Kertas Siasatan Kes Guru Dorong Murid Peluk Islam Masih Belum Lengkap


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 17, 2023 1:54 PM
Siasatan ke atas kes seorang pelajar didakwa diajak memeluk Islam jika mahu peluang besar menyertai pasukan bola sepak kebangsaan masih belum selesai meskipun sudat berlarutan lebih sebulan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Bukit Aman pada 16 Mac lalu mengarahkan supaya siasatan lanjut dilakukan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman dan telah diterima semula oleh pihak Bahagian Siasatan Daerah Cheras semalam dengan arahan lanjut siasatan.
ACP Zam Halim Jamaluddin“Kertas siasatan lengkap akan diedarkan semula ke Bukit Aman pada 20 Mac ini sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya ketika diminta mengulas dakwaan keluarga bahawa mereka tidak mendapat sebarang maklumat berhubung kes itu.

Awal Februari lalu, satu laporan polis dibuat terhadap seorang guru selepas ibu bapa mendakwa anak mereka yang menuntut di Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dipujuk memeluk Islam, dengan alasan ini mampu meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.

Guru berkenaan juga didakwa telah mencadangkan beberapa nama Islam untuk dipilih oleh remaja berusia 15 tahun itu.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dan awam serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Kementerian Pelajaran (KPM) juga dilaporkan telah memulakan siasatan dalaman.
Arun DorasamySebelum ini Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia Arun Dorasamy yang mewakili pihak keluarga berkata bahawa pihaknya bersiap sedia membawa isu itu ke mahkamah sekiranya tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.

"Sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan dalam kes ini. Pihak penguatkuasa tidak telus. Kami tidak diberitahu sebarang maklumat mengenai kes ini.

"Ibu bapanya berasa bimbang untuk menghantar budak itu semula ke sekolah.

Arun juga berkata pihaknya berasa pelik dengan tindakan polis menghantar kertas siasatan ke Ibu Pejabat Kontigen untuk tindakan selanjutnya.

"Saya rasa kes ini tidak begitu rumit. Ini bukan skandal 1MDB.

"Polis telah datang ke sekolah bagi menjalankan siasatan ke atas beberapa pelajar dan guru. Semua prosedur telah dilakukan dan mengikut laporan media kertas siasatan telah telah diserahkan kepada IPK.

"Saya tidak tahu mengapa mereka perlu mengemukakan kepada IPK. Ia sepatutnya pergi ke pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya. Kelihatan seperti polis sedang menunggu untuk NFA (tiada tindakan lanjutan)," katanya.

Malah, kata Aun, pihak keluarga murid berkenaan memandang serius kelewatan pihak berkuasa bertindak dalam kes ini.

"Ini kes serius, ada pihak menyalahgunakan fasiliti sekolah berdakwah kepada murid bawah umur," katanya.

Pada 23 Feb, Zam Halim memberitahu Malaysiakini bahawa kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kertas-siasatan-kes-guru-dorong-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duduk Dalam Penjara Pun Masih Belum Cerdik

Duduk Dalam Penjara Pun Masih Belum Cerdik

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 54 hits
cai cai bangang melompat suka bila najib bagi komen TAJUK DAN SOALAN Apakah Mahathir pernah larang halang najib berucap di mana majlis dan platform Kenapa Najib dilayan oleh PDRM sebegitu kerana dia ada kes jenayah Mahathir ada kes jenayah ...
Kami Tak Temui Keputusan Yang Jelas Masih Tiada Kata Putus Shuk Dan Sera Rupanya Belum Bercerai

Kami Tak Temui Keputusan Yang Jelas Masih Tiada Kata Putus Shuk Dan Sera Rupanya Belum Bercerai

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 66 hits
Seperti diketahui ramai sebelum ini isteri kepada pelawak Shuk Sahar ada memfailkan permohonan untuk bercerai kerana merasakan sudah tidak sehaluan lagi Tetapi sewaktu Shuk ditemubual oleh pihak Utusan dia menjelaskan bahawa mereka masih be...
Gengster Disapa Hidayah Allah Ini Kisah Muhammad Mikhael Sathayah Peluk Islam

Gengster Disapa Hidayah Allah Ini Kisah Muhammad Mikhael Sathayah Peluk Islam

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 49 hits
Kasih ibu kepada anak tiada galang ganti Biarpun dia dan anaknya berbeza agama sedikit pun tidak pernah membuatkan kasih si ibu surut Itulah yang dialami oleh Muhammad Mikhael Sathayah apabila ibunya yang masih beragama Hindu sanggup menema...
Ngo Seru Kertas Siasatan Dibuka Semula Terhadap Pelanduk Dua Serupa Menyerupai Azmin

Ngo Seru Kertas Siasatan Dibuka Semula Terhadap Pelanduk Dua Serupa Menyerupai Azmin

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 40 hits
SETUJU SANGAT SEBAB NANTI BOLEH BERSIHKAN NAMA LAGI PULA BARU NI KATA ANWAR PELIWAT KAN ELOK SANGAT
Sebutan Kes Minggu Depan Ibu Mentua Upload Gambar Puteri Sarah Amp Anak Anak Belum Siap Kehilangan

Sebutan Kes Minggu Depan Ibu Mentua Upload Gambar Puteri Sarah Amp Anak Anak Belum Siap Kehilangan

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 75 hits
Sejak berita tentang kemelut rumah tangganya tular Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam apa hal yang dikongsikan di media sosial Apa apa hantaran dimuat naik oleh Sarah di Instagram terutamanya pasti akan mencu...
Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 45 hits
malaysiakini comSetiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mendakwa pihak pendakwaan gagal memberikan kertas pertuduhan lengkap untuk pendakwaan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu Hamzah berkata ia membuktikan pendakwaa...
Humairah Nak Happy Family Nak Ibu Abah Nurul Shuhada Menangis Apabila Anaknya Berkata Doanya Masih Belum Dimakbulkan

Humairah Nak Happy Family Nak Ibu Abah Nurul Shuhada Menangis Apabila Anaknya Berkata Doanya Masih Belum Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 79 hits
The Reporter Permulaannya memang sangat indah saya tak sangka begini kesudahan perkahwinan saya Saya harap tiada yang bercerita kepada Humairah dan Umar nanti yang akan kecewa kata Nurul Shuhada dalam temubual bersama Melodi TV3 yang disiar...
Lebih Ramai Individu Termasuk Kenamaan Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Lcs

Lebih Ramai Individu Termasuk Kenamaan Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Lcs

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 50 hits
bharian com myOleh Mac 16 2023 12 41pmKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki beramah mesra bersama pegawai selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Negeri Johor Ta...
Koleksi Senarai Ucapan Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2023

Doa Buka Puasa Ramadhan Arab Latin Arti Keutamaan

Silap Saya Sebab Tak Cerita Dekat Ibu Hal Sebenar Sarah Hari Hari Dengan Dia Kata Syamsul Yusof

Niat Panduan Solat Sunat Witir

Hiburan Selena Gomez Malaysia Tular Muzik Video Ira Kazar Menyanyi Netizen Siasat Baru Rakam Tahun 2021

Isteri Kedua Saya Memang Jenis Dengar Kata Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun Kata Syamsul Yusof

Buffet Ramadan 2023 Bazaar Citarasa Serantau Di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

Majlis Penganugerahan Digital Tahunan Pgdm 2022



5 Lagu Kebangsaan Negara Yang Menyebut Nama Negara Lain

10 Perkataan Pendek Yang Berasal Dari Akronim Panjang

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kau CEO Aku Slot Widuri RTM TV1

Adakah Haiwan Betina Mengalami Kitaran Haid

Resepi Agar Agar Pandan Santan Paling Mudah dan Rasa Berlemak


Menu Sahur Resepi Sambal Ketuk

Bufet Ramadan 2023 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Damia Feat Andika Seribu Bulan Chord

Maksud Str Permohonan Diterima

Al Ula Kota Yang Dilaknat Dijadikan Sebagai Destinasi Pelancongan Oleh Arab Saudi

Absence At Bar Agm Not All Down To Apathy