Lebih Baik Dap Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang Jawab Sup Menteri Alam Sekitar





SAYA menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai-sungai di Pulau Pinang termasuk pencemaran yang disebabkan oleh kumbahan najis babi di Sungai Kereh, Kepala Batas, yang tidak nampak boleh selesai sehingga sekarang. Tidak perlu beliau bercakap berdegar-degar mengenai perubahan iklim dan pemanasan global sedangkan isu setempat di negeri yang DAP perintah, yang mudah untuk mereka selesaikan inipun, mereka tidak boleh menanganinya.

Semasa Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yeo Bee Yin menjaga kementerian yang berkaitan dengan alam sekitar, apa yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah pencemaran kumbahan najis babi ini, sedangkan rakyat di kawasan itu khususnya pesawah-pesawah padi dan nelayan-nelayan sudah begitu lama menderita. Demikian juga dengan pencemaran sungai-sungai yang lain di negeri tersebut, seperti Sungai Juru, Sungai Perai dan Sungai Pinang adalah merupakan antara sungai yang paling tercemar di Malaysia.

Kawasan-kawasan tanah tinggi di Pulau Pinang pula telah banyak digondolkan sehingga menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat yang kerap di pulau tersebut. Masyarakat awam tidak boleh lupa bagaimana Lim Guan Eng menangis menelefon Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memohon bantuan menangani masalah banjir. Adakah DAP tidak sedar bahawa penggondolan seperti ini juga menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global.

Dalam kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini, beliau telah cuba mengaitkan kemasukan sisa plastik (bersih) dari Amerika Syarikat yang diizinkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), sebagai menunjukkan KASA tidak peka dalam menangani isu import plastik dan industri kitar semula plastik. Di sini saya ingin mencabar DAP untuk kemukakan kertas cadangan kepada kerajaan supaya ditutup semua industri yang berkaitan kitar semula plastik di negara ini, justeru dengan sendirinya tiada lagi kegiatan import plastik berlaku.

Saya yakin, sebagaimana DAP begitu takut mendesak ditutup kandang-kandang babi di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang, mereka juga tidak akan berani mengusulkan ditutup kilang-kilang industri kitar semula plastik yang kebanyakannya dimiliki oleh ‘tauke-tauke’. Malah mereka telah gagal ketika diberi tempoh selama 22 bulan untuk bertindak terhadap kegiatan-kegiatan yang mencemarkan alam sekitar seumpama ini. Sebab itu saya tegaskan sekali lagi, lebih baik DAP jaga kandang-kandang babi di Pulau Pinang sebelum mereka bercakap soal-soal yang lebih besar seperti perubahan iklim dan pemanasan global.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air
8 April 2021 – HARAKAHDAILY 8/4/2021


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/lebih-baik-dap-jaga-kandang-babi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Nikah Kahwin Terlalu Kerap Terpalit Kontroversi Apa Kata Ditukar Jaga Alam Sekitar Pula

Menteri Nikah Kahwin Terlalu Kerap Terpalit Kontroversi Apa Kata Ditukar Jaga Alam Sekitar Pula

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 226 hits
Apabila sejak semalam tular video mengenai Dr Zulkifli Al Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal agama bersama beberapa individu yang lain menaiki jet mewah khabarnya untuk penerbangan dari Riyadh...
Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 379 hits
28 Mac lalu Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan meminta bukti ke atas dakwaan bahawa Negeri PH sendiri masih tak turunkan had umur untuk jadi ADUN Kata Syahredzan Tak boleh tunjuk satu statement pun yang PH tak sokong macam sa...
Menteri Alam Sekitar Kafir Vs Tak Kafir

Menteri Alam Sekitar Kafir Vs Tak Kafir

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 507 hits
BEZA MENTERI KAFIR DENGAN MENTERI TAK KAFIR Banyak beza kita boleh lihat dalam konteks pembuangan sampah kali nih dulu menteri kafir tak baca quran belajar tinggi tinggi degree power hantar balik sampah Bermakna menteri kafir tak tahu nak b...
Buat Apa Menteri Umno Jumpa Pm Kalau Rasa Serba Salah Dengan Keputusan Pau Lebih Baik Masuk Saja Bersatu

Buat Apa Menteri Umno Jumpa Pm Kalau Rasa Serba Salah Dengan Keputusan Pau Lebih Baik Masuk Saja Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 288 hits
March 30 2021 Petang semalam menteri menteri UMNO dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan ketetapan muktamad Perhimpunan Agung UMNO atau PAU Ahad lalu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan...
Panas Aktivis Alam Sekitar Kecam Menteri Pas

Panas Aktivis Alam Sekitar Kecam Menteri Pas

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 287 hits
April 8 2021 Seorang aktivis alam sekitar dan Ahli Parlimen mengecam kenyataan menteri alam sekitar dan air yang disifatkan sebagai lemah dalam menjelaskan pengecualian Malaysia daripada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai perubahan iklim di ...
47 Kilang Di Pulau Pinang Ditutup Sementara Sejak Januari Hingga Mac

47 Kilang Di Pulau Pinang Ditutup Sementara Sejak Januari Hingga Mac

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 265 hits
Sejumlah 47 kilang di Pulau Pinang diarahkan tutup buat sementara waktu dalam tiga bulan pertama tahun ini kerana COVID 19 Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata peningkatan kes COVID 19 dalam industri pembuatan di Pulau Pinang membimbangkan s...
Siapa Biayai Tambak Laut Di Pulau Pinang Soal Pakar Ekonomi

Siapa Biayai Tambak Laut Di Pulau Pinang Soal Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 328 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkangambar projek PSR pada sidang media di Komtar pada 25 Mac GEORGE TOWN Seorang pakar ekonomi hari ini menyoal bagaimanakah kerajaan negeri akan membayar kos penambakan sebuah pulau di pesis...
Zahid Perlu Solat Istikharah Mana Lebih Baik Untuk Bangsa

Zahid Perlu Solat Istikharah Mana Lebih Baik Untuk Bangsa

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 288 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi disaran supaya solat sunat istikharah dalam menentukan keputusan terbaik yang perlu diambilnya susulan kemelut politik yang dihadapi termasuk desakan supaya meletakan jawatan Anggota Majlis Tertinggi Umno Md...
Diugut Terima Air Selut Pulau Pinang Mohon Tindakan Putrajaya

Diugut Terima Air Selut Pulau Pinang Mohon Tindakan Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 275 hits
BUKIT MERTAJAM 27 Mac Kerajaan negeri Pulau Pinang menyarankan Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan bagi mengatasi kemelut air yang berlaku dengan negeri Kedah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya amat berharap agar...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Okcasino 4 November Okcasino Top 31 By Clair

Kes Macam Ni Pun Minta Cerai Bertabahlah Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Lima Bulan Usia Dak Jasmine

Youmna El Sayed Ungkap Rahasia Keteguhan Gaza

Ebook Ecah Karya Syaz Eym

Mawat Dayang Bintang Chord

Tino Amee Melissa Francis Hepi Ba Ari Gawai Chord

Modern Primitive Sideburn S Royal Enfield Guerrilla 450 Street Tracker