Lee Hyori Kongsi Cabaran Kesukaran Untuk Hamil
Penyanyi Lee Hyo-ri yang baru-baru ini tampil dalam sesi temu bual dalam satu rancangan hiburan “Tteokbokki Brothers” berkongsi mengenai isu proses IVFnya.
Lee Hyo-ri berkongsi mengenai rancangannya untuk mempunyai anak dan secara jujur turut berkongsi mengenai masalah dan cabaran tentang masalah kesuburannya. Menerusi penghujung episod terbaru rancangan MBC every1’s, “Tteokbokki Brothers”, yang disiarkan pada 24 Jun lepas, satu trailer untuk episod minggu depan telah disiarkan.
Dalam video trailer itu, Lee Hyo-ri dilihat muncul dalam episod seterusnya dan setelah disambut mesra oleh pengacara “Tteokbokkie Brother’s”, mereka memula perbualan dengan beberapa soalan kepadanya.
Semasa sesi temu bual tersebut, dia ditanya tentang keinginan mempunyai anak, dan dia mengaku,
Saya tidak mahu melakukan persenyawaan in vitro (IVF).
Sebelum ini, Lee Hyo-ri pernah mengaku bahawa dia mahu mempunyai anak dan sedang bersiap sedia untuk hamil. Pada tahun 2020, Lee Hyo-ri muncul dalam program rancangan hiburan MBC “Hang Out with Yoo”
Saya ada rancangan untuk hamil.
Lee Hyo-ri turut ditanya mengenai aktiviti susulan kumpulan “Ssak3” bersama Yoo Jae-suk dan Rain. Apabila dia menjawab persoalan tersebut, dia mengejutkan pelakon dan penonton pada masa itu dengan berkata,
Jika saya tidak mempunyai anak, maka saya akan mengambil bahagian dalam aktiviti susulan.
Bagaimanapun, pada hari ini, dia menarik perhatian umum dengan berkata,
Tetapi ia tidak semudah yang saya sangka kerana saya sudah tua bercakap terutamanya apabila terdapat masalah ketidaksuburan.
Namun, dalam sesi temu bual “Tteobokki Brother’s”, Lee Hyo-ri menyatakan bahawa dia merancang untuk hamil secara semula jadi tanpa proses IVF. Sebelum ini, Lee Hyo-ri dan Lee Sang-soon mengikat tali pertunangan pada 2013 dan menetap di Pulau Jeju sejak itu. Sewaktu mereka berkahwin, kedua-duanya mendedahkan bahawa mereka tidak merancang untuk mempunyai anak, namun kelihatan seperti mereka telah berubah fikiran.
Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat untuk memeriahkan lagi sebuah rumah tangga kan? Diharapkan agar, Lee Hyo-ri dan pasangan akan terus cekal dalam usaha untuk mendapatkan anak. Jangan putus asa okay!
Korang terus doakan pasangan ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/lee-hyori-kongsi-cabaran-kesukaran-untuk-hamil/