Panas Aktivis Alam Sekitar Kecam Menteri Pas


 



April 8, 2021 Seorang aktivis alam sekitar dan Ahli Parlimen mengecam kenyataan menteri alam sekitar dan air yang disifatkan sebagai lemah dalam menjelaskan pengecualian Malaysia daripada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai perubahan iklim di Amerika Syarikat, akhir bulan ini.
Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Andrew Sebastian, yang merupakan ketua eksekutif Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia, berkata Tuan Ibrahim Tuan Man perlu menjelaskan apakah yang dikatakannya bahawa Malaysia “bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara”.
Wong bertanya sama ada menteri berkenaan membuat andaian sendiri atau memetik penjelasan bertulis yang diberikan oleh kerajaan AS kepada Putrajaya.
Beliau berkata sebahagian kenyataan Tuan Ibrahim tidak tepat kerana Malaysia seperti negara lain juga, pastinya berisiko terkesan akibat perubahan iklim.
Wong juga menegaskan negara ini memiliki wilayah pesisir yang luas, yang terdedah kepada kenaikan suhu dan permukaan dasar laut.
“Ada juga masalah mengenai industri minyak sawit lestari negara dan kita mempunyai sektor tenaga yang masih terlalu bergantung kepada loji tenaga arang batu,” katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Tuan Ibrahim berkata Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di AS pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Katanya, Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80% gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.
Katanya, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand juga tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.
Mengulas lanjut, Wong berkata, Malaysia masih memiliki jalan untuk mencapai sasaran yang digariskan dalam Perjanjian Paris, yang bertujuan mengatasi pemanasan global hingga di bawah dua darjah Celsius.
“Menteri perlu melihat perkara ini dengan serius dan membuat persiapan terhadap perubahan iklim.”
Sebastian pula berkata beliau, terkejut dengan kenyataan Tuan Ibrahim itu, terutama apabila Malaysia dianggap sebagai “antara negara megadiverse dunia”.
“Terumbu karang, pulau-pulau, hutan bakau kita sangat terpengaruh dengan perubahan iklim,” katanya.
“Sangat mengejutkan apabila melihat komen seperti itu daripada menteri. Saya rasa kita perlu mendapatkan penjelasan mengenai apakah sebenarnya maksud beliau.”
Katanya, pengecualian Malaysia daripada sidang kemuncak itu menunjukkan kerajaan perlu lebih serius melindungi negara daripada kemusnahan alam sekitar.
Sidang kemuncak itu, yang akan dihoskan oleh Presiden AS Joe Biden, akan berlangsung dalam talian pada 22 dan 23 April dan menampilkan pemimpin dunia dari 40 negara.
Bulan lalu, Rumah Putih berkata, jemputan itu termasuk negara yang bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 80% pelepasan GHG global dan produk domestik kasar global.
Kenyataan itu juga menjelaskan sidang kemuncak itu turut menampilkan ketua negara yang menunjukkan kepimpinan terbaik dalam perubahan iklim, terutama yang terdedah dengan kesan itu atau meneraju usaha inovatif ke arah ekonomi bersih-sifar.
Ia menambah bahawa sidang kemuncak itu juga akan menampilkan “ketua negara lain yang menunjukkan kepemimpinan iklim yang kuat, sangat rentan terhadap dampak iklim atau memetakan jalur inovatif menuju ekonomi sifar bersih”.














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/panas-aktivis-alam-sekitar-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Nikah Kahwin Terlalu Kerap Terpalit Kontroversi Apa Kata Ditukar Jaga Alam Sekitar Pula

Menteri Nikah Kahwin Terlalu Kerap Terpalit Kontroversi Apa Kata Ditukar Jaga Alam Sekitar Pula

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 184 hits
Apabila sejak semalam tular video mengenai Dr Zulkifli Al Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal agama bersama beberapa individu yang lain menaiki jet mewah khabarnya untuk penerbangan dari Riyadh...
Menteri Alam Sekitar Kafir Vs Tak Kafir

Menteri Alam Sekitar Kafir Vs Tak Kafir

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 464 hits
BEZA MENTERI KAFIR DENGAN MENTERI TAK KAFIR Banyak beza kita boleh lihat dalam konteks pembuangan sampah kali nih dulu menteri kafir tak baca quran belajar tinggi tinggi degree power hantar balik sampah Bermakna menteri kafir tak tahu nak b...
Lebih Baik Dap Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang Jawab Sup Menteri Alam Sekitar

Lebih Baik Dap Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang Jawab Sup Menteri Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 206 hits
SAYA menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai sungai di Pulau Pinang termasuk pencemaran yang disebabkan oleh kumbahan babi di Sungai Kereh Kepala Bat...
Panas Menteri Agama Tak Berani Update Gambar Nikahkan Neelofa Bila Dia Ni Nak Di Denda

Panas Menteri Agama Tak Berani Update Gambar Nikahkan Neelofa Bila Dia Ni Nak Di Denda

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 386 hits
March 28 2021 Sehingga jam 2 00 petang ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak lagi memuatnaik gambar beliau menikahkan selebriti popular Neelofa 32 dan pendakwah bebas Haris Ismail atau ...
Jom Sertai Milo Sayang Bumi Dan Sama Sama Menjaga Alam Sekitar

Jom Sertai Milo Sayang Bumi Dan Sama Sama Menjaga Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 556 hits
Jom Sertai MILO Sayang Bumi Dan Sama Sama Menjaga Alam Sekitar Assalammualaikum semua Wahhhh seronoknya bila dengar inisiatif MILO ni Hehehehe MILO di antara minuman harian yang wajib ada di setiap rumah Kena ada Kalau tak ada jenuh nak men...
Panas Guan Eng Kata Pas Hipokrit

Panas Guan Eng Kata Pas Hipokrit

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 254 hits
April 3 2021Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan pendirian PAS yang menyokong penangguhan penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun sebagai hipokrit Lim berkata pendirian itu tidak selari dengan PAS yang mener...
Panas Najib Tempelak Menteri Umno Reka Pelbagai Alasan Nak Terus Kekal Sebagai Menteri

Panas Najib Tempelak Menteri Umno Reka Pelbagai Alasan Nak Terus Kekal Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 241 hits
April 1 2021 Keputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan masa tarik diri sokong PN Sebab itu tiada keperluan untuk menteri me...
Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 188 hits
Hingga kini gunung tertinggi kedua di Sumatera Utara ini dipastikan dalam status siaga Semoga masyarakat di sana diberi keselamatan dan keadaan kian membaik
Panas Bila Nak Siasat Kes Rasuah Kartel Menteri Guan Eng Persoal Sprm

Panas Bila Nak Siasat Kes Rasuah Kartel Menteri Guan Eng Persoal Sprm

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 273 hits
April 14 2021SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia mesti bersikap telus dan menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil terhadap 10 kes rasuah yang melibatkan menteri kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Jaminan Ketua Pesuruhjaya SP...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian