Lelaki Ini Sound Dr Noorhisham Buat Majlis Kahwin Tak Follow Sop Sekali Fedtri Yahya Pecah Lubang
SEJAK pihak kerajaan mengumumkan kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Cov1d-19, nampaknya orang ramai sudah mula ‘serik’ dan akur untuk patuh kepada arahan tersebut.
Mana tidaknya, jika ingkar RM10,000 pasti ‘terbang’! Tambahan pula hidup dalam era pandemik Cov1d-19 ini nilai sebanyak itu amat besar buat golongan kebanyakan.
Ada juga dalam kalangan orang ramai tidak berpuas hati apabila mereka dikompaun dengan jumlah tersebut hanya disebabkan tidak memakai pelitup muka.
Apa boleh buat, arahan telah dikeluarkan dan kita perlu patuh jika tak nak dikompaun!
Antara individu yang paling bertanggungjawab terhadap lain pindaan akta bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Namun, semalam tular pula beberapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak beliau di Bora Ombak, Putrajaya di media sosial yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat terhadap foto tular tersebut.
Terdapat suara-suara nakal yang mana mereka mempertikaikan dan mendakwa Dr. Noor Hisham tidak mematuhi SOP sebagaimana yang disarankan olehnya kepada orang ramai.
Antaranya dakwaan mereka adalah tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi bergambar selain mempertikaikan sebagai orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham tidak sepatutnya melanggar SOP.
Namun begitu, mengulas mengenainya isu yang kini hangat dibualkan oleh orang ramai, Dr. Noor Hisham menjelaskan perkara sebenar terhadap situasi yang dilihat oleh orang ramai melalui akaun Twitter miliknya.
Jelas Noor Hisham, sesi bergambar di atas pentas bersama pengantin tersebut sebenarnya hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” jelasnya ringkas di Twitternya.
Sementara itu, pengacara majlis yang dipertanggungjawabkan bertugas pada hari kejadian, Fedtri Yahya juga memuat naik ciapan di Twitter dengan merakamkan rasa penuh kesyukuran kerana dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut SOP yang ditetapkan.
“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan Puan Sri Suwaida.
“Hanya 30 peratus kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” tulis beliau di Instagram.
Menerusi posting tersebut, Fedtri juga memuat naik beberapa foto memaparkan gambar kenangannya bersama Dr Noor Hisham dan anak- anaknya ketika majlis tersebut berlangsung.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, seramai 1,377 individu telah dikenakan tindakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) setakat Ahad.
“Seramai 1,377 individu dikenakan kompaun setakat semalam,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Hamid menjelaskan kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac lalu hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wab4k.
“Kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar SOP, polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.
“Individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan (KKM), mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.
Jadi, awas! Siapa sahaja boleh dikenakan kompaun sebanyak tersebut. Pematuhan SOP seperti itu benar-benar akan diamalkan dan tiada ‘double standard’ (dua darjat).
KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail SabriDalam perkembangan lain Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa keputusan rentas negeri itu akan bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Raya ini sama ada boleh balik kampung atau tidak, Kementerian Kesihatan yang akan buat keputusan dan sama ada sidang khas MKN membenarkannya atau tidak.
“Katakan bulan Mei nanti, mengikut jangkaan KKM kes turun menjadi 500, mungkin ketika itu KKM akan buat penilaian risiko dan nasihatkan kita,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.
Sementara itu, berita baik bagi peminat bola sepak, MKN juga telah bersetuju benarkan penyokong ke stadium bagi saingan bola sepak liga Malaysia bermula 1 April ini.
Bagi kawasan PKPB , hanya 10 % dari kapasiti penonton atau 2,000 orang, manakala, bagi kawasan PKPP, sebanyak 25% dari kapasiti penonton atau 8,000 orang.
sumber: sinar harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/35xeRt7
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/03/lelaki-ini-sound-drnoorhisham-buat.html