hits
PPMM berusaha cari jalan proaktif dalam arus perdanakan SyariahBANGI Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuka ruang untuk mana mana pihak mencabar peruntukan jenayah Syariah yang lain di masa akan datang Kebimbangan itu disuarakan Pr...
Kes Luar Tabii Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Lepas Tangan

Kes Luar Tabii Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 168 hits
Dr Muhammad Fathi YusofDidesak laksana undang undang Islam lebih menyeluruh termasuk dalam aspek jenayah RAMAI yang sedih dengan keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa peruntukan undang undang berkaitan seks luar tabi...
Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 290 hits
91 total views 91 views today Terdahulu viral video seorang wanita Islam warganegara Indonesia dipercayai telah dimurtadkan oleh seorang lelaki warga tempatan beragama Hindu Wanita tersebut mengaku telah meninggalkan agama Islam sejak di ne...
Isu Jenayah Luar Tabi E

Isu Jenayah Luar Tabi E

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 243 hits
JANGAN SALAHKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH MP PAS DAN UMNO LEBIH TERCABAR PASAL 1 PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN HENDAKLAH DITERJEMAHKAN DI DALAM KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA JANGAN PATUNGKAN PERLEMBAGAAN TERSEBUT DAN SIAPA NAK TANGGUNG DOSA PASAL...
Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

Kes Luar Tabii Gambaran Awal Tutup Pintu Laksana Hudud Qisas

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 170 hits
PGSM gesa kerajaan negeri kaji semula peruntukan perundangan Syariah BANGI Persatuan Peguam Syarie Malaysia menggesa kerajaan negeri dan pihak pihak berautoriti mengambil tindakan drastik serta holistik untuk melihat atau mengkaji semula pe...
Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

Undang Undang Selangor Benarkan Hukuman Seks Luar Tabii Tidak Berperlembagaan Hakim

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 143 hits
Gambar Hiasan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa badan perundangan Selangor tiada kuasa menggubal undang undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah Terdahulu Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tu...
Google Classroom Kelak Akan Menyokong Pembelajaran Secara Luar Talian Dan Mengesan Plagiarisme

Google Classroom Kelak Akan Menyokong Pembelajaran Secara Luar Talian Dan Mengesan Plagiarisme

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 158 hits
Penularan Covid 19 bukan sahaja mengubah gaya hidup manusia bahkan memberi cabaran kepada ramai pihak Ini termasuklah para ibu bapa anak anak dan guru untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu kehidupan yang memerlukan perubahan dalam gay...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte