Kes Lcs Dan Tg Adnan Jauh Lebih Kukuh Dari Jana Wibawa


 
KES LCS DAN TG ADNAN JAUH LEBIH KUKUH DARI JANA WIBAWA..

1- Petang tadi, Aku hanya kongsikan dan respon berita tentang Laporan berita harian dari kenyataan SPRM yang mendakwa " Siasatan LCS diteruskan, Bukti semasa tak cukup.." Aku hanya Respon yang kes LCS jauh lebih jelas dan kukuh bukti penyelewengannya..

2- Aku ingatkan komen biasa tu, Takda kaitan dgn Sapa pun..tak sebut nama sapa pun..Paling tidak mungkin orang UMNO yang Respon..Sebab ia melibatkan kementerian Zahid dulu skandal LCS, Rupanya tiba tiba ramai Penyokong PKR yang datang komen, Pertahan dan jadi hulu balang Zahid Hamidi, Sungguh Menakjubkan melihat reaksi tu, sedangkan Post tu tak sebutpun nama Zahid, apalagi DSAI.. Cuma aku kata kes itu kukuh..

3- Sedangkan depalah dalam kempen tidak henti henti nyanyikan lagu Hoi ya Hoi , serang isu LCS diatas pentas, Aku sekalipun tak pernah kongsikan sepanjang PRU 15 nyanyian, klip lagu Hoi ya Hoi, Sebab aku anggap kempen nyanyian Hoi Ya Hoi satu tema kempen yg tak strategik langsung.. Buat org Meluat.. tapi yang nanyi Hoi Ya Hoi itu yg pertahan Zahid..

4- Ada penyokong PKR tanya.. Hang SPRM ker ? Aku jawab mudah.. Hangpa dok nyanyi Ulang ulang..Buat tuduhan atas kempen PRU 15.. Hangpa SPRM ker ?

5-Ni nak bagi tahu..Kenapa aku kata kes ini Kukuh.. Bukan soal hanya pandangan peribadi Aku.. atau aku SPRM..Tetapi dalam laporan Berita Harian ogos 2022 , SPRM sendiri mengatakan Siasatan sudah lengkap..Kertas siasatan dan nasihat Pendakwaan sudah dicadangkan kepada beberapa individu..Terpulang kepada Peguam Negara.. Kenapa pulak tiba tiba tak bukti semasa tak cukup ?

6- Kalau tidak dari kenyataan SPRM pun, dari laporan Audit..dari laporan dan Laporan PACS, hatta realitinya Memang Duit Kerajaan Lesap.. Kapal Tak siap..Duit dah dibayar habis.. Soalnya mana pergi semua Duit ? Mesti ada seseorang perlu bertanggungjawab.. Kalau Sayang sangat Zahid, carilah Kambing Hitam, atau buat Suruhanjaya Diraja..Dakwa untuk kita tahu kebenaran..

7- Kenapa aku kata kes LCS lebih kukuh dari Jana Wibawa, Kalau ikut duluan kes Tg Adnan yang dibebaskan Mahkamah Rayuan dengan keputusan 2-1, Kes Tg Adnan jauh lebih kukuh..Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi penjara 12 bulan serta denda RM2 juta , Atas alasan apa ? duit yang diterima Tg Adnan adalah derma Politik UMNO dalam kempen PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

8- Pendakwaraya pada masa itu, Dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi, berjaya membuktikan, Tg Adnan atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu MENTERI WILAYAH Persekutuan telah menerima untuk DIRINYA sebanyak RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

9- Maksudnya projek dan Tanah yang diperolehi oleh AKSB , Atas kuasa dan kelulusan Tg Adnan dan Dimasukkan ke akaun SYARIKAT PERIBADI tg Adnan saling berkaitan, dan memenuhi maksud mendapat Manfaat peribadi.. Tetapi Tg Adnan lepas, Kalau ikut duluan kes Tg Adnan, Kes Jana Wibawa, Sukar untuk Sabitkan Mahaiddin Yasin.. Jadi bila Mahkamah Membebaskan Tg Adnan atas alasan DERMA Politik.. Maka ia seakan sah disitu derma tersebut bairpun jelas wujud Konflik kepentingan..

10- Kenapa aku kata sukar sabitkan Mahiaddin yasin jika dibanding Duluan kes Tg Adnan ? Pertama.. Mahiaddin yasin bukan orang yang bertanggung jawab meluluskan Projek Jana wibawa , sebab Jana Wibawa dibawah MOF(Tg Zafrul) dah pasti Tg Zafrul akan jadi saksi nanti.. Kedua, Duit itu masuk dalam Akaun parti..Bukan Akaun peribadi atau Syarikat Mahaiddin Yasin, secara peribadi Mahaiddin takde manfaat peribadi sepertimana kes SRC Najib dan UKSB Zahid, jelas mereka mengambil Manfaat peribadi.. Lainlah jika ada bukti Audio Mahaiddin meminta suapan dan wang seperti Audio Rosmah dengan tagline " can i advise you something "..

11- jadi dari kes dan Pendakwaan Mahaiddin, Aku cuma cakap kes Zahid dan Tg adnan jauh lebih kukuh..Sebab projek yang disabitkan melibatkan Kementerian dan Kuasa dimiliki mereka.. malah dalam kes Najib dan Zahid siap ada Nota untuk kelulusan Projek..Dan semua itu dibuktikan dari kenyataan pegawai tertinggi Kerajaan.. Dalam kes Mahaiddin , kita tunggu sajalah Pendakwaan kemukakan bukti.. aku tak kata Mahiaddin tak salah..dalam kes 1MDB ,SRC..jelas bukti MCA,UMNO terima duit..Tapi nak sabit dgn salah laku payah, Ini soal Pembuktian dan perundangan.. Bukan Politik..

12- Jadi Apakah aku nak kata Mahaiddin Suci ? Tidak.. dari pendakwaan , kes Duit masuk ke akaun parti..Jelas ada unsur Scheme Of Things.. Bagi aku Shceme Of Thing ni..Takda sapa boleh mendabik dada.. Semua parti dan Pemimpin buat..Cara jer berbeza..Kalau ikutkan Scheme Of Thing Mahaiddin, Semua PM UMNO wajar didakwa.. Sejarahnya UMNO memang King Scheme Of Thing, Derma Politik itu dah jadi lauk depa..Dari dulu tahun 90'an.. masa MOF agih Pink form Petronas dagang kepada ketua cawangan dan ketua bahagian UMNO.. Itupun Scheme Of Thing lah..Jangan perasan suci..

13- Apapun.. Kita tunggu dan lihatlah Perbicaraan..Masih awal lagi..Aku ni bukan lah Sokong Mahaiddin..Apalagi PN.. Lantak pi dia kena dakwa ker..kena Penjara ker..Sebab Mahaiddin dulu buat kat musuh politik dia sama jer.. Dulu Syed Saddiq jadi mangsa..aku cuma lawan Penyangak dan UMNO..

14- Aku awalnya malas nak tulis alasan aku kenapa kes LCS dan Tg Adanan lebih kukuh..Tapi sampai Penyokong PKR marah marah aku hanya dari sepatah komen aku.. Bab ni aku tak boleh nak brain..Tak sebut nama Zahid pun datang pertahankan Zahid..Jadi apa beza dengan penyokong PAS pertahankan Najib dan Zahid dulu..takda beza.. Dalam Politik ni sama jer..Mana ada Prinsip.. kalau sembang Pertahan Prinsip tu..semua kaki sembang jer..Semua sebab kuasa..Jadi halal.. Itulah Scheme Of Thing..

15- Cuma aku nak ingatkan..Jangan sebab pendakwaan terburu buru ini..musuh politik akan cipta persepsi.. akan lihat dwi standard.. sorang dakwa..sorang lepas..nanti depa tuduh pendakwaan terpilih..Jangan sebab kita lepaskan anjing liar.. sebab game depa dalam Politik ini yang terima akibat buruknya adalah PH..Ni pun dah nampak mcm jenuh berjawab.. Nanti akan jadi backfire kepada PH dan UMNO sendiri.. 

Ipohmali

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kes-lcs-dan-tg-adnan-jauh-lebih-kukuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Roy Dari Rrm Semambu Kuantan Di Cari Untuk Bantu Kes Jana Wibawa

Datuk Roy Dari Rrm Semambu Kuantan Di Cari Untuk Bantu Kes Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa SPRM dalam kenyataan hari ini memak...
Lebih Ramai Individu Termasuk Kenamaan Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Lcs

Lebih Ramai Individu Termasuk Kenamaan Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Lcs

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 161 hits
bharian com myOleh Mac 16 2023 12 41pmKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki beramah mesra bersama pegawai selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Negeri Johor Ta...
Datuk Roy Di Tahan Sprm Berkaitan Kes Rasuah Berkaitan Program Jana Wibawa

Datuk Roy Di Tahan Sprm Berkaitan Kes Rasuah Berkaitan Program Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 192 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang lelaki yang dikesan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa Sumber SPRM berkata lelaki tersebut Mohd H...
Ini Kronologi Mudah Faham Kes Jana Wibawa Untuk Rakyat Biasa

Ini Kronologi Mudah Faham Kes Jana Wibawa Untuk Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 351 hits
Ini kronologi mudah faham kes Jana Wibawa untuk rakyat biasa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan ke...
Macc Keeps An Eye On Politician S Son Following Jana Wibawa Case

Macc Keeps An Eye On Politician S Son Following Jana Wibawa Case

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 158 hits
The son of a political leader is said to be on the radar of the Malaysian Anti Corruption Commission as the anti graft agency widens its investigations concerning the Jana Wibawa programme A source revealed that the arrest of a man known as...
Apa Itu Jana Wibawa Adakah Ia Nama Seorang Jawa

Apa Itu Jana Wibawa Adakah Ia Nama Seorang Jawa

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 198 hits
PADA 9 Disember lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID 19 daripada Kementerian ...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata