Eu Salur As 11 8 Bilion Hasil Aset Beku Rusia Kepada Kiev Januari Julai




Kesatuan Eropah (EU) telah menyalurkan 10.1 bilion euro (AS$11.8 bilion) hasil daripada dana Bank Pusat Rusia yang dibekukan, kepada Ukraine dari Januari hingga Julai tahun ini. – Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Kesatuan Eropah (EU) telah menyalurkan 10.1 bilion euro (AS$11.8 bilion) hasil daripada dana Bank Pusat Rusia yang dibekukan, kepada Ukraine dari Januari hingga Julai tahun ini, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik penerbitan Welt am Sonntag berdasarkan data Suruhanjaya Eropah.
Brussels menggunakan dana itu untuk menyokong projek ketenteraan dan awam di Ukraine. Pada Mac, Mei, Jun dan Julai, Kerajaan Ukraine menerima satu bilion euro masing-masing daripada keuntungan aset beku, manakala tiga bilion euro pada Januari dan 3.1 bilion euro pada April. Beberapa ahli politik, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Parlimen Eropah Marie-Agnes Strack-Zimmermann, mahu Kiev diberi akses kepada semua dana itu, bukan hanya faedahnya. Bagaimanapun, ahli ekonomi memberi amaran tentang kesan buruk langkah sedemikian terhadap sistem kewangan.
Selepas operasi khas Rusia di Ukraine bermula, EU dan negara-negara Kumpulan 7 (G7) telah membekukan hampir separuh daripada rizab pertukaran asing Rusia, kira-kira 300 bilion euro. Lebih 200 bilion euro daripadanya berada di EU, kebanyakannya dalam akaun Euroclear Belgium, satu daripada sistem penyelesaian dan pembayaran terbesar dunia.
Sebagai tindak balas, Rusia mengenakan sekatan tersendiri dengan menempatkan aset pelabur asing dari negara tidak bersahabat serta hasil daripadanya dalam akaun khas jenis “C” yang hanya boleh dikeluarkan melalui keputusan suruhanjaya khas kerajaan.
Kementerian Luar Rusia berulang kali menyifatkan pembekuan aset Rusia di Eropah sebagai pencurian, sambil menegaskan EU menyasarkan bukan sahaja dana individu tetapi juga aset negara Rusia.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pula menegaskan Moscow akan bertindak balas terhadap perampasan aset beku oleh Barat, sambil menambah bahawa Rusia juga berhak untuk tidak memulangkan dana milik negara-negara Barat yang berada di Rusia.
Menurut portal Tagesschau, Canselor Jerman Friedrich Merz yang berucap pada kongres cawangan tempatan Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) di Osnabrueck, Lower Saxony, berkata bahawa “kesabaran amat diperlukan” untuk mencapai keamanan di Ukraine.
“Kita telah mengambil langkah pertama,” katanya seperti dipetik portal itu. “Kita berada di jalan sepanjang 10 kilometer dan mungkin baru melangkah 200 meter.”
Pada Sabtu, Naib Canselor merangkap Menteri Kewangan Jerman Lars Klingbeil (SPD) berkata terlalu awal untuk Jerman membuat keputusan khusus mengenai jaminan keselamatan kepada Ukraine kerana ia perlu dipersetujui bersama rakan antarabangsa dan Kiev sendiri.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini berkata Perancis, Jerman dan United Kingdom mahu menghantar tentera ke Ukraine, namun menegaskan tiada tentera Amerika akan ditempatkan di negara itu sepanjang pentadbirannya.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Rusia sebelum ini menegaskan sebarang senario penempatan tentera NATO di Ukraine sama sekali tidak boleh diterima oleh Rusia dan berisiko mencetuskan peningkatan konflik secara mendadak.
–BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI



Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/24/eu-salur-as11-8-bilion-hasil-aset-beku-rusia-kepada-kiev-januari-julai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 872 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mendedahkan lebih RM31 4 bilion aset berjaya dirampas dalam tempoh lima tahun dengan hampir RM28 bilion daripadanya dilucut hak Katanya rampasan itu membabitkan kes ...
Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1205 hits
Rampasan Kira kira RM5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani PM Anwar IPOH Kejayaan rampasan kira kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguha...
Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3641 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Kejayaan memulihkan kira kira RM5 bilion hasil rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun lalu membuktikan kecekapan dan ketegasan Kerajaan Madani dalam membanteras gejala itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ber...
Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1471 hits
Business card atau kad perniagaan adalah alat pemasaran penting yang membantu anda membina hubungan profesional dan memberi kesan pertama yang berkualiti kepada pelanggan atau rakan bisnes Walaupun dunia semakin digital kad perniagaan fizik...
Hasil Tuaian Pertama Bawang 18 4 Atan

Hasil Tuaian Pertama Bawang 18 4 Atan

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 528 hits
Kejayaan menuai hasil pertama sebanyak 18 4 tan bawang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Bachok membuktikan usaha bersepadu Jabatan Pertanian bersama para pengusaha bawang dalam memperluas penanaman komoditi ini di negara ini semakin membu...
Leeds Kembali Ke Epl Dengan Kemenangan Hasil Penalti Nmecha Berita Sukan

Leeds Kembali Ke Epl Dengan Kemenangan Hasil Penalti Nmecha Berita Sukan

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 598 hits
LONDON Pengurus Leeds United Daniel Farke memuji Lukas Nmecha selepas sepakan penalti pemain baru itu pada lewat permainan menghadiahkan mereka kemenangan 1 0 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana England pada 18 Ogos Leeds yang kem...
Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1969 hits
Dalam dunia bisnes yang semakin kompetitif material promosi seperti flyers kotak packaging beg non woven banner dan kad perniagaan memainkan peranan penting dalam menarik pelanggan Ramai usahawan kecil dan sederhana masih teragak agak sama ...
Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 829 hits
Dapat dilihat melalui platform media sosial warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu arwah dilihat meluahkan r...
Polis Tangkap Polis Dua Pegawai Thailand Terbabit Sindiket Dadah Aset Rm4 6 Juta Dibeku

Polis Tangkap Polis Dua Pegawai Thailand Terbabit Sindiket Dadah Aset Rm4 6 Juta Dibeku

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 847 hits
BANGKOK Dua pegawai polis Thailand ditahan selepas disyaki terbabit dalam rangkaian pengedaran dadah dengan pihak berkuasa turut membeku aset bernilai 35 2 juta baht Pegawai Tinggi Antara Suspek Kedua dua suspek ialah Timbalan Pemeriksa Pen...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Woodfire Burger Di Gamuda Gardens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Hiburan Pelakon Veteran Charlie Nu Man Meninggal Dunia

Dah Malam Tumbuk Sambal Belacan