Lebih Ramai Individu Termasuk Kenamaan Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Lcs


bharian.com.my
Oleh Izz Laily Hussein
[email protected]
Mac 16, 2023 @ 12:41pm

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki beramah mesra bersama pegawai selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Negeri Johor, Tampoi. - Foto NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Lebih ramai individu bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil mana-mana individu yang disyaki terbabit termasuk orang kenamaan.

Beliau turut menegaskan bahawa SPRM tidak akan memberi pengecualian dan perlindungan kepada mana-mana pihak.

"Kita mendapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa ramai lagi saksi-saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan dan keterangan itu bukan sahaja di dalam negara tetapi juga membabitkan dari luar negara.

"Sesiapa sahaja baik orang kenamaan, atau sesiapa yang terbabit semuanya akan dipanggil bantu siasatan," katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 26 Bil 1/2020 (Penolong Penguasa P29 di Kompleks SPRM Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa siasatan berhubung isu pembinaan LCS itu perlu diteruskan.

Anwar berkata, pendakwaan berhubung isu pembinaan LCS pada peringkat awal yang dijalankan sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan, malah mendakwa pendakwaan sebelum ini juga tidak melibatkan tindakan kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.

Sehubungan itu, Perdana Menteri sudah menyatakan perkara berkenaan kepada SPRM dan dipersetujui oleh mereka akan ada pendakwaan peringkat kedua.

"Namun, itu bukan urusan saya untuk mendalami dan bertanya lebih, nanti jika saya buat begitu akan ada tuduhan (yang menyatakan) wujud pendakwaan terpilih," kata Anwar.

Mengulas lanjut, Azam memaklumkan, siasatan kes itu sebenarnya masih lagi dijalankan pihaknya bagi membuktikan bagaimana berlaku kehilangan wang begitu besar dalam kes LCS.

"Siasatan kes ini ke arah untuk membuktikan bagaimana ia berlaku dan bagaimana kehilangan wang begitu besar berlaku, jadi beri masa kita untuk siasat dan selesaikan kes ini," katanya.

Pada masa sama, Azam turut memaklumkan perkembangan membabitkan kes Jana Wibawa masih lagi berjalan.

"(Kes Jana Wibawa) masih ade lagi, masih teruskan siasatan. Yang dah dituduh, dituduhlah, tetapi masih ada lagi satu dua fail yang masih kita jalankan siasatan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/lebih-ramai-individu-termasuk-kenamaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Lcs Dan Tg Adnan Jauh Lebih Kukuh Dari Jana Wibawa

Kes Lcs Dan Tg Adnan Jauh Lebih Kukuh Dari Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 236 hits
KES LCS DAN TG ADNAN JAUH LEBIH KUKUH DARI JANA WIBAWA 1 Petang tadi Aku hanya kongsikan dan respon berita tentang Laporan berita harian dari kenyataan SPRM yang mendakwa Siasatan LCS diteruskan Bukti semasa tak cukup Aku hanya Respon yang ...
Kertas Siasatan Kes Guru Dorong Murid Peluk Islam Masih Belum Lengkap

Kertas Siasatan Kes Guru Dorong Murid Peluk Islam Masih Belum Lengkap

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 441 hits
malaysiakini comSiasatan ke atas kes seorang pelajar didakwa diajak memeluk Islam jika mahu peluang besar menyertai pasukan bola sepak kebangsaan masih belum selesai meskipun sudat berlarutan lebih sebulan Ketika dihubungi Ketua Polis Daera...
Datuk Roy Dari Rrm Semambu Kuantan Di Cari Untuk Bantu Kes Jana Wibawa

Datuk Roy Dari Rrm Semambu Kuantan Di Cari Untuk Bantu Kes Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa SPRM dalam kenyataan hari ini memak...
Subvarian Omicron Xbb 1 5 Punca Lebih 90 Kes Baharu Covid 19 As

Subvarian Omicron Xbb 1 5 Punca Lebih 90 Kes Baharu Covid 19 As

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 316 hits
Subvarian Omicron XBB 1 5 punca lebih 90 kes baharu Covid 19 AS Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Mar 2023
Rm10 Juta Untuk Bantu Mangsa Banjir Di Johor

Rm10 Juta Untuk Bantu Mangsa Banjir Di Johor

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 276 hits
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan kit bantuan kepada mangsa banjir di PPS SJKC New Kota di Kota Tinggi hari ini KOTA TINGGI Sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membeli bara...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi

Oval House Jorgelina Tortorici Asociados Nicol S Lanza Argentina

Trump Threatens To Send Military To San Francisco

Will Madani Caning Students End School Violence