7 Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum

Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum
Berikut 7 tips penting untuk bantu anda dapat hasil terbaik dari rutin briskwalk:
1. Mulakan Perlahan, Tambah Konsisten
Tak perlu terus target sejam sehari. Mulakan dengan 15–20 minit, 3 kali seminggu, dan tambah ke 30–45 minit sehari, 5–6 kali seminggu. Fokus pada konsisten, bukan berapa lama.
2. Pakai Kasut yang Sesuai
Kasut sangat penting. Pilih kasut yang ringan, ada sokongan tapak yang bagus dan selesa dipakai lama. Elakkan kasut keras atau terlalu sempit – ia boleh sebabkan sakit lutut, tapak kaki atau tumit.
Tip: Cuba kasut waktu petang, sebab kaki lebih ‘kembang’ lepas banyak bergerak.
3. Pastikan Postur Badan Betul
Badan kena tegak, bahu relaks, perut masuk sikit, dan pandang ke depan (bukan ke bawah). Hayunkan tangan secara semula jadi untuk bantu seimbangkan badan dan tingkatkan pembakaran kalori.
Postur yang betul bukan je elak sakit belakang, malah bantu perut jadi lebih kemas!
4. Cari Laluan Cabaran Ringan
Kalau boleh, pilih laluan yang ada bukit sikit, tangga atau permukaan tidak rata. Ini beri cabaran pada otot dan naikkan kadar jantung. Bila jantung bekerja lebih, lebih banyak lemak dibakar!
Kalau dalam rumah atau kawasan rata, cuba naikkan kelajuan setiap 5 minit (interval training).
5. Minum Air yang Cukup
Ramai lupa aspek penting ni. Bila briskwalk, badan berpeluh dan dehidrasi mudah berlaku. Pastikan minum air sebelum dan selepas briskwalk. Boleh juga bawa botol kecil semasa briskwalk kalau cuaca panas.
6. Gabung Dengan Cinch Tea Mix (Pilihan)
Nak boost lagi hasil briskwalk? Ramai pengguna Shaklee suka ambil Cinch Tea Mix sebelum briskwalk.
Kenapa?
Ia bantu tingkatkan tenaga dan metabolisma
Bantu elak cepat pancit
Kurangkan rasa craving selepas briskwalk
Minum 15–30 minit sebelum briskwalk, dan hasilnya lebih padu! Tapi pastikan minum air yang cukup selepas tu ya.
7. Lepas Jalan, Regangkan Otot
Jangan terus duduk atau baring selepas briskwalk. Luangkan 5–10 minit untuk buat regangan ringan, terutamanya bahagian betis, paha, dan belakang. Ini bantu elak kekejangan dan sakit sendi esoknya.

Bonus: Cara Kira Pembakaran Kalori
Nak tahu briskwalk anda berbaloi atau tak? Gunakan app seperti Google Fit, Samsung Health atau Strava. Ia bantu kira langkah, masa dan anggaran kalori terbakar. Ini boleh boost semangat untuk kekal konsisten!

Kesimpulan
Briskwalk adalah senaman yang ringkas tapi berkesan. Tak perlu peralatan mahal, tak perlu masa lama – hanya perlukan semangat dan konsisten. Gabungkan dengan gaya hidup sihat, diet seimbang dan supplement semula jadi, insyaAllah berat akan turun dan badan rasa lebih bertenaga.
Yang penting, mula sekarang, jangan tunggu esok. Jalan sikit hari ni pun lebih baik dari tak mula langsung!
The post 7 Tips Briskwalk Yang Betul Untuk Hasil Maksimum appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/tips-briskwalk/