Leeds Kembali Ke Epl Dengan Kemenangan Hasil Penalti Nmecha Berita Sukan




LONDON – Pengurus Leeds United, Daniel Farke, memuji Lukas Nmecha selepas sepakan penalti pemain baru itu pada lewat permainan menghadiahkan mereka kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 18 Ogos.
Leeds, yang kembali beraksi dalam EPL musim ini selepas dinaikkan daripada Liga Kejuaraan, menguasai separuh masa pertama di hadapan penonton yang riuh rendah di Stadium Elland Road.
Namun, ia mensia-siakan banyak peluang dan gagal menjaringkan gol pembukaan dalam babak pertama.
Everton pula langsung tidak berjaya melakukan sebarang percubaan ke arah gol, sama ada tepat atau tersasar, sepanjang separuh masa pertama.
Everton, yang bertandang ke Elland Road, memperkenalkan pemain baru Jack Grealish pada separuh masa kedua dan berjaya memperbaiki persembahannya.
Namun, keputusan kontroversial pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Everton, James Tarkowski, memberi peluang kepada Leeds mencatat kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan.
Nmecha, yang diperoleh melalui perpindahan percuma sebelum musim baru ini, dimasukkan dari bangku simpanan dan menyempurnakan sepakan penalti dengan penuh yakin.
Gol tersebut memastikan Leeds, yang kembali ke liga utama selepas dua tahun tidak beraksi, memulakan musim mereka dengan langkah positif.
“Di padang, sorakan di stadium membangkitkan emosi saya,” kata Farke selepas penalti kontroversial itu.
“Dua atau tiga sentuhan pertama Lukas ketika bersedia mengambil penalti tidak begitu tepat – saya risau juga kerana biasanya beliau seorang penendang penalti yang cemerlang.
“Saya terlalu memikirkan sama ada saya patut memberitahunya hari ini mungkin bukan hari yang sesuai untuknya mengambil penalti. Mujurlah saya tidak berkata demikian. Beliau tenang sahaja.”
Dalam dua musim terakhir, kesemua tiga pasukan yang berjaya naik daripada Liga Kejuaraan ke EPL gagal bertahan dan terus turun semula.
Namun, persembahan Leeds pada 18 Ogos menggambarkan mereka mampu menamatkan trend tersebut.
Leeds mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama apabila Joel Piroe hampir menjaringkan gol, namun percubaannya dinafikan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford.
Penyerang Belanda itu hampir menjaringkan gol pembukaan sebanyak dua kali, dengan Everton bekerja keras mempertahankan gawangnya.
Hanya selepas lapan minit dalam separuh masa kedua barulah pemain Everton, Idrissa Gueye, berjaya menghasilkan rembatan ke arah gol, namun tendangannya melambung melepasi palang.
Walaupun Everton kelihatan lebih mengancam selepas kemasukan Grealish, bintang penyerang bernilai £100 juta ($173 juta) yang dipinjam daripada Manchester City, persembahan mereka masih kurang memuaskan.
Leeds mendapat gol yang diingini, walaupun Everton berasa terkilan dengan keputusan penalti tersebut – Tarkowski tidak mengangkat tangannya ketika cuba menghalang percubaan Anton Stach.
Pengurus Everton, David Moyes, jelas kecewa dengan keputusan pengadil.
“Penalti tidak sepatutnya diberikan. Kami sendiri tidak menunjukkan persembahan baik, tetapi mutu pengadilan juga mengecewakan,” katanya. – Reuters, AFP.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/19/leeds-kembali-ke-epl-dengan-kemenangan-hasil-penalti-nmecha-berita-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 421 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Kelantan Serbuan Di Sebuah Banglo Ganja Mampat 35 Kg Antara Hasil Rampasan

Kelantan Serbuan Di Sebuah Banglo Ganja Mampat 35 Kg Antara Hasil Rampasan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 323 hits
HarapandailyDadah dipercayai ganja mampat dianggar seberat 35 kilogram dan sepucuk pistol jenis Glock dan 16 butir peluru dirampas selepas polis menyerbu sebuah banglo di Ketereh Kota Bharu kira kira jam 4 30 pagi 5 Ogos lalu Bercakap dalam...
7 Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum

7 Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 465 hits
Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum Berikut 7 tips penting untuk bantu anda dapat hasil terbaik dari rutin briskwalk 1 Mulakan Perlahan Tambah Konsisten Tak perlu terus target sejam sehari Mulakan dengan 15 20 minit 3 kali seming...
Drama Penalti Mbappe Bawa Real Madrid Tundukkan Osasuna

Drama Penalti Mbappe Bawa Real Madrid Tundukkan Osasuna

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 713 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Madrid Real Madrid sukses meraih kemenangan tipis 1 0 atas Osasuna meskipun harus kerja keras dalam laga perdana LaLiga 2025 2026 Gol semata wayang Los...
Sepakan Penalti Mo Salah Ke Langit Jadi Candaan Luar Biasa Di Media Sosial

Sepakan Penalti Mo Salah Ke Langit Jadi Candaan Luar Biasa Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 367 hits
AgensiREAKSI Salah selepas sepakan penaltinya melambung melepasi palang FOTO ReutersLondon Sepakan penalti Mo Salah yang tersasar ke langit dalam perlawanan Perisai Komuniti semalam menjadi gurauan luar biasa di media sosial Salah salah seo...
Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 885 hits
Dapat dilihat melalui platform media sosial warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu arwah dilihat meluahkan r...
Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1521 hits
Business card atau kad perniagaan adalah alat pemasaran penting yang membantu anda membina hubungan profesional dan memberi kesan pertama yang berkualiti kepada pelanggan atau rakan bisnes Walaupun dunia semakin digital kad perniagaan fizik...
Nahas Upsi Siasatan Jpj Selesai Hasil Akan Diumum Kementerian

Nahas Upsi Siasatan Jpj Selesai Hasil Akan Diumum Kementerian

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 333 hits
Semua penemuan dan dapatan hasil siasatan kini sudah berada dengan Kementerian Pengangkutan kata timbalan ketua pengarah JPJ Dalam kejadian di Gerik 9 Jun lepas 15 penuntut UPSI maut apabila bas dinaiki mereka dari Jertih Terengganu terliba...
Eu Salur As 11 8 Bilion Hasil Aset Beku Rusia Kepada Kiev Januari Julai

Eu Salur As 11 8 Bilion Hasil Aset Beku Rusia Kepada Kiev Januari Julai

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 6119 hits
Kesatuan Eropah telah menyalurkan 10 1 bilion euro hasil daripada dana Bank Pusat Rusia yang dibekukan kepada Ukraine dari Januari hingga Julai tahun ini Gambar fail REUTERS MOSCOW Kesatuan Eropah telah menyalurkan 10 1 bilion euro hasil da...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan