Lelaki Ini Kongsikan Kebenaran Mengenai Larangan Gabungkan Makanan Laut Dan Darat
Ada satu hari tu emak ada tanya. Boleh ke makan ayam ikan sama-sama. Adakah ianya baik untuk diet. Sebab emak ada dengar katanya tidak boleh campur makanan ini sekaligus.
Ikan jangan makan dengan daging. Telur tak boleh dengan ikan bilis. Ayam jangan campur dengan ikan. Dan seumpamanya. Pernahkah kalian dengar larangan agar tidak mencampurkan antara makanan laut dan darat? Dan kemudian ada juga sebahagian yang menisbahkan kepada baginda Nabi SAW.
Baik sebelum ke arah hukum agama, saya suka untuk kita merujuk pada konteks kesihatan dahulu. Apakah ia benar-benar membawa implikasi atau tidak. Secara umumnya menggabungkan makanan ini tidaklah menganggu diet, menyebabkan kegemukan sekiranya kuantitinya masih terkawal dan olah kualiti pemakanan masih baik.
Meskipun begitu, ada sebahagian individu yang mungkin telah dicadangkan oleh doktor atau dietitian mereka untuk berbuat demikian maka mereka hendaklah mengikuti cadangan tersebut. Ini mungkin disebabkan masalah kesihatan mereka atau kondisi semasa.
Baik itu dari kesihatan. Apakah dalam Islam mempunyai larangan ini? Setelah meneliti terhadap beberapa sumber kitab dan rujukan dari para guru maka tidak ada satu pun larangan khusus untuk gabungkan makanan laut atau darat sekaligus.
Bahkan di dalam nas hadith juga tidak ada nas yang menyebutkan larangan ini (bahkan hadith dhaif sekalipun) tidak ada. Oleh itu larangan ini tidak boleh menjadi sandaran kepada kita untuk Nabi SAW. Secara umum makanan dan minuman hukum asalnya adalah halal. Apa yang telah Allah halalkan pasti bermanfaat dan tidak berbahaya. Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata,
“Agama dibangun atas dasar berbagai kemashlahatan. Mendatangkan mashlahat dan menolak berbagai keburukan”.
Apa yang mungkin diwar-warkan supaya tidak campurkan makanan darat dan laut secara serentak mungkin disebabkan adat dan budaya orang kita. Risau-risau ia berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran.
Mungkin itulah tujuannya. Namun tidaklah sampai merosakkan diet, atau ditegah di dalam agama. Apa yang lebih jelas Nabi SAW ada bersabda berkenaan larangan makan berlebih-lebihan ini dengan hadith sebuah bermaksud “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” [Riwayat al-Tirmizi (2380)] (Hadith dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi)
Jika kalian ingin gunakan hadith dan sandarkan kepada Nabi SAW berkenaan larangan makan berlebih-lebihan, maka boleh gunakan hadith ini. Begitulah.
Akhir sekali. Tidak ada satu pun larangan makanan darat dan laut tak boleh dimakan di dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Makanlah ikut keperluan badan. Tidak berlebih-lebihan dan yang penting tujuannya ibadah. Moga ia memurnikan pemikiran kita dan memperbetulkan jalan fikir kita. Harapnya. - thevocket
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2019/01/lelaki-ini-kongsikan-kebenaran-mengenai.html